www.SalamKu.com

 

: : Muka Depan  : : Berita Dunia

Disclaimer: Artikel ini diterjemahkan dengan keizinan laman web http://www.it-is-truth.org


KANDUNGAN

 Muka Depan
 Prakata | Aluan
 Apa itu Islam?
 Qur'aan
 Muhammad Sal-lal-lahu-alaihi-wassalam  
 Islam & Sains
 Qur'aan & Sains Moden  
 Penciptaan Manusia      

 Kesan Kelucahan

 Tubuh Manusia
  Asal Usul Bumi dan Geologi
 Laut & Lautan
 Astronomi
 Fakta-fakta Sains
 Cahaya Kebenaran
 Penjejak Kebenaran

 Nota Akhir
 Bibliographi
 FAQ's
 Peta Laman | Index
 Sign Up | Tell a Friend
 Hubungi Kami

 Al-Quran dan Sains Moden: Seiring atau berlawanan?

 Astronomy (siap)
 Physics
 Geography
 Geology
 Oceanology
 Biology
 Botany
 Zoology
 Medicine
 Physiology
 Embryology
 General Science
 Conclusion

 

 Pengenalan

 Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang

The Light Of The Truth Semenjak mulai mendiami planet ini, manusia sentiasa berusaha memahami alam ini, kedudukannya dalam alam ini, dan tujuan kehidupan itu sendiri. 

Dalam usaha menjejaki kebenaran yang telah berterusan di sepanjang kurun dan meliputi pelbagai tamaddun, ugama yang tersusun telah membentuk hidup manusia dan menentukan perjalanan sejarah. Sesetengah ugama berpandukan kitab-kitabnya, dan didakwa oleh penganutnya bahawa ia diwahyukan. Manakala sebahagian agama yang lain hanya bergantung kepada pengalaman manusia.

 Al-Qur’aan, sumber utama ugama Islam ialah kitab yang wajib dipercayai oleh Muslim sebagai bersumberkan Tuhan sepenuhnya. Muslim juga percaya ia mengandungi panduan untuk semua manusia. Oleh kerana mesejnya dipercayai untuk sepanjang masa, ia sepatutnya relevan sepanjang masa. Adakah Al-Quran melepasi ujian ini? Disini, saya ingin memberikan kajian objektif mengenai kepercayaan Muslim terhadap Al-Quran yang dikatakan bersumberkan Tuhan dari sudut penemuan sains yang sahih.

 Ada ketikanya dalam sejarah peradaban dunia apabila keajaiban atau apa yang dilihat seperti keajaiban, lebih dipercayai berbanding  logik akal. Tetapi, bagaimana kita takrifkan erti 'keajaiban'? Keajaiban ialah sesuatu keluarbiasaan yang berlaku kepada manusia dan manusia pula tiada penerangan kepadanya. Walaubagaimanapun, kita mesti berhati-hati sebelum menerima suatu kejadian itu sebagai keajaiban. Satu artikel dalam 'The Times of India' Mumbai pada tahun 1993 melaporkan seorang orang suci ('saint') bernama 'Baba Pilot' mendakwa telah menyelam di dalam sebuah tangki untuk tiga hari dan tiga malam tanpa henti. Walaubagaimanapun, apabila pemberita ingin memeriksa dasar tangki yang digunakan beliau untuk 'keajaiban' itu, dia enggan membenarkannya. Dia berdolak-dalih dengan berkata bagaimana seseorang itu memeriksa rahim ibu yang melahirkannya. 'Baba' itu menyembunyikan sesuatu. Ia hanyalah satu lakonan untuk mendapatkan publisiti. Tentu tiada seorang pun manusia yang berfikiran waras akan menerima keajaiban sebegitu. Jika keajaiban palsu begitu dianggap ujian untuk kesucian, maka kita terpaksa menerima Mr. P. C. Sorcar, seorang ahli magik yang terkenal dengan permainan silap matanya sebagai seorang manusia yang amat dekat dengan Tuhan.

