Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: ke MukaDepan

13/03/03


Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke salamku@hotmail.com 


Britain cadangkan jadual baru
http://www.cbsnews.com/stories/2003/02/24/iraq/main541815.shtml
Mac 12, 2003


Perdana Menteri Tony Blair (kiri) dan Presiden Bush (CBS/AP)
Road to War

(CBS) TAmerika dan Britain menawarkan konsesi baru, termasuk tarikh akhir yang lebih lewat dari Mac 17, dalam usaha mereka untuk memujuk ahli-ahli Majlis Keselamatan yang belum membuat keputusan supaya mengundi keteatapan yang membenarkan perang keatas Iraq, korespeon CBS News Bill Plante melaporkan.

Undian yang membuahkan kejayaan amat penting bagi Perdana Menteri Britain Tony Blair, yang sedang dibantah dengan lantang di dalam negeri oleh kerana beliau telah menghantar tentera Britain untuk perang Iraq. Cadangan baru beliau, seperti dibentangkan di Parlimen rabu lalu, meletakkan beberapa syarat.


"Apa yang kita mahu ialah memberi beberapa ujian untuk Iraq menunjukkan ia memenuhi sepenunnya tuntutan, bukan sebahagian- tetapi sepenuhnya," kata Blair.

Syarat-syarat itu termasuklah:

Bertanggungjawab kepada pesawat tanpa juruterbang (?).

Presiden Bush, yang telah memberitahu PBB Rabu lalu bahawa tuntutan Majlis Keselamatan perlu dibuat atau, menghabiskan hari ketiga untuk menghubungi pepimpin-pemimpin lain, meminta ketetapan diluluskan - ketetapan yang beliau kata tidak memerlukan perang.

Jurucakap beliau telah menjelaskan, bahawa usaha beliau ialah untuk membantu sekutu-sekutu beliau, terutama sekali Britain.

"Dengan kata lain," kata setiausaha media Ari Fleischer, "presideng membuat usaha-usaha terakhir untuk diplomasi. KIta akan saksikan jika negara-negara lain dalam Majlis Keselamatan akan mengiktirafkan usaha terakhir ini."

Fleischer berkata perbincangan diantara Amerika, Britain, dan lain-lain negara sedang berjalan. Dia mengelak dari membincangkan cadangan Britain, selain dari menyebut "tiada yang dibentangkan secara rasmi" di PBB.

Pentadbiran Amerika juga mengkritik hebat Presiden Perancis Jacques Chirac, yang telah memberi amaran akan memveto ketetapan tajaan Amerika. Dalam nada kasar yang luar biasa, jurucakap Jabatan Negara Richard Boucher berkata bantahan Chirac memberi "mesej yang amat salah kepada Baghdad" dan menyebabkan Iraq semakin tidak berminat untuk melupuskan senjatanya.

Dalam pada itu, para diplomat dari negara yang akan menentukan kejayaan undian di majlis mencadangkan Saddam diberikan 45 hari untuk memenuhi tuntutan. Namun, cadangan itu tidak diterima oleh Amerika dan Britain.

"Cadangan supaya kita membiarkan tentera Britain dan Amerika di sana untuk berbulan-bulan berdasarkan jadual yang tidak pasti tanpa menuntut Saddam supaya melupuskan senjata, itu bukan hanya memberi mesej kepada Saddam, tetapi mesej kelemahan di seluruh dunia," kata Blair di persidangan House of Commons.

Pejabat presiden The White House telah memakasa undian Majlis Keselamatn diadakan minggu ini, walaupun beberapa orang penasihat dilaporkan mencadangkan ianya dilewatkan untuk mengelak dari kekalahan undi.

Ada kemungkinan juga ketetapan tersebut tidak akan diundi. Menteri luar Sepanyol Ana Palacio berkata disebabkan oleh amaran veto, "tidak membawa untuk undian ialah satu dari kemungkinan yang sedang difikirkan."

Sebelum cadangan Britain dibentangkan Rabu lalu, difahamkan kompromi yang memasukkan ayat-ayat yang sesuai mungkin membolehkan Amerika mendapatkan sembilan undi yang diperlukan untuk majoriti dan meluluskan ketatapan tajaan Amerika-Britain-Sepanyol itu.

Para diplomat kanan berkata disebalik kata-kata keras Islamada, Pakistan nampaknya bersama AMerika sekarang ini. Ini memberikan Amerika sokongan dari Britain, Sepanyol, Bulgaria, Pakistan, Cameroon, dan Mexico, bermakna ia hanya perlukan dua lagi undi dari tiga negara yang belum membuat keputusan  Guinea, Angola and Chile.

Syria dan Jerman dijangkan atau berkecuali. Begitu juga Perancis, Russia, dan China.

Cadangan Britain nampaknya tidak berjaya menyelesaikan bantahan Perancis dan Russia, yang telah mengugut akan memveto apa jua ketatapan yang mengandungi kata dua atau 'otomatik (perang)'. Cadangan baru Britain nampaknya mengandungi kedua-duanya.

Blair sudahpun berada dalam perang politik di dalam negeri disebabkan sokongan tidak berbelah baginya kepada Presiden Bush dan kempen menjatuhakn Saddam. Perang di Iraq tanpa kelulusan PBB kini hanya disokong oleh 20 peratus rakyat Britain.

Dan cadangan oleh Setiausaha Pertahanan Amerika Donald H. Rumsfeld selasa lalu bahawa Amerika tidak memerlukan Britain dan mampu berperang berseorangan jika betul, tidak membantu perdana menteri itu, lapor Koresponden Berita CBS Richard Roth.

  • London menolaj kenyataan tersebut dan selepas itu Rumsfeld mengeluarkan kenyataan yang menyebit dia "ada sebab untuk yakin" Britain akan memberi sumbangan penting. Britain ialah satu-satunya sekutu Amerika yang membuat komitmen untuk perang, dimana 40,000 tentera telah dihantar untuk menyertai tentera Amerika di Teluk Parsi.

  • Perkembangan lain:
  • Iraq pada hari Rabu menayangkan pesawat 'drone' yang menyerupai model pesawar yang besar sambil membantah tuduhan Amerika iannya merbahaya. Pegawai Iraq berkata pesawat itu tidak mungkin mampu digunakan untuk membawa senjata berbahaya, dan menuduh setiausaha negara Amerika mengelirukan dunia bila berkata sebaliknya.
  • Pekerja-pekerja Iraq di al-Taji memusnahkan tiga lagi peluru Al Samoud 2 Rabu lalu. Sebelum itu, Iraq telahpun memusnahkan 55 dari 100 peluru.
  • Bekas Presiden Bill Clinton membayangkan sokongan beliau kepada ketetapan dicadangkan Britain yang memberikan Saddam lebih masa untuk melupuskan senjata. "Saya tidak pasti kita tidak boleh mengelakkan perang dan memusnahkan senjata Saddam, tetapi kita semua kena bersatu," kata Mr. Clinton, ketika berucap di persidangan pekerja-pekerja komunikasi di  Washington.
  • :: ke MukaDepan