Make your own free website on Tripod.com

www.SalamKu.com

 

Kandungan























 Muka Depan
 Prakata | Aluan
 Apa itu Islam?
 Qur'aan
 Muhammad Sal-lal-lahu-alaihi-wassalam  

Islam & Sains
 Qur'aan & Sains Moden  
 Penciptaan Manusia      

 Kesan Kelucahan

 Tubuh Manusia
  Asal Usul Bumi dan Geologi
 Laut & Lautan
 Astronomi
 Fakta-fakta Sains
 Cahaya Kebenaran
 Penjejak Kebenaran

 Nota Akhir
 Bibliographi
 FAQ's
 Peta Laman | Index
 Sign Up | Tell a Friend
 Hubungi Kami

 ISLAM DAN SAINS

P r i n t  T h i s  A r t i c l e

 Islam & Sains

Islam And Science Pemikiran barat kini sedang berdepan dengan pertelikahan diantara agama dan sains. Mustahil untuk pemikir barat menerima hakikat bahwa agama dan sains boleh bergerak seiring. Kitab Bible yang dipercayai penganut Kristian menegaskan pohon larangan yang Nabi Adam ('alahi salaam) ditegah memakan buahnya ialah pohon ilmu. Justeru, selepas baginda memakannya, baginda mendapat ilmu yang tidak diketahui sebelumnya. Atas sebab inilah Eropah membazirkan dua kurun (2000 tahun- penterjemah) berdebat samada mahu atau tidak menerima ilmu saintifik yang dipelopori orang-orang Islam.

 Institusi gereja menegaskan usaha mengkaji ilmu saintifik ialah sebab utama 'dosa asal' ('original sin'). Para bishop (ahli agama Kristian) mengemukan bukti dari kitab Perjanjian Lama ('Old Testament) bahwa selepas Nabi Adam alaihissalam memakan buah larangan tersebut dan mendapat sedikit ilmu. Lalu Allah Allah murka dengannya dan tidak mahu mengampunkan dosanya. Justeru, institusi gereja menolak ilmu saintifik dan menganggapnya sebagai suatu perkara yang perlu dijauhi.

 Akhirnya, selepas golongan tidak percaya Tuhan ('free thinker) dan ahli sains barat berupaya mengatasi kuasa gereja, mereka membalas dendam dengan mengambil pendekatan yang berlawanan dengan pendirian gereja dan mengekang apa jua pengaruh ugama. Mereka bertindak melalui jalan yang ektsrim demi mengatasi kuasa gereja dan mengurangkan pengaruh gereja menjadi entiti yang kecil dan tidak penting.

 Oleh itu, jika anda berbincang isu ugama dan sains dengan seorang barat, dia akan terpinga-pinga. Orang barat tidak tahu mengenai Islam. Mereka tidak menyedari bahwa Islam memberi kedudukan tinggi kepada ilmu dan mereka yang berilmu, menganggap mereka sebagai saksi, selepas malaikat, kepada pernyataan tiada tuhan yang layak disembah melainkan Allah Allah , seperti firmanNya bermaksud:

 Bahawasanya tiada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang sentiasa mentadbirkan (seluruh alam) dengan keadilan, dan malaikat-malaikat serta orang-orang yang berilmu (mengakui dan menegaskan juga yang demikian);". (Qur'aan 3:18)

FirmanNya lagi bermaksud:

 Oleh itu, maka tetapkanlah pengetahuanmu dan keyakinanmu (wahai Muhammad) bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Allah. (Qur'aan 47:19)

 Menerusi Al-Quran, kita diberitahu Adam 'alaihi salam mempunyai kelebihan mengatasi malaikat oleh kerana ilmu yang Allah kurniakan kepada baginda. Kisah dari Al-Quran berlawanan dengan kisah dari Bible yang dipercayai telah dicemari keasliannya. Menurut Al-Quran, hakikat bahwa Nabi Adam a.s. dikurniakan ilmu meningkatkan martabatnya dan bukannya menjadi punya baginda dibuang dari Syurga. Jadi, jika kita berbincang mengenai Islam dan sains dengan pemikir-pemikir barat, mereka mengharapkan corak perdebatan yang sama seperti yang mereka biasa dengar dari persepsi agama dan budaya mereka. Kerana itulah mereka terkejut apabila mereka dibentangkan dengan fakta jelas dari Al-Quran dan Hadis.

