Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

17/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@alamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


3000 bom dalam 48 jam

http://www.news.com.au/common/story_page/0,4057,6138463%255E401,00.html 
Oleh Jonathon Carr-Brown and Peter Almond
Mac 17, 2003

Komander Amerika menjanjikan perang yang belum pernah disaksikan sebelum ini. Tujuannya, kata mereka, ialah untuk mengejutkan pihak Iraq dan menyerah diri.
Bayonet training / AP
Askar Britain sedang berlatih di utara Kuwait. Gambar: AP
Jika perang dilancarakan minggu ini, jet peluang dan unit-unit 'armor' (kereta kebal?) akan menyelongkar Iraq dalam serangan teruk selama 48 jam (digelar "48-hour blitzkrieg").

Peluru berpandu akan dilancarkan dari kapal tentera laut dan kapal selam, jet pekuang Tornado Britain akan melancarkan peluru berpandu yang mampu menembusi kubu bawah tanah, dan bom elektronik akan menggangu sistem komunikasi.

Harlan Ullman, seorang bekas jurutebang tentera laut Amerika yang bersama-sama menulis buku Shock and Awe, berkata perang kali ini akan jauh berbeza dengan Perang Teluk yang lalu, apabila para pemberita di Baghdad menyaksikan peluru-peluru berpandu di sekitar kota.

"Saya tidak fikir sesiapa pun akan berani keluar rumah kali ini," kata Ullman.

"Ketika Perang Teluk lalu, tentera bersekutu melancarkan 325 bom berpanduan-tepat (precision-guided) pada hari pertama kempen udara 40 jari; kini mereka mengatakan jumlahnya ialah 3000 dalam 48 jam."

Tujuan serangan begini ialah untuk mencapai "dominasi yang pantas" secara psikoloji dan ketenteraan. Ullman berkata: "Tujuannya ialah untuk membuat gegaran dan kejutan seperti kesan bom nuklear tetapi dengan menggunakan bom biasa."

Pada tahun 1991 hanya 10 peratus bom-bom yang berpanduan-tepat. Kali ini, lebih dari 90 peratus akan dipandu oleh pancaran laser.

Jeneral Richard Myers, pengerusi ketua-ketua staff Amerika (US joint chiefs of staff), berkata baru-baru: "Jika diarah berperang dengan Iraq, apa yang kita mahu ialah konflik yang pantas. Cara terbaik untuk mencapainya ialah untuk menimbulkan kejutan yang akan menyebabkan rejim Iraq terasa kekalahan adalah pasti."

Di tangan komander tentera bersekutu, General Tommy Franks, ialah jet paling canggih dan peluru paling berbahaya yang pernah dibuat.

Jet pengebom B2 stealth membawa bom berpanduan-tepat JDAM (joint direct attack munition). Jet pejuang F-117A Nighthawk mampu menggugurkan bom pemusnah kubu GBU-28; B-52s membawa peluru berpandu dan bom JDAM.

F-15E yang akan melancarkan peluru berpandu udara-ke-tanah baru JASSM dan jet-jet Tornado dari RAF yang akan menembak peluru berpandu Storm Shadow akan memenuhi ruang udara Iraq beberapa minit selepas Jeneral Franks mengarahkan penaklukan. Sasaran-sasaran yang dipilih akan mengurangkan kemusnahan kemudahan awam tetapi akan menambah kemusnahan jentera perang Saddam Hussein.

Pengebom 'stealth' (rahsia?) B-52 dan B2 akan menyerang pangkalan-pangkalan pasukan elit Pengawal Republik dan pejabat-pejabat kerajaan. Amerika berkata bom-bom mereka amat tepat sehingga hanya beberapa sentimeter dan boleh dilancarkan melalui awan dan ribut. Sebelum serangan jet-jet pejuang Amerika dan Britain, sehingga 250 peluru-peluru berpandu akan dilancarkan dari armada-armada laut Amerika dan Britain di Teluk dan Laut Mediterranean.

Berdozen-dozen jet pejuang akan membantai kawasan-kawasan pertahanan udara untuk memastikan penguasaan udara. Manakalan yang lain akan memburu 300 jet pejuang Iraq.

Kumpulan Delta Force Amerika mungkin akan diterjunkan ke Baghdad jika risikan mengenalpasti tempat persembunyian Hussein. Jika beliau tidak ditemui, mereka akan beruasaha menangkap pemimpin tentera dan politik yang terkemuka.

Bom 'Blackout' akan mematikan bekalan eletrik tanpa perlu memusnahkan stesen janakuasa, dan E-bom yang digugurkan di pusat-pusat ketenteraan akan mematikan semua komputer yang berada dalam kawasan sekitar 300 meter.

Sasaran-sasaran yang berkemungkinan besar tidak akan dibom ialah kawasan-kawasan simpanan senjata pemusnah awam oleh kerana  Presiden George W. Bush mahu menjadikannya bukti. Kawasan lain yang tidak akan diserang ialah stesen radio awam, jambatan, stesen keretapi, dan unit-unit tentera biasa.

Kumpulan khas SAS dan ranger Amerika akan memburu lebih dari 30 pelancar peluru berpandu Scud dengan bantuan kapalterbang tanpa juruterbang dan dilenglapi kamera perisik dan peluru berpandu.

Unit udara akan diterbangkan dengan helikopter jauh ke dalam Iraq untuk memotong kabel fiber-optik dan memusnahkan komunikasi diantara komander-komander (Saddam) Hussein. Unit-unit yang lain akan merampas pangkalan-pangkalan udara di padang pasir sebelah barat untuk menyediakan stesen mengisi minyak kepada helikopter penyerang Apache.

Menjelang subuh, kemudahan tentera dan politik Iraq dijangka akan musnah, kata penganalisa. Pemimpin-pemimpin mereka akan menghilangkan diri, semua unit-unit tentera akan dimusnahkan, bekalan tenaga akan dimatikan, tetapi kemusnahan yang nampak akan hanya sedikit sahaja.

Ketika waktu Subuh, beratus-ratus helikopter akan dapat dilihat bilamana semua briged-briged akan digugurkan jauh ke dalam Iraq, menandakan operasi darat perama, menuju ke telaga-telaga minyak.

Oleh kerana Turki enggan menerima kemasukan tentera Amerika, Jeneral Franks dipercayai merancang serangan dua-hala ke atas Iraq dari selatan.

Serangan pertama akan bermula di barat berdekatan pelabuhan Basra di selatan, sambil mengepung bandaraya kedua terbesar Iraq itu. Serangan kedua akan mara ke Baghdad pada masa yang sama, menembusi Padang Pasir Barat untuk menuju Baghdad dalam masa tiga hari.

Jika (Saddam) Hussein tidak mengalah, serangan dalam bandar akan diteruskan tanpa mengira kesan politik akibat dari mangsa awam.

Dari The Sunday Times

The Australian


:: MukaDepan   :: Berita Dunia