Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia


: : 09/04/03  : : Terjemahan: Muzammil Haji Daud


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Di Basra, Bantahan Bertambah, Bantuan Berkurangan
Korban-korban perang menyebabkan tentangan terhadap kehadiran tentera Britain


Askar-askar Britain mengawal orang ramai yang bersork selepas mereka menemui semula barang-barang makanan yang dicuri awal hari itu di Basra. Tentera Britain telah meminta seorang sheikh tempatan untuk menubuhkan pengurusan bandaraaya itu. (Odd Andersen -- AFP)

Oleh Keith B. Richburg
Washington Post Foreign Service
Rabu, April 9, 2003; Page A23

 

BASRA, Iraq, April 8 -- Pada hari perang Iraq bermula, Abid Hassan Hamoodi, 72, ketua keluarga paling berpengaruh di Basra, mengumpulkan semua anggota keluarganya didalam bilik simpanan rumahnya yang mempunyai sembilan bilik itu. Oleh kerana bilik itu berada jauh dari jalan, beliau fikirkan, bilik itu tempat paling selamat bagi anak-anak dan cucu-cucunya tidur.

Bilik itu bertukar menjadi perangkap maut. 

Di awal pagi Sabtu, ketika sedang tidur, 10 ahli keluarganya terbunuh oleh bedilan dua peluru berpandu jet pejuang yang memusnahkan rumah itu, kata Hamoodi. Mangsa-mangsa itu, termasuk tujuh kanak-kanak telah hancur apabila bilik belakang rumah itu bertukar menjadi timbunan bahan-bahan buangan simen. Hamoodi berkata dia kehilangan isterinya, anak perempuan, anak lelaki, dan tujuh cuc-cucu. Beliau menggali tiga lagi ahli keluarganya menggunakan tangan kosong, ingat beliau, selepas mendengar jeritan "Baba! Baba!" -- "Bapa! Bapa!" -- dari bawah timbunan batu-bata.

Hamoodi, seorang bekas pengurus keselamatan syarikat South Oil Co., bukan seorang ahli politik. Anak-anak beliau merupakan ahli-ahli profesional- kebanyakannya doktor, dan beberapa orang jurutera-- dan tiga anak lelakinya tinggal di Britain. Sebagai seorang ketua kelurga Muslim Shiah yang disegani, beliau mungkin dijangka untuk menerima dengan tangan terbuka penaklukan tajaan AS-Britain untuk menamatkan pemerintahan Presiden Saddam Hussein yang telah berlarutan selama tiga dekad itu. Sebaliknya, dia marah.

"Apa dia tujuan penaklukan Amerika keatas Iraq?" tanya beliau ketika upacara hari ketiga perkabungan untuk simati. "Adakah untuk menjatuhkan Saddam Hussein, atau untuk membunuh orang yang tidak berdosa?

"Kenapa ini semua berlaku?" tanya beliau. "Sepuluh nyawa terkorban. Rumah itu juga musnah sepenuhnya...Kamu datang untuk selamatkan kami, untuk melindungi kami. Kini ianya berbeza pula. Orang yang tidak berdosa telah terkorban."

Jumlah korban yang diratapi Hamoodi mungkin luarbiasa, kemarahannya disebabkan oleh kesedihan beliau. Tetapi sentimen yang beliau luahkan - bahawa penaklukan AS-Britain menyebabkan lebih banyak keburukan dari kebaikan -- kini diluahkan oleh orang ramai di Basra.

Perancang perang tentera bersekutu telah menjangkakan bahawa Basra, bandaraya Iraq kedua terbesar dengan 1.3 juta penduduk, akan mengalu-alukan ketibaan tentera AS dan Britain. Puak Shiah yang merupakan penduduk majoriti memberontak keatas kerajaan Saddam Hussein selepas Perang Teluk pada tahun 1991, dan beratus-ratus, jika bukan beribu-ribu, terbunuh apabila pihak kerajaan mematahkan pemberontakan itu dan AS gagal membantu mereka.

Ramai dari penduduk sebenarnya berasa lega apabila kekuatan Parti Baath yang dipelopori Muslim Ahli Sunnah kini musnah. Ramai yang meluahkan kemarahan terhadap penderaan yang mereka alami atas perintah Saddam Hussein.

Tetapi disamping luahan rasa gembira, ada juga yang menunjukkan rasa marah -- malah tentangan - terhadap kehadiran tentera Britain. Ini disebabkan oleh kepungan dan serangan selama 2.5 minggu ke atas bandar itu yang mengorbankan ramai orang awam yang tidak berdosa. Tragedi yang menimpa keluarga Hamoodi ialah salah satu contohnya. Tetapi ada banyak lagi kes seumpama itu yang boleh disaksikan di wad-wad kecemasan dimana wanita dan kanak-kanak dapat dilihat sedang dirawat kerana kesan terbakar dan ada yang terpotong tangannya.

Dan kini, dua hari selepas tentera Britian mara ke bandaraya tanpa tentangan yang besar, ramai penduduk yang mengkritik mengenai kelakuan mereka. Sebahagian dari mereka berkata beberapa orang dari ahli keluarga mereka telah ditangkap untuk disoalsiasat oleh tentera Britain yang mengesyaki mereka ahli kumpulan bersenjata yang menyokong kerajaan.