 Diantara mereka yang yang terkejut tersebut ialah Dr. Joe Leigh Simpson, Pengerusi Jabatan Obstetrik dan Ginekoloji, dan Profesor bahagian Molekul dan Genetik Manusia di Baylor College of Medicine, Houston. Ketika pertama kali bertemu beliau, Profesor Simpson bertegas untuk mengesahkan fakta dari Al-Quran dan Sunnah tersebut. Kami berjaya mematahkan kesangsian beliau. Kami tunjukkan kepadanya ayat-ayat yang menerangkan tentang perkembangan embrio manusia. Kami buktikan kepadanya bahawa Al-Quran memberitahu kita bahawa pemusakaan sifat (herediti) dan gabungan kromosom hanya terjadi selepas sperma lelaki bercantum degan ovum (telur) wanita. Seperti yang kita maklum, kromosom menentukan sifat-sifat yang akan dimiliki oleh seseorang itu, seperti warna mata, kulit, rambut, dan lain-lain.

 Bermakna, sifat-sifat manusia ditentukan oleh kromosomnya. Kromosom ini mula terbentuk semasa peringkat permulaan nutfah ketika proses pembentukan embrio. Dengan kata lain, sifat-sifat menusia ditentukan dari awal ketika peringkat nutfah. AllahAllah, berfirman bermaksud:

 Binasalah hendaknya manusia (yang ingkar) itu, betapa besar kekufurannya? (Tidakkah ia memikirkan) dari apakah ia diciptakan oleh Allah? - Dari air mani diciptakanNya, serta dilengkapkan keadaannya dengan persediaan untuk bertanggungjawabo man! (Qur'aan 80:17-19)

 Ketika 40 hari pertama kandungan, semua bahagian tubuh dan organ sudah dibentuk secara berperingkat-peringkat. Kita boleh lihat di dalam gambarajah 2.1 bahawa organ-organ mulai dibentuk, dipasang, dan fetus nampak seperti terpulas. Nabi Muhammad sallallahu 'alahiwasallam memberitahu kita di dalam sebuah hadis: "Untuk setiap kamu, bahagian-bahagian kejadian kamu dikumpulkan semuanya didalam rahim ibu kamu dalam masa 40 hari" (Riwayat Sahih Muslim dan Al-Bukhaari).

5 to 6 Week Old Embryo
 Fig. 2.1

 Di dalam sebuah hadis yang lain, Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam bersabda: 

Apabila empat puluh dua malam telah berlalu selepas tumpahan (nutfah), Allah menghantar malaikat kepadanya, yang akan membentuk telinganya, matanya, kulit, otot, dan tulang. Kemudian dia berkata, "O Tuhan, adakah dia ini lelaki atau perempuan?" dan Tuhan kamu menentukan apa yang Dia kehendaki. (Muslim).

 Profesor Simpson mengkaji dua hadis ini secara mendalam. Beliau memang arif bahawa 40 hari pertama adalah masa dimana kita boleh perhatikan perbezaan yang nyata dalam perkembangan embrio. Beliau amat kagum dengan ketepatan dua hadis ini. Kemudian, di dalam satu persidangan  yang dihadirinya, beliau memberi pendapat begini: "Bermakna dua hadis ini memberikan jadual terperinci mengenai perkembangan embrio sebelum 40 hari. Lagi sekali, seperti yang telah banyak kali diulang oleh lain-lain penceramah pagi tadi, hadis-hadis ini tentunya tidak diucapkan berdasarkan ilmu saintifik yang ada pada zaman tersebut."

