Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

25/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Iraq: Usaha selama 4,000 tahun

http://www.cbsnews.com/stories/2003/03/23/sunday/main545521.shtml

Mac 23, 2003



 (CBS)


 (CBS)


 (CBS)


(CBS) CBS News correspondent Wyatt Andrews telah mengkaji sejarah panjang satu tanah yang kini dinamakan Iraq.

Greek tua memanggilnya  Mesopotamia, satu perkataan bermakna 'tanah diantara sungai-sungai' - sungai berlumpur Tigris dan sungai berliku-liku Euphrates. Disini bermulanya peradaban manusia ('buaian untuk tamaddun').

Ia menghasilkan ramai pemikir-pemikir besar, seperti orang-orang Sumeria yang mencipta satu daripada bahasa bertulis pertama, dan orang-orang Babylon, yang membina taman tergantung, satu daripada keajaiban dunia.

Ia menjadi tempat lahir penakluk-penakluk terkenal seperti Hammurabi yang memperkenalkan undang-undang balasan mata-untuk-mata; Nebuchadnezzar yang memusnahkan Jerusalem, sekitar tahun 600 B.C.; dan berkurun-kurun kemudian, Salahudin Al-Ayubi, pahlawan Muslim yang mengusir tentera Kristian Eropah.

Namun, banyak juga peperangan yang dilancarkan keatasnya sejak zaman-berzaman dan ada yang berjaya menawannya: Tentera Assyria, Parsi, Arab dan Turki.

Bangsa Turki, dan Empayar Othmanianya, menguasai  Mesopotamia selama 400 tahun, hanya mengalah pada permulaan kurun ke 20, apabila satu lagi tentera penakluk mara ke sana.

Ianya tentera British, yang baru sahaja memenangi Perang Dunia Pertama. Ia menakluki kawasan itu dengan harapan untuk mengecapi hasil minyaknya. Britain mencipta semula Mesopotamia.

Apa yang mereka buat ialah mereka keluarkan peta, lukiskan beberapa sempadan dan memilih nama tua, Iraq, yang bermakna 'tanah dari matahari.' Namun, dalam garisan-garisan sempadan yang mereka lukiskan itu - yang agak selari dengan sejarah - bukan sebetulnya sebuah negara tetapi lebih kepada sekumpulan puak-puak.

“Mereka hanya sekadar mengumpulkan kumpulan-kumpulan manusia yang tidak mempunyai tujuan yang sama,” kata Sandra Mackey, penulis buku "The Reckoning," a history of Iraq. “Mereka tidak membentuk satu negara. Mereka membentukkan satu negeri yang disertai puak-puak yang berbeza.”

Lebih tepat jika ditakrifkan perbezaan yang teruk. Kawasan selatan didiami oleh orang Arab yang mengikuti mazhab Syiah; di kawasan tengah di sekitar Baghdad pula ialah bangsa Arab yang mengamalkan mazhab ahli sunnah. Manakala di utara, ujud satu lagi kumpulan yang juga berbeza; bangsa Kurdish. Iraq menjadi satu tempat dimana puak-puak yang berbeza hidup bersama, lebih kurang seperti Amerika, tetapi tanpa satu cita-cita yang sama. 


Dari ketika negera itu dibentuk Britain pada tahun 1921, ia memang satu gabungan puak-puak yang bersaing untuk menakrifkan makna kenegaraan, terang Mackey. “Rakyat-rakyat Iraq tidak pernah menemui satu identiti yang sama yang mampu menyatukan mereka,” katanya.

Pihak Britain berpendapat penyatuan itu boleh dilakukan oleh seorang raja. Jadi mereka melantiknya - Faisal Pertama. Faisal ialah seorang wira - beliau telah menentang pihak Turki bersama watak legenda T.E. Lawrence, seorang lelaki yang lebih dikenali sebagai Lawrence dari Arabia.

Tetapi Faisal juga tahu apa yang pihak Britain harapkan: beliau memberikan konsesi minyak Iraq kepada pihak Barat, dan membuat perjanjian untuk berkongsi pendapatannya.

Pada akhir 50an, jeneral-jeneral Iraq sudah tidak sanggup bersekongkol dengan raja yang rasuah itu.

Pada tahun 1958, Jen. Ab-dal Karim merampas kuasa dan mengistiharkan Iraq sebagai sebuah republik.

“Revolusi kami adalah tindakbalas kepada penindasan dan rasuah," katanya.

Tetapi dia masih perlu memerintah negara yang tidak bersatu, dan ia lakukannya menggunakan kekerasan.

