Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: ke MukaDepan

 

Blix, Baradei Puji Kerjasama Iraq, Pelupusan Senjata

http://www.islamonline.net/english/News/2003-03/07/article11.shtml

terjemahan oleh Muzammil Haji Daud 

 

"Tiada bukti aktiviti-aktiviti yang dikatakan..." atau  "tiada kemudahan bawah tanah ... dijumpai setakat ini," kata Blix

PBB, Mac 7 (IslamOnline.net) Ketua pemeriksa senjata PBB Hans Blix dan Ketua Pengarah International Atomic Energy Agency (IAEA) Director General Mohamed ElBaradei memuji Jumaat lalu, Mac 7, kerjasama memberangsangkan yang ditunjukkan Iraq kepada pasukan pemeriksa PBB dan pelupusan senjata yang semakin rancak.

Ketika membentangkan laporan terbaru mengenai pemeriksaan senjata di Iraq kepada Majlis Keselamatan PBB, Blix mengesahkan Baghdad telah meningkatkan kerjasama dengan pasukan pelupusan senjata, sambil menambah proses pemeriksaan akan mengambil masa beberapa bulan.

Ketua Suruhanjaya PBB Mengawasi, Mengesahkan dan Memeriksa (The head of the U.N. Monitoring, Verification and Inspection Commission (UNMOVIC) membentangkan tiada bukti aktiviti haram di Iraq dan memuji "peningkatan aktiviti" Baghdad sejak akhir Januari sebagai perkembangan positif.

"Selepas tempoh kerjasama dingin, terdapat peningkatan inisiatif dari pihak Iraq sejak akhir Januari," dia mengesahkan.

"Ini dialu-alukan," kata Blix, merujuk kepada pemusnahan peluru berpandu al-Samoud II, satu tuntutan penting pemeriksa senjata PBB.

Sehingga Jumaat, 34 peluru berpandu Al-Samoud 2, termasuk empat peluru untuk latihan dan dua peluru untuk menyerang, dimusnahkan sejak Sabtu, Mac 1, dibawah pengawasan PBB, Blix memberitahu Majlis Keselamatan.

"Pemusnahan yang dibuat menunjukkan bukti besar pelupusan senjata, malahan yang pertama sejak pertengahan tahun 1990an. Kita bukannya menyaksikan pemusnahan lidi pencungkil gigi; Senjata berbahaya yang sedang dimusnahkan," katanya.

Tiada bukti Aktivit Pemindahan

Blix berkata tiada bukti Iraq menyembunyikan senjata yang diharamkan dalam makmal bergerak untuk mengabui mata pemeriksa senjata. Tiada juga bukti Iraq menyembunyikan kemudahan pengeluaran kimia dan bioloji bawah tanah.

"Beberapa pemeriksaan telah dibuat... berkenaan kemudahan pengeluaran bergerak, .. tiada bukti aktiviti yang ditemui setakat ini", tehas ketua pemeriksa PBB.

Beliau menyarankan keperluan memberi lebih banyak masa kepada pemeriksa di Iraq memandangkan kerjasama positif negara tersebut.

"Ia tidak akan mengambil masa beberapa tahun, tetapi tidak juga beberapa minggu, tetapi beberapa bulan," Blix memberitahu negara ahli Majlis Keselamatan.

Beliau memuji kerajaan Iraq kerana berubah menjadi lebih proaktif memberi cadangan mengenai pemeriksaan.

Blix berkata isu peluru berpandu al-Fatah yang Washington menuduh sebagai haram, masih disiasat. 

Mengenai permintaan supaya pasukan pemeriksa dibesarkan, Blix berkata yang penting ialah mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai longgokan senjata pemusnah atau bukti bahawa mereka telah dimusnahkan.

Ketua pemeriksa memaklumkan pihak Iraq telah mengalakkan pakar-pakar Iraq untuk disoal-siasat secara perseorangan oleh pemeriksa-pemeriksa senjata dan menyerahkan senarai nama-nama mereka kepada pasukan PBB itu.

Beliau menambah, walaubagaimanapun, PBB mungkin menyoal pakar-pakar Iraq di luar negara di masa terdekat, sambil berjanji membentangkan program kerja bulan ini bersabit pemeriksaan senjata di Iraq.

Penipuan Maklumat Uranium

Laporan "Jual-beli uranium antara Iraq dan Niger -- adalah tidak asli," El-Baradei mengesahkan

Ketika membentangkan laporannya mengenai siasatan di Iraq kepada Majlis Keselamatan, ElBaradei berkata tuduhan Iraq telah cuba mendapatkan uranium dari negara Niger adalah palsu.

Ketua IAEA berkata agensinya telah memutuskan dokumen yang dikatakan Amerika dan Britain untuk membuktikan tuduhan tersebut adalah palsu.

"Berdasarkan kajian terperinci, IAEA telah menyimpulkan, dengan persetujuan pakar bebas bahawa dokumen-dokumen ini -- yang dijadikan asas kepada tuduhan pembelian uranium antara Iraq dan Niger -- adalah sebenarnya tidak asli," beliau sahkan.

"Kami juga telah menyimpulan tudukan ini tidan berasas," ElBaradei memberitahu Majlis Keselamatan.

Beliau juga menjaim tiada usaha oleh Iraq untuk menggunakan tiub aluminium untuk rancangan nuklear.

Seandainya Iraq cuba menggunakan tiub-tiub tersebut, mereka tentu akan menghadapi masalah besar, katanya, sambil menambah Baghdad tidak pun menggunakan kuasa magnetik untuk tujuan yang sama.

Tiada Aktiviti Nulear

ElBaradei juga memberitahu Majlis Keselamatan tiada satu bukti pun Iraq membuat aktiviti nuklear atau menghidupkan semula program-program nuklear.

"Para pemeriksa tidak menemui sebarang tanda aktiviti haram yang berkaitan dengan nuklear di sebarang tempat," katanya.

Tiada tanda Iraq membina semula institusi nuklear, berlawanan dengan apa yang ditunjukkan oleh gambar satelit, katanya.

Laporan Blix dan ElBaradei mungkin tidak dapat membaiki perpecahan di kalangan ahli Majlis mengenai samada membenarkan perang ke atas Iraq, memandangkan kedua-dua pihak akan menghuraikan laporan tersebut dengan cara yang berlainan.

Amerika dan Britain menuduh Iraq gagal menunjukkan kesediaan memenuhi tuntutan untuk melupuskan senjata dengan segera dan sepenuhnya sebagaimana yang ditetapkan dalam ketetapan 1441, dan dijangka akan menunjukkan dimana Baghdaga gagal memenuhi tuntutan.

Perancis, Russia, dan China pula menegaskan belum tiba masa untuk perang, dan pemeriksaan senjata, walaupun tidansempurna, sedang menunjukkan perkembangan baik dan perlu diteruskan.

Presiden Amerika George W. Bush pada Khamis Mac 6, menuduh Iraq berlakon dengan proses pemeriksaan dan memberi amaran beliau akan meneruskan usaha mendapatkan undian kepada ketetapan baru dan akan memaksa ahli Majlis Keselamatan membuat pendirian mereka.  

 

:: ke MukaDepan