Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

16/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact salamku@hotmail.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke salamku@hotmail.com 


Hanya Menunjuk Kuasa Tentera

Disebalik strategi Amerika ialah keperluan memahami kenapa Asia Tengah amat penting - minyak

http://www.msnbc.com/news/879580.asp 

Oleh  Tariq Ali
NEWSWEEK INTERNATIONAL

 

Terbitan Mac — Banyak orang Eropah yang bersetuju dengan pengeboman 73-hari keatas Belgrade dan perang balas dendam keatas Afghanistan kini mengangkat tangan mereka membantah dan amat takut dengan kemungkinan tindakan perang keatas Iraq.

 

Kenapa? Hakikatnya, mereka belum lagi berpuashati dengan alasan-alasan yang dibentanglan kerajaan Amerika dan penyokong kuatnya Britain— bahawa senjata Iraq yang sudah berkurangan (dibandingkan dengan simpanan senjata nuklear Israel) mendatangkan bahaya kepada Asia Tengah, atau parti sekular Baath Party ada kaitan dengan kumpulan Osama. Oleh sebab itulah jutaan manusia telah menunjuk perasaan di jalan-jalan di Amerika Utara, Eropah, dan Australia untuk menyuarakan pendapat mereka. Bantahan itu juga memaksa kerajaan Amerika menukar alasan mereka. Menyedari kelemahan pendirian mereka yang mahu meneruskan penaklukan, Washington telah mula membentangkan alasan kemanusian dan demokrasi pula untuk menghalalkan perang. 

Tetapi ada isu lebih asas disini. Majoriti puak anti-perang di Eropah Barat, dan di tempat-tempat lain, percaya bahawa inisiatif perang oleh Amerika ini tidak lain hanyalah usaha menunjukkan kuasa ketenteraan sahaja. Ia tidak dikatakan untuk mempertahankan diri (Afghanistan) atau untuk melindungi orang lain (Bosnia, Kosovo). Tetapi, ianya hanya cara kasar untuk memaksa citarasa Amerika di tempat-tempat yang strategik - dan jika ia berjaya, penaklukan itu akan membuka jalan yang bahaya di kurun ke-21 ini. Menyerang-sebelum-diserang adalah cara yang digemari Hitler dan Mussolini pada era 1930an, dan ditiru pula selepas itu oleh Israel pada tahun 1967. Jika Amerika menakluki Iraq, kesannya akan mengocak kestabilan susunan dunia selepas perang dingin. Kuasa regional —China, India dan Afrika Selatan - juga mungkin menggunakan contoh ini untuk melindungi kepentingan mereka sendiri.

Di sebalik keganasan Amerika ialah keperluan memahami apa yang menyebabkan dunia Arab penting: simpanan minyak dunia yang paling besar dan murah pula. Oleh sebab itulah pada tahun 1945 Jabatan Negara Amerika mengisytiharkan simpanan minyak di semenanjung Arab merupakan "sumber untuk kuasa strategik, dan salah satu dari hadiah paling harga dalam sejarah dunia.” Hakikat ini menerangkan beberapa perang minyak yang telah berlaku dan yang sedang dirancang. Alasan bahawa minyak bukannya sebab untuk perang ini kerana ia akan menyebabkan Amerika menanggung kos yang tinggi adalah tidak tepat. Pelaburan awal selalunya berisiko - tetapi minyak Iraq boleh menawarkan Amerika pulangan ekonomi yang amat besar.

Usaha Amerika yang silap ini tentu disebabkan oleh faktor-faktor lain juga. Menjatuhkan Saddam Hussein akan membolehkan Amerika mengubah struktur politik dunia Arab, sesuatu yang tidak boleh dilakukan melalui Israel atau Saudi Arabia. Beberapa pemimpin kanan di kalangan rejim Bush, tidak seperti mereka yang agak teragak-agak di Eropah, tidak cuba untuk menyorok hasrat itu dari orang awam. Dan kesan geo-strategik tidak hanya akan di rasai di dunia Arab. Sebagaimana pengeboman Hiroshima and Nagasaki di akhir Perang Dunia ke-2 ibarat tembakan kearah Soviet, penaklukan Iraq juga dibuat sebagai cara untuk menunjukkan kuasa kepada pemain utama di Eropah dan Asia - terutamanya China.

Namun, ganjaran utama ialah minyak dan pengaruh baru keatas pengeluar utama. Pemimpin Amerika berhasrat mengswastakan industri minyak Iraq, sejurus selepas Saddam dijatuhkan - yang mungkin akan mengoncang kestabilan OPEC. Mereka juga mahu mengembalikan matawang dollar sebagai matawang simpanan Iraq. Pada tahun 2000, Saddam menuntut supaya eksport minyak dibayar menggunakan matawang Euro; jika negara lain, seperti Venezuela dan Iran, mengambil tindakan yang sama, kesan kepada ekonomi Amerika yang memang sudah lemah amat sukar untuk dirahsiakan lagi. Kesan itu tentunya menghantui fikiran Presiden Bush yang mempunyai falsafah strategi berbunyi: Apabila Empayar memerlukan 'fillip' (bantaun?-sic), hantarkan askar Marin,

Ali ialah penulis "The Clash of Fundmentalisms"


       © 2003 Newsweek, Inc


:: MukaDepan   :: Berita Dunia