Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia


: : 07/04/03  : : Terjemahan: Muzammil Haji Daud


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


  Ulasan Perang Harian - sumber Russia

April 6, 2003, 2000hrs MSK (GMT +4 DST), Moscow UPDATE -

http://www.aeronautics.ru/news/news002/iraqwar_ru_024.htm

Di sekitar Baghdad, pertempuran kecil masih berterusan antara tentera bersekutu dan tentera Iraq. Seperti yang kami katakan sebelum ini, dua hari berikutnya tentera bersekutu akan melebarkan sekatan ke barat dan barat daya (utara-barat). Sekarang ini sebahagian dari 1st briged dari pasukan 3rd Mechanized Division sedang bergerak ke bandaraya dari bandar Abu-Harraib, sambil cuba menhampiri kawasan selatan dan menawan sebuah jambatan yang strategik yang merentagi Sungai Tigris di sebelah utara kawasan Tunis (Salakh-Khasan).

Pertempuran belum tamat di kawasan lapangan terbang dimana kedua-kedua pasukan menggunakan bedilan meriam. Menurut data terkini kemaraan tentera bersekutu ke sempadan sebelah selatan Baghdad, walaupun dijangkan pimpinan tentera Iraq, masih mengejutkan dari segi taktikal. Tersekat di dalam ibukota, sebahagian dari tentera Iraq tidak dapat meninggalkan kedudukan selamat mereka untuk keluar menghadapi musuh itu. Ada kekalutan yang menyebabkan beberapa pasukan Iraq betempur dengan musuh mereka yang sedang bergerak, tanpa pemantauan dan tanpa penumpuan pasukan. Menurut maklumat, di beberapa konflik dan ketika serangan ke atas lapangan terbang, sehingga 400 askar Iraq mati [syahid], 25 kereta kebal dan 12 meriam telah musnah.

Tetapi tentera bersekutu juga mengalamai masalah yang besar.  Serangan balas Iraq yang hebat di lapangan terbang mematahkan kemaraan tentera bersekutu ke Baghdad dan menyebabkan mereka terpaksa meminta bantuan dari pasukan lain untuk mencapai kejayaan.  Secara khusus, sehingga 2 batalion dari pasukan 101st Airborne Division yang berada di An-Nasiriya dan An-Najaf dan sekurang-kurangnya 1 battalion dari pasukan 82nd Division dikerah ke sana. Korban Amerika di selatan dan tenggara Baghdad sejak 24 jam ialah: sehingga 30 askar terbunuh dan sekurang-kurangnya 80 tercedera, 15 askar dikatakan hilang. Pihak Amerika kehilangan sekurang-kurangnya 8 kereta kebal dan 5 kenderaan APC.

Pasukan-pasukan Marin masih tidak berupaya mematahkan pertahanan Iraq di kawasan sungai Diyala. KIni mereka cuba menghampiri bandar itu dari timur dan menawan sungai di kawasan New Baghdad. Tentera bersekutu kekurangan askar untuk mengepung bandaraya sebegitu besar, dan pasukan-pasukan yang sedang mengepung bandar An-Nasiriya, An-Najaf, Al-Kut dan Al-Diwaniya telah diarahkan untuk mematahkan pertahanan Iraq dalam masa 3 hari, menawan kawasan-kawasan itu dan mara ke Baghdad untuk menyertai kepungan [di sana].

Untuk melakukan serangan di Karbala tentera dibantu oleh sepasukan marin, dan satu lagi ribut berlaku pagi ini. Tiada maklumat diperolehi mengenai korban.

Tugas-tugas yang sama juga dipikul tentera Britain di Basra. Sejak 2 hari tentera Britain cuba sebanyak tiga kali untuk mematahkan pertahanan Iraq dari kawasan An-Zubair dan the Manavi, tetapi mereka masih gagal melakukannya. Pagi ini sepasukan tentera bersama jentera perang (armored) telah berjaya sampai sehingga di persimpangan strategik berdekatan Akhavat-Rezan, tetapi telah diserang dengan hebat dan terpaksa berundur.


