Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

29/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


 

Arabs Bantah Perang Dengan Doa dan Boikot
Tekanan Kerajaan Memaksa Penunjuk Perasaan, Ulama Untuk Mengawal Perasaan

http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/articles/A44675-2003Mar28.html


Penunjuk perasaan Mesir mengoyak bendera A.S. ketika tunjuk perasaan membantah perang keatas Iraq di luar masjid Al-Azhar di Kaherah. Walaupun besar, protes-protes lebih terkawal berbanding minggu lepas. (Denis Doyle -- AP)

oleh Emily Wax dan Carol Morello
Washington Post Foreign Service

Terjemahan: Muzammil Haji Daud
Saturday, March 29, 2003; Page A31

KAHERAH Mach 28 -- Lebih kurang 50 kanak-kanak yang memakai 'visor' (penutup muka) kertas berwarna merah yang bertulis "Doa, Boikot, Derma" berkumpul di luar masjid al-Azhar selepas solat jumaat. Dengan tenang mereka mengambil tempat di jalan untuk menyuarakan bantahan kepada perang kelolaan A.S. ke atas Iraq.

Beberapa orang lelaki yang memakai kain lilit kepala berwarna hitam sebagai mengingati orang awam yang terkorban di Iraq membuat bulatan di sekeliling kanak-kanak itu. Selepas itu beratus-ratus ibu-ibu yang memakai kain tudung serba kuning tiba dan bernyanyi untuk keamanan dalam bahasa Arab. Ramai yang mendokong bayi-bayi mereka. Akhirnya beratus-ratus pelajar kolej, melambai-lambaikan poster yang berbunyi "Boikot barang Amerika. Lawan balik dengan duit."

Lebih kurang 15,000 orang menunjuk perasaan di Kaherah hari ini dan, berbeza dari minggu lalu, tiada keganasan dilaporkan dan hanya sedikit tangkapan berlaku. Selepas solat jumaat minggu lalu, penunjuk perasaan membaling batu dan kasut ke arah polis anti-rusuhan; orang ramai disuraikan menggunakan gas pemedih mata dan semburan air dan beberapa ratus penunjuk perasaan dibawa ke penjara.

Di seluruh dunia Arab hari ini, khutbah jumaat menyeru agar orang ramai bersabar. Ulama-ulama menyeru Muslim supaya menyokong Iraq dan membantah perang dengan lantang. Namun, mereka juga menyeru agar orang ramai yang sejak seminggu lalu menyaksikan pengeboman, kematian, dan kemusnahan di Iraq agar bersabar.

"Allah bersama orang yang sabar. Menurut sejarah, kita dapat lihat hasil dari doa. Allah-lah yang terbaik yang boleh mengembalikan hak kita," kata Sheik al-Azhar Mohammed Sayed Tantawi, yang terkenal sebagai ulama paling terkemuka di kalangan ahli sunnah wal jamaah.

Di Omar Makram, salah satu dari masjid tertua di Kaherah, Sheik Sayed Abdel Meguid menyeru Muslim supaya meningkatkan ketakwaan mereka.

"Seorang Muslim perlu mengubah dirinya dahulu sebelum mengubah orang lain. Carilah ugama, kerana disitu ada kemafaan. Dalam Al-Quran, ada banyak contoh yang menunjukkan peperangan dimenangi oleh golongan minoriti yang melawan golongan majoriti," katanya. "Allah telah menghantar ramai askar yang tidak dapat dilihat untuk membantu Muslim dalam peperangan."

Minggu lepas, Meguid memberi ucapan yang menggesa pemberontakan besar-besaran terhadap A.S..

Penganalisa berkata kesederhaan hari ini membayangkan tekanan kerajaan ke atas ulama-ulama dan penganjur protes. "Memang, kerajaan meminta kita berkompromi," kata  Essam Elerian, seorang pemimpin Ikhwanul-Muslimin, kumpulan Islam terbesar di Mesir, dan penganjur yang kerap mengadakan protes. "Ucapan-ucapan akan lebih berapi-api jika tiada tekanan-tekanan ini. Namun, pendapat umum memang diketahui mengenai perang ini. Tiada apa yang boleh menahan kebenaran."