 Kitab yang mendakwa bersumberkan dari Tuhan sebenarnya mendakwa ianya juga adalah satu keajaiban. Dakwaan begitu boleh disahkan pada bila-bila masa sahaja berpandukan standard yang ada pada zaman itu. Muslim percaya Al-Quran ialah wahyu Tuhan yang terakhir, keajaiban yang ajaib yang diturunkan sebagai rahmat untuk semua manusia. Oleh itu, mari kita periksa kebenaran dakwaan ini.

 Saya merasa berterimakasih kepada Saudara Musaddique kerana bantuannya untuk komen editornyta. Semoga Allah membalas jasa baik beliau,

Aameen

 Dr. Zakir Naik

 Dr. Zakir Naik
(Islamic Research Foundation)

^ Top

  -----------------------------------------------------------

 Cabaran Al-Quran

Qur'aan Sastera dan puisi adalah cara untuk manusia meluahkan perasaan dan daya kreativitinya. Berkaitan dengan itu, dunia pernah melalui zaman dimana sastera dan puisi dianggap berada di kedudukan hebat sebagaimana kedudukan sains dan teknoloji dewasa ini.

 Muslim dan bukan Muslim bersetuju Al-Quran merupakan satu hasil sastera Arab yang paling cemerlang pernah dihasilkan di muka bumi ini. Al-Quran mencabar manusia dalam ayat-ayat berikut yang bermaksud:

 Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hambi Kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggillah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar; Maka kalau kamu tidak dapat membuatnya, dan sudah tentu kamu tidak akan dapat membuatnya, maka peliharalah diri kamu dari api neraka yang bahan-bahan bakarannya: manusia dan batu-batu (berhala), (iaitu neraka) yang disediakan untuk orang-orang kafir.
[Al-Qur’aan 2, Al-Baqarah :23-24]

(Al-Qur’an 2, Al-Baqarah :23-24 menunjukkan nombor Surah 2 Surah Al-Baqarah dan ayat 23 dan 24.)

 Petunjuk yang sama digunakan dalam setiap bahagian buku ini. Rujukan dan terjemahan Al-Quran berdasarkan Tafsir Pimpinan Ar-Rahman Kepada Pengertian Al-Quran oleh Haji Muhammad Nur Haji Ibrahim, Cetakan Kelima 1987, Terbitan Bahagian Ugama, Jabatan Perdana Menteri (Malaysia).

 Cabaran Al-Quran ialah supaya dihasilkan satu surah (bab) sepertimana surah yang dikandunginya. Ianya diulang di dalam Al-Quran beberapa kali. Namun, cabaran itu yang menuntut satu surah yang sama dari segi keindahan bahasa dan maknanya tidak terjawab hingga ke hari ini. Seorang manusia moden yang berfikir tidak mungkin akan mempercayai sesebuah kitab ugama yang menyebut, dalam bahasa yang cukup puitis, bahawa dunia ini rata. Ini kerana kita hidup di zaman dimana daya fikir, lojik akal, dan sains dianggap penting. Tidak ramai yang akan menerima hanya berdasarkan keindahan ayat-ayat Al-Quran sebagai bukti ianya datang dari Tuhan. Mana-mana kitab yang mendakwa diwahyukan Tuhan mesti boleh diterima dari segi kehebatan lojiknya.

 Menurut seorang ahli fizik terkemuka dan pemenang Hadiah Nobel, Alberty Einstein, "Sains tanpa ugama bermakna kelemahan. Ugama tanpa sains bermakna kebutaan." Justeru, mari kita kaji Al-Quran dan kita kaji samada Al-Quran dan Sains Moden ini bergerak seiring atau berlawanan.

 Al-Quran bukanlah buku sains, sebaliknya buku petanda-petanda, yakni ayat-ayat. Terdapat lebih dari enam ribu petanda di dalam Al-Quran dan seribu darinya membicarakan persoalan sains. Kita semua tahu sains sering kali membuat 'U-turn' (penemuannya sering berubah-rubah). Di dalam buku ini, saya hanya mengambilkira fakta sains yang sahih dan bukannya hanya hyphothesis dan teori yang disandarkan kepada andaian dan belum terbukti.

  -----------------------------------------------------------

 
P r i n t  T h i s  A r t i c l e
© Muzammil Haji Daud