Semalam dan ketika serangan pagi ini, pihak Britain telah kehilangan 3 unit jentera perang, 2 askar terkorban, dan 7 tercedera.

Pimpinan tentera bersekutu dan pejabat polisi luar Russia dan AS kini membuat apa sahaja untuk menyekat maklumat tentang bedilan ketasa kedutaan Russia dekat Baghdad.

Sumber-sumber mendakwa kedutaan itu menghentikan banyak aktiviti-aktivitinya kerana khuatir dengan bahaya serangan udara keatasnya. Pimpinan tentera AS tidak menyukai hakikat kedutaan Russia meneruskan operasi dan mereka percaya peralatan perisikan dipasang untuk memberikan maklumat kepada pihak Iraq. Selain itu, beberapa pegawai yang berada di ibu pejabat tentera bersekutu di Qatar mendakwa secara terbuka bahawa "jammer" (pengunci) yang mengacau senjata tepat di sekitar Baghdad beroperasi di kawasan kedutaan itu. 


Pagi semalam, Setiausaha Negara Colin Powell menuntut Menteri Hal Ehwal Luar Russia Igor Ivanov agar mengosongkan dengan serta merta. Petang semalam menteri Russia itu memaklumkan pihak AS anggota-anggota kedutaan akan meninggalkan Baghdad pada 6hb April menunju ke Syria. Ini tidak menggembirakan Jabatan Negara [AS] yang mencadangkan mereka pergi ke Jordan.

Ibu pejabat operasi khas tentera bersekutu memang yakin kedutaan itu mempunyai alat-alat rahsia yang diambil tentera Iraq dari peralatan tentera yang dirampas. Berhubung dengan itu ada kemungkinan tindakan "balas dendam" dari pimpinan tentera bersekutu.


Lebih dari itu, para pakar mendakwa serangan keatas kedutaan itu mungkin untuk merosakkan beberapa kereta agar pihak Russia terpaksa meninggalkan sebahagian dari peralatan mereka. Ini dijangkan berdasarkan hakikat duta atau para pemberita tidak tercedera. Dalam hal ini, kita boleh agak tindakan ini dilakukan tentera bersekutu menggunakan senjata buatan Russia untuk merahsiakan siapa yang menyerang dan dengan harapan tentera Iraq akan dipersalahkan selepas itu. 


Menurut data terbaru, rombongan itu diserang hendap 30 km di barat bandaraya di kawasan yang dikuasai tentera bersekutu, tetapi mereka bergerak pantas untuk mengelakkan tembakan dan selepas beberapa km mereka di tahan sebuah kenderaan jeep pihak tentera. Ketika cuba menghubungi krew mereka, ia ditembak lagi. Kemudian kenderaan jeep itu pergi.

Pada hari ini, pada jam 5 petang berlaku perbualan talipon antara Presiden Russia Vladimir Putin dan presiden AS George W. Bush. Sebelum itu, penasihat hal-ehwal keselematan kebangsaannya Condoleezza Rice, yang tiba di Moscow hari ini, telah berbincang dengan Bush. Pada masa ini Rice sedang bertemu Igor Ivanov, ketua di Kementerian Hal Ehwal Luar Russia. Maklumat terperinci mengenai pertemuan itu belum diketahui, tetapi kita boleh dijangka tidak lama lagi beberapa "pasukan yang tidak diketahui" akan dikatakan kononnya bertanggungjawab di atas kemalangan itu dan ia akan dibesar-besarkan sebesar mungkin.


Para penganalis menjangka keadaan yang berlaku ketika tragedi kapal selam “Kursk”, dimana beberapa siri pertemuan sulit antara pegawai-pegawai Russia dan wakil-wakil AS menimbulkan lebih banyak tandatanya dari jawapan, akan berulang lagi kali ini.


:: MukaDepan   :: Berita Dunia