Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

23/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Neraka Menghujani Rakyat Iraq

http://www.arabnews.com/Article.asp?ID=24061
Naseer Al-Nahr, Koresponden Perang Arab News

BAGHDAD, 22 Mach 2003 — A.S. dan Britain melancarkan serangan udara yang dahsyat keatas bandaraya ini semalam ketika tentera darat terus bergerak memasuki Iraq dalam kemaraan menuju pusat bandar. Serangan udara itu menyaksikan bola api dahsyat, letupan yang mengegarkan, dan asap berbentuk awan besar di angkasa pusat bandar. Jet-jet pejuang Amerika juga membedil sasaran-sasaran di bandar-bandar utara Mosul dan Kirkuk dengan kedahsyatan yang sama.

Para imam di masjid-masjid Iraq mengutuk serangan yang diketuai A.S. itu dan menggesa penduduk awam supaya menentang kemaraan tentera A.S. dan Britain. TV Iraq menayangkan Dr. Abdullatif Hameem, imam masjid pusat Baghdad, sambil memegang senjata AK-47 menyampaikan khutbah yang mengugut tentera A.S..

Baghdad telah menawarakan ganjaran-ganjaran menarik kepada askar Iraq yang menembak jatuh kapal terbang musuh atau peluru berpandu atau menangkap askar A.S. dan Britain. Rakyat Iraq yang berjaya menjatuhkan sebuah jet pejuang akan menerima 100 juta dinar, manakala penangkapan seorang askar musuh akan membawa 50 juta dinar.

Beberapa kemalangan jalanraya dilaporkan di Baghdad dan bandar-bandar berdekatan. Dalam satu kejadian, sebuah kereta yang membawa lapan orang ahli keluarga terbalik selepas letupan dan membunuh semua penumpang yang sedang lari dari pengeboman.

Tentera A.S. menembak 320 peluru berpandu keatas Baghdad dan kawasan sekitarnya, kata seorang komander kanan tentera laut A.S.. Tetapi Menteri Pertahanan Iraq Sultan Hashim Ahmed berkata  “tiada sebarang tentera di dunia" yang akan mampu menakluki Iraq, di satu sidang media ketika serangan udara sedang berjalan.  “Tiada sebarang tentera di dunia yang akan dapat menakluko kita kerana kita mempertahankan negara kita, prinsip-prinsip kya dan ugama kita. KIta, tidak syak lagi, ialah pemenangnya," kata Ahmad, suaranya kadang-kadang tidak kedengaran kerana bunyi letupan yang kuat.

Menteri-mentei utama Iraq, salah seorang darinya memegang sepucuk senjata, mengutuk Amerika sebagai "kuasa besar yang jahat" dan berkata penakluk-penakluk yang diketuai A.S. akan dilenyapkan di Baghdad.

“Kemenangan ialah pasti,” kata Menteri Dalam Negeri Mahmoud Diyab Al-Ahmed kepada satu sidang meida, sambil menghayun sepucuk senapang Kalashnikov dan berdiri di depan gambar Presiden Saddam Hussein dan bendera Iraq Beliau dan Menteri Kemenangan Mohammed Saeed Al-Sahaf menggelar Bush dan Tony Blair sebagai penjenayah yang melancarkan penaklukan.

“Mereka ialah kuasa besar yang jahat,” kata Sahaf mengenai Amerika. “Mereka kuasa besar seperti Al Capone,” tambahnya, merujuk kepada gangster tahun 1920an dari Chivago itu. Beliau menggelarkan Bush sebagai "ketua kumpulan anak haram penjenayah antarabangsa."

Menteri Pertahana Donald Rumsfeld berkata tahap serangan yang dahsyat ini disengajakan untuk menunjukkan kepada pihak Iraq bahawa Saddam sudah tiada harapan lagi dan kepimpinannya akan berakhir dan sudah menjadi "sejarah". "Rejim itu mulai kehilangan penguasaan negara mereka," kata Rumsfeld kepada pemberiya di Pentagon.

Iraq berkata Saddam telah selamat dari cubaan A.S. untuk membunuhnya pada Khamis lalu. Tetpai khabar angin terus timbil bahawa pemimpin Iraq itu telah mati dan dia tidak muncul di kalangan umum atau do TV semalam. Pegawai Britain dan A.S. berkata mereka tidak tahu samada beliau masih hidup atau telah mati.

Jen. Richard Myers, pengerusi Ketua-Ketua Staff Tentera Amerika, berkata beratus-ratus sasaran akan dibedil dalam masa 24 jam. Beliau juga berkata tentera A.S. dan Britain akan mengambil aloh kawalan telaga-telaga minyak di selatan Iraq dan telah menerima penyerahan diri beberapa ratus tentera Iraq.

Kata beliau ada askar-askar Iraq yang lain melarikan diri dari unit-unit mereka. Penentangan Iraq setakat ini agak tidak terancang.

Dalam hari yang penuh perkembangan-perkembangan yang pantas, tentera marin A.S. menawan pelabuhan Iraq di Umm Qasr sementara pasukan tentera yang lain menawan dua telaga minyak di padang pasir Iraq yang terletak 140 batu dan 180 batu (225 km and 290 km) di barat ibu negara, sebagai satu perancangan untuk menawan Baghdad.

Tentera Marin Britain melancarkan serangan 'amphibious' (air ke darat?) dan serangan udara dan menawan beberapa telaga minyak berdekatan Teluk. Manakalan kumpulan tentera Britain yang lain mara ke pelabuhan Basra.

Pasukan Infantry ke-3 A.S. telah diserang dekat Nassiriya. Tentera A.S. membalas dengan bedilan roket-roket. Pegawai A.S. berkata mereka akan "ke sana dan menyertai pertempuran" secepat mungkin.

Komando-komando Britain menawan Semenanjung Fawdi selatan Iraq, sambil menawan terminal-terminal eksport minyak, tentera Iraq menghalang marin A.S. yang sedang mara ke pelabuhan Umm Qasr selama dua jam sebelum meriam-meriam Britain memusnahkan pertahanan Iraq itu.

Tentera A.S. dan Britain menawan dua buah bot di selatan Iraq yang sedang membawa 68 biji periuk api, kata pegawai tentera. Pada hari pertama pertempuran, dua askar marin A.S. disahkan terkorban. Lapan askar dari Britain dan empat dari A.S. mati apabila sebuah helikopter terhempas di Kuwait. Jumlah korban tentera Iraq tidak diketahui.

Sementara itu, semalam Turki membenarkan ruang udaranya digunakan oleh A.S.

“Telah diputuskan bahawa adalah untuk kepentingan Turki ruang udara ini dibuka,” kata Menteri Pertahanan Vecdi Gonul kepada pemberita.

— Dengan bahan-bahan dari Agencies


:: MukaDepan   :: Berita Dunia