Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

17/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@alamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Blair memanggil mesyuarat tergempar Kabinet berkaitan Iraq

ARTIKEL ASAL 

Oleh FT staff
Terbitan : Mac 17 2003 1:07

Tony Blair, PM Britain, akan memanggil mesyuarat tergempar kabinet pada jam 4.00 petang Isnin ini untuk mendapatkan sokongan menteri-menteri beliau bagi mengambil tindakan ketenteraan dan menyediakan kerajaan untuk berperang dengan Iraqpm on Monday to try to garner support from his ministers for military action and prepare the government for war against Iraq.

Tindakan ini menyusul selepas sidang puncak tergempar di Azores Ahad lalu di mana Amerika, Britain, dan Sepanyol menegaskan mereka akan bertindak sendirian untuk melupuskan senjata Saddam Hussein dengan kekerasan jika Majlis Keselamatan PBB tidak memberikan mandat pada malam Isnin ini.

Pada masa yang sama pemeriksa senjata PBB telah dinasihatkan supaya meninggalkan Iraq- satu bayangan yang nyata perang akan meletus.

Pendirian Mr Blair akan dikukuhkan lagi oleh pendapat undang-undang rasmi dari Lord Goldsmith, Ketua Pendakwaraya UK, bahawa kesan terkumpul ketetapan Majlis Keselamatan 678, 687, dan 1441 yang lalu menyediakan alasan kukuh untuk tindakan ketenteraan. Ini menyalahi kerisauan Kofi Annan, setiausaha agung PBB, bahawa untuk kebenaran undang-undang untuk menyerang Iraq tanpa mandat baru dari Majlis Keselamatan akan "disangsikan"

Mesyuarat Kabinet dijangka menyaksikan perletakan jawatan Robin Cook, Pemimpin di sidang House of Commons, yang membantah secara terbuka pendirian keras Britain. Clare Short, setiausaha pembangunan antarabangsa yang telah mengugut untuk meletak jawatan, dijangkan akan mengekalkan jawatan dalam kabinet untuk ketika ini.

Perancis dan Russia awak Isnin lalu tidak menunjukkan tanda perubahan dari pendirian anti-perang mereka, yang telah menghalangf Amerika dari mendapatkan kelulusan majoriti dari Majlis Keselamatan untuk menggunakan kekerasan.

Dominique de Villepin, menteri luar Perancis pada hari Isnin mengulangi ugutan Perancis untuk memveto ketetapan PBB kedua yang dicadangkan Amerika dan Britain menggantikan resolusi 1441 yang mengugut "akibat serius" kecuali jika Iraq melupuskan senjata.

"Perancis tidak dapat menerima ketetapan yang kini berada di atas meja di New York...yang memberi kata dua dan membayangkan pengunaan kekerasan," kata beliau Europe 1 radio.

Vladimir Putin, Presiden Russia pula berkata beliau masih yakin cara diplomasi ialah cara terbaik untuk melupuskan senjata Iraq dan sebarang cara lain"hanyalah kesilapan".   

Mohamed El Baradei, salah seorang dari ketua pemeriksa senjata PBB, telah dihubungi pada malam Ahad lepas oleh pegawai Amerika supaya mengeluarkan pasukannya dari Iraq. Mr El Baradei berkata isu itu akan dibincang di Majlis Keselamatan apabila mereka bermesyuarat pada jam 3 petang (waktu UK) Isnin ini.

Mr Bush telah menyamakan tarikh akgir Isnin sebagai "saat yang benar untuk dunia" tetapi berkata perang masih boleh dielakkan jika pemimpin-pemimpin Iraq bersetuju untuk meninggalkan Iraq.

Mr Hussein menolak pilihan ini, sambil berkara dia lebih rela mati di  Iraq. Kata belua hari Ahada lalu bahawa Amerika memberitahu "penipuan besar" kononnya beliau masih menyimpan senjata yang dilarang dan memberi amaran, jika Iraq diserang, ia akan membalas dendam di mana sahaja di dunia ini "dimana sahaja di langit, bumi, dab air".

Mr Bush telah berusaha untuk memenangi sokongan dunia Arab dan membaiki kedudukan politik Tony Blair dengan menjanjikan di saat-saat akhir sokongan Amewrika kepada usaha damai antara Israel dan Palestine. Belaiau juga menekankan komitmen Amerika untuk mendapatkan sokongan PBBdalam membina semula Iraq selepas era Saddam dan berjanji sumber mintak Iraq akan kekal di tangan rakyat Iraq.

Laporan oleh James Harding, James Blitz, Sarah Witt dan Matthew Jones


:: MukaDepan   :: Berita Dunia