Beratus-ratus pejuang nasionalis diburu dan menyembunyikan diri; kemudian, sedekad selepas itu, tentera Iraq adalah salah satu dari tentera yang dikalahkan oleh Israel ketika perang 1967. Sebagai jawapannya, parti Baath di Iraq menjanjikan era baru yang gemilang.

Presiden baru ialah Ahmed Hassan al-Bakr. Tetapi orang paling penting dalam parti, ketua keselamatan dalam negerinya, ialah sepupu Bakr: Saddam Hussein.

“Beliau sedar jawatan paling baik untuk mengumpulkan pengaruh ialah menjadi ketua Keselamatan Dalam Negeri,” kata Amatzia Baram, seorang professor dalam Sejarah Asia Tengah di Haifa University, Israel.

“Pada tahun 1971, beliau sudahpun teramat berpengaruh. Presiden Bakr, berkata kepada orang-orang di sekelilingnya, "Kau tahu kita akan dilenyapkan. Saddam kini menguasai semuanya," kata Baram.

Pemberita Roger Mudd rmelaporkan, “Presiden Iraq, Ahmed Hassan al-Bakr, berkata dia meletak jawatan kerana masalah kesihatan. Dia menyerahkan kuasa kepada orang kuat tentera Jen. Saddam Hussein, yang sudah sekian lama dianggap sebagai ketua negara sebenar.”

Itulah sejarah yang tercatat pada suatu hari di bulan Julai  1979, apabilan Saddam Hussein, yang menggemari cerut, mengambil alih.

Saddam mengumpulkan kepimpinan Parti Baath, membaca senarai palsu penderhaka-penderhaka - kemudian membunuh mereka untuk mengukuhkan kuasanya. Mereka yang dipanggilnya perlu keluar dan dibunuh. Manakala mereka yang tinggal berada dalam ketakutan dan berpeluh-peluh. Ini pernah berlaku sebelum ini di Iraq. Tetapi hanya Saddam yang merakamkanya di dalam video. Beliau bangga dengannya. Beliau berharap mereka memahami maksud beliau: Anda mesti menggeruni Saddam atau anda dibunuh Saddam, tiada pendirian lain diantara kedua-duanya.

“Kini beliau seorang yang paling berkuasa - bukan hanya yang paling - malahan hanya dia yang berkuasa mutlak di Iraq,” kata Baram.

Saddam, selepas berpeluang mempertingkatkan lagi keangkuhannya, telah mengorak langkah menjangkau Iraq. Dan ini dilakukan dengan bantuan A.S. Pada tahun 1980, dia menakluki Iran, Iran yang dikuasai Ayatollah Khomenei, musuh yang sama-sama dibencinya dan A.S.

Tidak lama selepas itu,  Saddam Hussein menyalahgunkan gas mustard untuk menyerang tentera Iran, tindakbalas pentadbiran Reagan bukan boikot, tetapi tawaran hubungan diplomatik yang disampaikan oleh Setiausaha Negara George Shultz.

“Kami menjalinkannya atas dasar keadilan dan saling hormat-menghormati,” kata Schultz pada tahun 1984 dalam satu pertemuan dengan Tariq Aziz.

Oleh kerana itu Saddam berasa tiada gangguan untuk terus menzalimi rakyatnya sendiri. Pada tahun 1988, kerana mengsyaki bangsa Kurdish tidak setia, Saddam mengarahkan mereka dibunuh dengan gas beracun.

“Beliau tidak memperdilukan orang lain apabila wawasannya diancam,” kata Baram.

Malahan, Saddam mengorbankan lebih ramai rakyatnya sendiri selepas tamatnya Perang Teluk 1991. Beliau membalas dendam terhadap puak Syiah dan Kurdish kerana cubaan memulakan revolusi.

“Jika perlu mengorbankan separuh dari rakyat Iraq, dia sanggup membuatnya, tiada masalah sedikit pun,” tambah Baram.

Kini sudah tiba tentera penakluk terbaru, yang menentukan hari-hari terakhir Saddam Hussein. Tidak lama lagi para penakluk perlu menyatukan apa yang tidak pernah dapat disatukan, membina apa yang tidak pernah dibina sebelum ini, disini di tempat bermulanya peradaban manusia.

“Ada dua masalah utama. Dan masing-masing menimbulkan risiko kepada A.S.," kata pengarang Sandra Mackey. "Yang pertama ialah Saddam Hussein. Yang kedua Iraq itu sendiri. Mereka orang yang sedang ketakutan. Mereka sedang marah. Mereka berada di kedudukan mukabumi yang sesuai dan mempunyai sumber yang memberikan alasan kenapa mereka perlu memastikan negara Iraq terus menjadi satu.”


© MMIII, CBS Broadcasting Inc. All Rights Reserved.

:: MukaDepan   :: Berita Dunia