 Profesor Simpson berkata bahwa ugama boleh memandu perkembangan ilmu. Barat, seperti yang kita katakan, menolak kemungkinan ini. Disini pula seorang ahli sains Amerika berkata ugama, terutamanya Islam, boleh melakukannya dengan cemerlang. Sebagai perbandingan, jika anda melawat sebuah kilang dengan buku panduan operasi kilang tersebut, anda tentu boleh memahami operasi kilang itu menggunakan buku panduan yang telah disediakan oleh perekabentuk dan jurubina kilang itu. Tanpa buku panduan itu, tentunya anda tidak boleh memahami proses-proses yang ada di dalam kilang tersebut.

 Kata Profesor Simpson: "Oleh itu, saya berpendapat, bukan hanya tiada konflik antara kajian genetik dan ugama, malahan ugama boleh memandu sains dengan menambahkan firman Tuhan kepada cara tradisi pengkajian saintifik. Memandangkan terdapat ayat-ayat Al-Quran yang dibuktikan betul secara saintifik mengesahkan Al-Quran ini datangnya dari Allah Allah."

 Sememangnya pandangan itu tepat. Tentunya Muslim boleh mempelopori perkembangan ilmu, dan mereka boleh memertabatkan ilmu ke tahap yang sepatutnya. Malahan Muslim tahu bagaimana ingin menggunakan ilmu sebagai bukti keujudan Allah, dan membuktikan kerasulan Nabi Muhammad sallahu'alaihiwasallam.

AllahAllah berfirman bermaksud:

 Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam yang terbentang luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka bahawa Al-Quran adalah benar. Belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Qur'aan 41:53).

 Selepas menyedari keajaiban fakta saintifik di dalam Al-Quran dan mengetahui komen-komen yang adil dari ahli-ahli sains, mari kita bertanya diri sendiri soalan-soalan berikut:

  1.  Mungkinkan hanya satu kebetulan sahaja yang semua fakta-fakta saintifik terkini dari pelbagai bidang ini disebut di dalam Al-Quran 14 kurun lalu?

  2.  Mungkinkan Al-Quran ini ditulis oleh Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam atau oleh mana-mana manusia?

 Jawaban yang masuk akal ialah Al-Quran semestinya firman-firman Allah yang diwahyukanNya. Al-Quran ialah himpunan firman-firman Allah yang diwahyukan kepada RasulNya Muhammad sallahu'alaihiwasallam melalui malaikat Jibrail. Firman-firman tersebut dihafal oleh Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam yang kemudiannya di perturunkan kepada sahabat-sahabat baginda. Mereka kemudiannya menghafalnya, menulisnya, dan mengulang-baca dengan Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam.

 Selain dari itu, Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam mengulang-baca ayat-ayat Al-Quran dengan malaikat Jibrail sekali setiap bulan Ramadhan and dua kali di tahun terakhir sebelum kewafatan baginda. Sejak diturunkan ramai Muslim menghafal seluruh Al-Quran, ayat demi ayat. Ada diantaranya yang menghafal seluruh Al-Quran sebelum sampai umur sepuluh tahun. Oleh itu, tidak pelik  untuk dikatakan tiada satu pun ayat Al-Quran yang berubah sejak berkurun lamanya hingga kini.

 Al-Quran yang diturunkan 14 kurun lalu ada menyebut fakta-fakta yang baru kini ditemui oleh ahli-ahli sains. Ini membuktikan tanpa keraguan lagi yang Al-Quran memang firman-firman Allah yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad sallallahu'alaihiwasallam. Ia juga membuktikan Muhammad sallallahu'alaihiwasallam ialah seorang rasul dan nabi utusan Allah. Tidak masuk akal untuk berkata seorang manusia empat belas kurun dahulu mengetahui fakta-fakta sains yang hanya kini ditemui dengan menggunakan peralatan dan cara yang sofistikated.

  -----------------------------------------------------------

P r i n t  T h i s  A r t i c l e
Muzammil Haji Daud