Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

26/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


ENAM HARI YANG MENGAIBKAN

ARTIKEL ASAL

Mac 26 2003

HARI INI ialah hari keaiban bagi tentera Britain apabila ia mengistiharkan bandar Basra dengan penduduk 600,000 sebagai "sasaran tentera".

Anda tidak akan membaca atau mendengar perkara itu di media pro kerajaan yang mendakwa bercakap untuk Britain.

Tetapi mereka memang betul. Dengan Basra, keaiban terukir di nama kita, dipahatkan oleh Blair dan Bush.

Selepas memusnahkan bekalan air dan letriknya, menyekat jalan bekalan makanan dan setelah gagal melepasi pertahanan manusia, mereka kini sedang bersedia untuk mengepung bandar kedua terbesar di Iraq itu yang mempunyai 40% kanak-kanak.

Inilah saat-saat mendukacitakan dalam sejarah Britain. Disini, sebuah negara miskin yang sedang diserang kuasa besar, A.S., yang memiliki kekayaan melimpah-ruah dan senjata paling berbahaya di dunia, dan sekutu rapatnya, Britain, yang mendakwa mempunyai tentera paling profesional.

Percayakan propagandanya sendiri, ketua-ketua tentera terkejut dengan tentangan sengit yang ditunjukkan tentera Iraq.

Mereka cuba merendah-rendahkan pasukan bersenjata yang mempertahankan Basra dengan cerita-cerita kononnya mereka berbunuhan sesama sendiri.

Hakikatnya, rakyat Iraq bertempur seperti singa bukan untuk mempertahankan seorang diktator tetapi tanah air mereka. Inilah hakikat yang akan dipuji majoriti rakyat Britain.

Perbandingan sejarah yang ditakuti Tony Blair dan pakar propagandanya ialah tentang orang Britain yang mempertahankan negara mereka dari ancaman penakluk yang ganas. Ianya berlaku 60 tahun lalu dan kini kita pula yang bertukar menjadi penakluk yang mengganas itu.

Semalam, Blair berkata 400,000 kanak-kanak Iraq telah meninggalkan dunia sejak lima tahun lalu kerana kurang berzat dan sebab-sebab yang berkaitan. Kata beliau "bertimbun-timbun bantuan kemanusian menanti di Kuwait, kalaulah rejim Iraq memberi laluan selamat."

Hakikatnya, bukti-bukti kukuh, termasuk yang diterbitkan Tabung Kanak-kanak PBB, menjelaskan sebab utama kanak-kanak ini meninggal dunia ialah kerana kepungan yang berterusan, 12 tahun pemulauan yang dipelopori Amerika dan Britain.

Sehingga bukan July lalu, sejumlah $5.4billion bantuan kemanusian, yang diluluskan PBB dan dibayar kerajaan Iraq, telah disekat  Washington, dengan persetujuan kerajaan Blair. Bekas penolong setiausaha agung PBB, Denis Halliday, yang dihantar ke Iraq untuk memperkenalkan program "minyak untuk makanan", menerangkan kesan pemulauan sebagai "tidak ubah seperti pembunuhan beramai-ramai". Perkataan-perkataan yang sama digunakan pengganti beliau.

Kedua-dua pegawai ini meletak jawatan tanda protes, sambil berkata pemulauan ini menguatkan lagi kuasa Saddam.

Mereka berdua memanggil Blair penipu.

Dan kini tentera Blair menembak peluru berpanduan-wayar untuk "melembutkan"  Basra.

Saya telah berjalan di bandar itu,  menyusuri jalan-jalan yang dimusnahlkan peluru berpandu A.S.. Korban-korban mereka ialah kanak-kanak, disebabkan mereka berada di mana-mana. Saya memegang saputangan di muka saya ketika berdiri di padang sebuah sekolah bersama seorang guru dan beberapa orang kanak-kanak yang kurang sihat.

Debu-debu yang dibawa angin dari medan perang teluk 1991 di sebelah selatan tidak pernah dibersihkan oleh kerana kerjaan A.S. dan Britain enggan membenarkan pembeliaun alat pakar.

