Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia


: : 07/04/03  : : Terjemahan: Muzammil Haji Daud


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


  KEPILUAN DI SEBUAH KAMPUNG YANG DIMUSNAHKAN

Apr 7 2003

Ihsan: Akhbar the Mirror, artikel asal klik sini

Peter Arnett

 

Baker Nagill Sacanda Mohammed memegang roti rata yang hitam di tangannya dan meminta jawapan yang tiada saiapa pun boleh menjawapnya.

Di belakangnya ialah kesan-kesan kedai keknya, di kawasan masyarakat Syiah sehinggalah perang membedilnya 45 lalu.

Beberapa kali dari situ, mayat anaknya Abu yang berumur 12 tahun ditutup surat khabar yang berlumuran darah.

Ketika tiupan angin melayangkan helaian-helaian surat khabar itu, sambil memperlihatkan kesan-kesan darahnya, Nagil memeriksa kesan-kesan tembakan, dan bertanya: "Kenapa? Kenapa?"

Sejam sebelum itu, beliau memeriksa oven batunya dimana bakaran apinya tidak pernah dibiarkan padam sejak perang bermula, satu-satunya perniagaan yang masih diteruskan [di kawasan itu]. Selepas itu beliau membiarkan rotinya dimasak dan memeriksa belakang rumahnya.

"Lihatlah apa yang mereka lakukan kepada saya,"tangis beliau sambil memerhatikan rotinya seolah-olah tidak percaya apa yang berlaku. "Anak saya mati. Perniagaan saya musnah. Kenapa perang datang kesini?"

Sambil melihat sekeliling, saya hanya boleh andaikan perang tiba di al Salan secara silap.

Tiada sasaran tentera disini, hanya deretan-deretan rumah yang berdindingkan selut, di sebuah jalan sepi menuju ke Jordan, 15 minit dari pusat bandaraya Baghdad.

Kampung yang didiami 15,000 penduduk Syiah ini selamat ketika Perang Teluk pertama dahulu dan sepatutnya menjadi kampung mungkin dijadikan kawan oleh tentera AS bagi menentang Saddam.

Kini ia bertukar menjadi persekitaran yang akan mengancam marin Amerika.

Vras al Abadi, seorang peniaga berumur 20 tahun, menemui saya untuk memberitahu saya bagaimana jet-jet pejuang berlegar-legar di udara kemudian melepaskan beberapa siri bedilan peluru berpandu.

 

Arnett dan seorang penuduk kampung disamping kemusnahan semalam

Bedilan pertama mengena kedai roti. Kini mereka tiada roti lagi.

Bedilan berikutnya mengena bumbung rumah berdekatan yang nasib baiknya kosong kerana keluarga tersebut telah meninggalkan rumah untuk melarikan diri ke sempadan Iran yang menyediakan kawasan pelarian.

Di sebelah sana jalan, sebuah bas telah hancur dan kelihatan seolah-olah ia dibuat dari kepingan kertas. Pemandunya memandang-mandang ke depan apabila peluru mengenainya. Ajaibnya, beliau terpelanting keluar dan terjatuh di tepi jalan, dalam keadaan terkejut tetapi tidak tercedera.

Saya dibawa ke tempat itu oleh kawan lama dan pembantu saya Karin. Beliau sedang memandu semasa melihat kawasan itu diletupkan di depan matanya.

Beliau kembali untuk memaklumkan kepada saya dan saya mendapatkan seorang pegawai dan terus menuju ke kampung itu. Sesampainya di sana, beliau melihat orang-orang kampung sedang menangis dan meraung di jalan-jalan manakala yang tercedera di bawa ke hospital.

Saya dikerumuni orang-orang kampung yang sedang marah yang menuding jari kearah saya sambil bertanya saya apa yang telah mereka buat, kenapakah mereka diperlakukan begitu.

Sambil memerhati sekeliling, saya bayangkan berapa kali lagikah suasana ini akan diulang-ulang pada hari-hari dan minggu-minggu mendatang. Awal hari itu, Kementerian Penerangan membawa kami melihat kemusnahan yang disebabkan oleh serangan udara AS di sebelah tenggara.

Kelihatan 30 askar Iraq menyanyikan slogan anti-AS dan menari-nari diatas kereta kebal Abram kepunyaan AS, nampak jelas dilakonkan dengan cermat.

Berdekatan itu, sebaris kenderaan Iraq yang telah terbakar membayangkan kesan pertempuran sengit yang dimenangi tentera AS.

Perang memang telah tiba di Baghdad, dan anda tidak boleh mengadakan perang sengit di sebuah bandaraya yang mempunyai penduduk seramai 4.5 juta orang tanpa menyebabkan kematian orang awam dan kemusnahan sebegini.

Ketaukatan menghantui orang awam disini. Apa yang tinggal untuk dilihat ialah samada mereka akan bertindakbalas dengan senjata atau menyerah sahaja kepada takdir.

 


:: MukaDepan   :: Berita Dunia