Mesir mensyaratkan kelulusan permit untuk mengadakan tunjuk perasaan, dan kumpulan-kumpulan itu memohonnya terlebih awal. Mereka cuba menunjukkan pandangan mereka dengan "cara-cara yang kreatif," melalui muzik dan seni, disamping mengubah tabiat membeli mereka dan apa yang mereka pakai, kata Elerian.

Di Amman, Jordan, ulama-ulama melembutkan ucapan-ucapan mereka. Khutbah-khutbah mereka ditapis oleh kerajaan sebelum dibaca di masjid-masjid, kata penganalisa politik.

Di Masjid Raja Hussein, masjid tertua di Amman, pemimpin-pemimpin ugama membaca ayat-ayat (khutbah) yang sederhana: "Semoga Allah memberikan kejayaan kepada kita," kata seorang ulama. "Allah akan membantu rakyat Iraq kerana Allah sentiasa membantu orang yang benar."

Campurtangan kerajaan jelas kelihatan dalam khutbah-khutbah minggu ini, kata Labib Kamhawi,seorang penganalisa politik dan bekas profesor dalam bidang sains politik di Jordan University di Amman.

"Disebabkan Jordan membantu A.S. dan pada masa yang sama berada di tengah-tengah antara Palestin dan Iraq, kerajaan berada dalam keadaan yang sukar," kata Kamhawi. "Mereka tidak mahu rakyat naik marah sehingga memberontak terhadap mereka."

Namun, kerajaan-kerajaan Arab perlu mencari keseimbangan diantara membenarkan rakyat menunjuk perasaan "untuk menunjukkan kerajaan di belakang mereka" dengan melindungi rejim mereka dari kesan keganasan yang tidak dapat dikawal, kata Kamhawi.

Di Saudi Arabia, dimana tunjuk perasaan diharamkan, masjid-masjid dijadikan tempat utama untuk melahirkan rasa marah. Khutbah-khutbaj di Mekah dan Madinah, tempat paling suci dalam Islam, juga nampak terkawal tetapi mencapai maksud utamanya.

"Perang ini mesti dihentikan dengan serta merta," kata  Sheikh Saleh bin Humayed dalam khutbah dari Masjidilharam yang disiarkan di TV. "Penerusannya akan menimbulkan kemarahan dan perbalahan."

Di Masjid Nabawi di Madinah, seorang ulama berdoa "untuk saudara Islam kita yang tidak berdaya di Iraq dan untuk kemusnahan penceroboh." Dia menyeru jihad, yang kadang-kadang diertikan "perang ugama", tetapi juga merujuk kepada jihad dalam diri sendiri.

Di Kaherah, protes-protes kadang-kadang mempunyai persamaan dengan protes-protes anti-perang di A.S. pada tahun 1960an.

Sekumpulan artis menayangkan lukisan-lukisan anti-perang mereka di bawah pohon, tidak jauh dari al-Azhar. Beberapa orang pelancung yang melalui jalan itu mahu membelinya, tetapi artis-artis berkata mereka bukan untuk jualan.

"Kita akan mencari jalan untuk menunjukkan perasaan kita," kata Kwathar Abdel Hamid, 40, seorang pelukis wanita yang mengoyang-goyangkan al-Quran di satu tangan dan berus lukisan di tangan yang satu lagi. "A.S. lebih kuat dari bangsa Arab, jadi kita kena bersuara lebih lantang."

Tangannya basah dengan cat merah dan oren. Lukisan abtsrak yang berwarna cerah menunjukkan kanak-kanak sedang menderita di bayangi warna merah. Tertulis di kanvas ialah kedua-dua perkataan Arab dan English untuk memastikan A.S. mendapat mesejnya: "Hentikan Perang."

Morello melaporkan dari Riyadh, Saudi Arabia. Special correspondents Alia Ibrahim in Beirut, Ranya Kadri in Amman and Nevine Bayoumi in Cairo contributed to this report.

2003 The Washington Post Company


:: MukaDepan   :: Berita Dunia