Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia


: : 10/04/03  : : Terjemahan: Muzammil Haji Daud


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Imej-imej TV menimbulkan kemarahan, kejutan, dan amaran serangan balas

http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/articles/A829-2003Apr9.html

___ Kejatuhan Baghdad  ___

spacer
Pegawai AS berkata Saddam kehilangan kawalan keatas ibu negara ketika penduduk meraikan kehadiran tentera AS.

 

oleh Emily Wax dan Alia Ibrahim
Washington Post Foreign Service
Khamis, April 10, 2003.

KAHERAH, April 9 -- Setelah hakikat pahit mengenai penaklukan Baghdad oleh tentera AS mulai diterima oleh dunia Arab hari ini, terdapat kemarahan, kejutan dan kekecewaan bersama-sama amaran pertempuran-pertempuran baru sedang menunggu.

"Tolonglah, Amerika mesti mendengar kata-kata kami. Media Amerika dan rakyatnya sedang bergembira kini, tetapi mereka tidak melihat dari pandangan kita," kata Diaa Rashwan, seorang ahli sains politik di Pusat Ahram Untuk Kejian Politik dan Strategi di Kaherah.

"Orang Arab amat kecewa, dan untuk Amerika, saya ulang, saya ulang, saya ulang, perang sebenar belum bermula pun lagi. Kita perlu berwaspada dengan kegembiraan sebegitu. Ia hanya akan menambahkan lagi kemarahan dunia Arab. Tiada orang Arab yang mahu mengalu-alukan kuasa penakluk."

Reaksi-reaksi mereka yang ditemuramah di sekitar Kaherah menunjukan ketidakpercayaan terhadap AS disamping kekecewaan dengan kegagalan tentera Iraq menentang penaklukan yang diketuai AS itu.

"Kami ingat kita sedang berjaya. Pihak Arab bangkit menentang, ia tidak akan menjadi sebegitu mudah, fikir semua orang," ujar Emad Mohammed, 28, seorang pembantu bangunan di Kaherag. "Dimana Saddam sekarang?"

"Saya tidak percaya apa yang saya lihat. Saya amat sedih," kata Bassem Zein, 36, pemilik sebuah kedai talipon tangan di Beirut yang sedang menonton TV di tempat kerja. "Ia mengecewakan saya bila mereka memasuki Baghdad tanpa sebarang tentangan. Itu amat teruk."

"Saya bencikan itu," kata Ahmed Samir, pengurus sebuah syarikat perniagaan di Riyadh, Saudi Arabia, ketika dia menonton gambar-gambar rakyat Iraq berjabat tangan dengan askar-askar AS di Baghdad. "Ini bermakna mereka bencikan Saddam lebih dari mereka bencikan pihak Amerika."

Ramai dari mereka yang ditemuramah berkata mereka fikir AS melindungi Israel, dan sebahagian dari mereka menyamakan imej-imej kejatuhan Baghdad dengan penguasaan Israel di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza.

"Tidak, tidak, tidak," teriak Shaaban Mohamad, sambil menonton TV di sebuah kedai buku di Kaherah. "Jika AS betul-betul mahukan demokrasi, mereka perlu menjatuhkan hampir semua pemimpin-pemimpin Arab. Ini menimbulkan syak wasangka. AS hanya mahu melindungi Israel dan mahukan kekayaan hasil bumi kawasan ini sahaja."

Mereka yang ditemubual berkata mereka melihat perang yang berbeza ketika mereka menonton imej-imej penaklukan AS ke atas Iraq. Apa yang dianggap di AS sebagai pembebasan Iraq dianggap di dunia Arab sebagai bukti keganasan dan sifat tidak jujur AS.

Di kedai-kedai kopi di Kaherah dan di kampus-kampus kolej di Beirut, sebahagian berkata AS memanipulasikan imej-imej yang mereka lihat - rakyat Iraq bergembira menyambut ketibaan tentera AS, memusnahkan bangunan-bangunan kerajaan dan memusnahkan lukisan dan seni dinding [imej] Saddam Hussein.

"Mereka yang menari-nari di jalan seperti orang bodoh ialah perisik-perisik Amerika," kata Osama Awad, 26, yang memaksa masuk ke kedai gunting yang padat di Cairo, sambil menyumpah-nyumpah apabila melihat imej-imej TV yang menunjukkan penduduk Iraq memusnahkan patung gergasi Saddam Hussein dengan tukul. "Pihak Amerika memberitahu penduduk untuk bergembira dan menyalahgunakan mereka. Pada masa yang saya, mereka mencuri minyak mereka."

Sebahagian dari saluran TV Arab membandingkan imej-imej itu dengan keruntuhan Tembok Pemisah Berlin.

Tetapi ramai dari mereka yang menumpukan kepada seorang askar marin yang membungkus kepala patung Saddam dengan bendera Amerika sebelum menukarkannya dengan bendera Iraq.

"Iraq yang baru akan mempunyai bau dan citarasa AS," kata seorang pengacara TV al-Jazeera, saluran TV satelit popular di dunia Arab.

"Apa yang orang Amerika lihat seorang lelaki memukul gambar Saddam dengan kasutnya memberi makna yang berbeza kepada kami," kata Hani Shukrallah, pengarah urusan Al-Ahram Weekly di Cairo. "Mereka lihat orang yang marahkan pemimpin mereka memberikan ini kepada kita. Mereka mahu Saddam dihalau. Tetapi dalam masa beberapa minggu mereka akan membuat perkara yang sama terhadap gambar George Bush pula."

Malam semalam, satu analisa di TV telahpun menumpukan perhatian kepada masa depan Iraq.

Presiden Mesir Hosni Mubarak dan Menteri Luar Putera Saud Faisal meminta tentera AS meninggalkan Iraq.

"Rakyat Iraq mesti menerajui negara mereka secepat mungkin," kata Mubarak kepada agensi berita rasmi Mesir, MENA.

Para penganalisa sering mengulangi pendapat bahawa kepercayaan terhadap AS akan pulih apabila konflik Palestin-Israel dapat diselesaikan.

"Untuk semua orang di dunia Arab, masalah Palestin ialah satu-satunya masalah yang mereka ada dengan AS," kata Turki Hamad, seorang ahli sains politik di Arab Saudi. "Jika AS berjaya menyelesaikannya, maka orang ramai akan mengubah tanggapan mereka mengenai Amerika."

Ada juga seruan agar PBB diberikan peranan utama di Iraq selepas perang.

"Jika AS mahu membuktikkan kepada orang Arab kita tersilap bila berkata penaklukan ini kerana minyak dan keselamatan Israel, ia perlu menyerahkan kuasa kepada PBB," kata Hassan Nasaa, pengerusi jabatan sains politik di Universiti Kaherah.

Ada juga kata-kata manis untuk Saddam. Tetapi di kawasan golongan miskin di Kaherah lama, penduduk berharap dia akan muncul kembali dan menyerang balas untuk mengembalikan harga diri orang Arab. 

Special correspondent Ibrahim reported from Beirut, and staff writer Carol Morello in Riyadh, Saudia Arabia, contributed to this report.

© 2003 The Washington Post Company

:: MukaDepan   :: Berita Dunia