Hamdia Khudain sedang mencarai-car- anak-anaknya, Falah Hassan, 27, dan Salah Hassan, 22. Mereka tinggal di rumah keluarga yang terletak berdekatan pejabat cawangan Parti Baath. Manakala ahli-ahli keluarga yang lain melarikan diri ke tempat lain untuk keselamatan. Tetapi apabila beliau kembali, anak-anaknya telah tiada. Jiran-jiran memaklumkannya, mereka dibawa pergi oleh tentera Britain yang meruntuhkan sebuah dinding yang mengasingkan rumahnya dari kompleks parti Baath itu.

"Saya mahukan anak-anak saya - beritahulah saya di mana mereka!" teriak beliau kepada pemberita. "Itu tanggungjawab tentera Britain. Mereka ke sini untuk membebaskan kami dari Saddam, bukan untuk merampas anak-anak kami."

Selain itu, sebahagian yang lain berkata askar-askar Britain menceroboh masuk ke dalam rumah-rumah mereka untuk mencari sesutu, sambil menendang pintu-pintu dan menterbalikkan perabut oleh kerana mereka tinggal berdekatan pejabat Baath atau kawasan kemudahan kumpulan bersenjata. Safaa Ju, 33, seorang ahli perniagaan Kristian menunjukkan kepada pemberita dimana askar-askar Britian menendang pintu bilik tidur dan menyelongkar sebuah bilik yang lain  di rumahnya, kerana, beliau andaikan, seorang pegawai perisikan kanan tinggal di kawasan yang sama.

Aduan yang paling banyak - yang disuarakan berulangkali kepada orang asing yang memberhentikan kereta - ialah Basra telah bertukar menjadi anarki dan tentera Britain tidak melakukan sesuatu yang mencukupi untuk menjamin keselamatan.

Kecurian berlaku dimana-mana. Pejabat-pejabat kerajaan, bank-bank, kedai-kedai, hotel-hotel dan rumah-rumah telah diceroboh. Rampasan kereta juga telah bermula. Hospital Tahrir, di kawasan pelabuhan, melaporkan salah satu dari kenderaannya telah dirampas oleh orang yang bersenjata awal pagi ini, beberapa ratus yard dari pintu utama. Sebuah hospital yang lain telah kehilangan sebuah ambulans. Para pencuri selepas itu dilihar menggunakan ambulan itu untuk membawa perabut yang dicuri di sebuah rumah yang lain.

------------------

"Sekarang ni selepas tentera Britain berjaya menawan tempat ini, tidak ada lagi undang-undang dan peraturan," kata Andres Kruesi, seorang delegasi dari Jawatankuasa Antarabangsa untuk Palang Merah. "Penduduk mencuri apa-apa sahaja. Malahan mereka sanggup mencuri kereta bomba."

"Kami berasa selamat ketika Saddam Hussein yang mengawal keadaan," kata Ammar Mohammed, 32, yang berkerja sebagai pengawal keselamatan di sebuah hotel. "Kini keselamatan itu sudah hilang."

"Kami perlukan keselamatan. Tiada keselamatan di bandaraya ini," kata paderi Archbishop Gabriel Kassab, 64, ketua kepada penganut Kristian masyarakat Chaldean di selatan Iraq. "Saya berpendapat itu tanggungjawab pihak AS dan Britain. Sebelum mereka ke sini, bandaraya ini amat sunyi....Kemudian muncul masalah."

Komander-komander tentera Britain setuju kecurian dan huru hara satu masalah, tetapi mereka berkata mereka bukan ke sini sebagai pasukan polis. Pegawai-pegawai tentera Britain mengumumkan hari ini bahawa seorang sheikh tempatan, yang mereka tidak namakan, telah dipilih untuk menubuhkan pentadbiran bandaraya itu. Tetapi untuk sementara waktu, kekosongan kuasa masih berterusan.

Kol. Chris Vernon, seorang jurucakap kepada tentera Britain, memberitahu agensi berita Agence France-Presse tiada krisis kemanusian di Basra, yang mempunyai makanan yang cukup sehingga akhir bulan May. Tetapi beliau berkata tentera Britain akan cuba menambahkan bekalan air minuman.

Hari ini, pegawai-pegawai Britain menempatkan askar-askar di tempat-tempat penting seperti hospital dan kemudahan awam untuk mencegah kecurian. Tetapi bilangan anggota tentera terlalu sedikit untuk melindungi seluruh bandaraya itu dari mereka yang sedang bebas membuat kacau bilau.

Sehinggalah sebuah kerajaan dan pasukan polis dapat ditubuhkan, hanya tentera Britainlah yang menyediakan kawalan keselamatan di bandar itu. Oleh sebab itulah kerana itulah mereka menjadi sasaran kemarahan  penduduk.

"Dengan kehadiran tentera Britain, kini semuanya bebas - bebas untuk mengambil apa sahaja," kata Hayder Toma, 31, seorang pekerja syarikat bekalana kuasa eletrik negara yang risau sistem bekalan eletrik bandaraya itu juga akan lumpuh disebabkan kecurian peralatannya.

"Kuasa yang menakuluk mempunyai tanggungjawab untuk memastikan semuanya berjalan lancar," kata Kruesi dari Palang Merah. "Mereka bukan pasukan pilis, tetapi mereka ialah kuasa yang menakluk. Jadi mereka perlu menubuhkan pasukan polis."

© 2003 The Washington Post Company

:: MukaDepan   :: Berita Dunia