Debu-debu itu, kata  Dr Jawad Al-Ali kepada saya, membawa "benih-benih kematian". Di wad kanak-kanak di hospital besar Basra, kematian disebabkan perlbagai jenis kanser adalah perkara biasa dan para pakar tidak ragu-ragu dengan kemungkinan separuh dari rakyat di selatan Iraq akan mati akibat kanser yang disebabkan oleh penggunaan senjata pemusnah awam yang digunakan A.S. dan Britain - kelongsong peluru dan peluru berpandu yang hujungnya diselaputi uranium.

Sekali lagi, pihak Amerika menggunakan apa yang Professor Doug Rokke, bekas ahli fizik Tentera A.S., panggil "sejenis senjata nuklear yang mencemari semua dan setiap orang".

Hari ini, setiap kali berdas-das tembakan oleh kereta kebal A.S. mengandungi 4,500 gram uranium pepejal, yang mempunyai partikel yang boleh mengakibatkan kanser jika di hidu atau ditelab.

Senjata ini, dan pengunaan bom 'cluster' yang baru oleh kedua-dua sekutu itu sedang ditutup dari diketahui umum.

Sekali lagi, rakyat Britain dinafikan dari mengetahui hakikat perang.

Imej-imej kanak-kanak yang dirawt di wad-wad hospotal ada ditayangkan doi TV tetapi anda tidak melihat kesan kepada pengeboman 'cluster' oleh jet Tornado.

Anda tidak didedahkan dengan imej kanak-kanak yang cedera parah, dengan kakinya hancur.

Imej-imej itu "tidak boleh diterima", kerana mereka merisaukan penonto - dan pihak berkuasa tidak mahukannya. Imej-imje "yang dirahsiakan" ini adalah satu hakikat. Ibu-bapa Iraq terpaksa melihat anak-anak mereka yang cedera, oleh kenapa kita, dimana nama kita digunakan untuk membunuh mereka, tidak melihatnya juga?

Kenapa kita tidak berkongsi kesusahan mereka? Kenapa kita tidak melihat sifat sebenar penaklukan berjenayah ini?

Perang-perang yang lain disensaikan, dengan membenarkan ia diulang-tayang berkali-kali.

Jika anda mempunyai TV satelit, cubalah dapatkan saluran Al Jazeera, yang terkenal dengan siarannya. Apabila tentera A.S. mengebom Afganistan, satu dari bom pintarnya memusnahkan pejabat Al-Jazeera di Kabul. Hanya sedikit yang prcaya ianya satu kemalangan. Sebaliknya ianya bukti kepada kebebasan berita dari saluran itu.

Ingat, bukannya mereka yang menentang perang yang perlu mengemukan alasan-alasan, walau apa pun kata Blair untuk "menyokong tentera kita". Hanya ada satu cara untuk menyokong mereka - bawa mereka balik dengan serta merta.

Pada tahun 1932, rakyat Iraq mengusir kerajaan penjajah Britiain. Pada tahun 1958 mereka membuanh raja dari puak Hashemite.

Rakyat Iraq membuktikan mereka mampu menjatuhkan diktator-diktator. Justeru, kenapa mereka tidak dapat menjatuhkan Saddam?

Sebabnya ialah kerana A.S. dan Britain yang membekalkan senjata dan memperkuatkannya, sambil memastikan apabila mereka membencinya, merekalah sahaja pilihan untuk rakyat. Penjajah sering berfungsi sebegitu..

"Iraq baru", seperti yang dipanggil Blair, akan mempunyai banyak contoh seperti Haiti, the Dominican Republic dan Nicaragua, semuanya ditakluk Amerika sehinggalah Washington membenarkan seorang diktator yang ganas mengambil alih.

Saddam hanya mengambill kuasa apabila Amerika membantu pari Baathnya pada tahun 1979. "Ianya rampasan kuasa yang saya paling gemari," kata pegawai CIA yang berkenaan.

Ingatlah sejarah ini setiap kali anda mendengar ketidakjujuran Blair - dan apabila anda dapat melihat imeh-imej kanak-kanak yang dibunuh atau dicederakan atas nama anda, dan atas nama semangat yang dipanggil PM "semangat patriotik asas kita".

Ianya satu jenis patriotism, tulis Tolstoy, "yang tiada makna melainkan satu cara para pemerintah mencapai impian dan kegendak mereka, dan bai yang diperintah untuk meningkatkan maruah, lojik dan moral."

www.johnpilger.com


:: MukaDepan   :: Berita Dunia