Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

22/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


BUSH: SAYA RASA SENANG HATI

KLIK SINI - ARTIKEL ASAL

Mac 21 2003

Dari Richard Wallace, US Editor di Washington

 

Panggilan talipon tiba sejurus selepas jam 8 malam. George Bush memohon maaf kepada isterinya Laura dan meninggalkan meja makan ketika mereka sedang makan malam pai ayam.

Beliau menangkat talipon di ruang tamu dan mendengar Ketua Staff berkata : "Mr Presiden, tiada bukti Saddam Hussein telah melarikan diri dari Iraq."

 

MAJLIS PERANG: Bush di Bilik Oval bersama, dari kiri, Dick Cheney, ketua CIA George Tenet dan Ketua Staff Andy Card

Diktator Iraq menunjukkan kedegilannya yang terakhir. Masa telah tamat. Mr. Bush berterimakasih kepada pembantu yang dipercayainya itu, kembali ke meja makan dan menyudahkan makan malamnya.

Selepas itu, beberapa saat sebelum beliau muncul di TV untuk memberitahu dunia perang telah bermula, beliau berkata "Saya rasa senang hati." Keceriaan kali ini begitu berbeza dengan kerisauan yang ditunjukkannya ketika kemunculan TV beliau sebelum ini. 

Bush telah pun memulakan perang beberapa jam sebelum itu apabila beliau melupakan  rancangan perang asal yang telah lama dirancang itu.

Beliau memutuskan untuk memulakan perang yang dinamakan Operasi Pembebasan Iraq itu dua hari lebih awal dari perancangan setelah ketua-ketua perisik memberitahu beliau ejen-ejen perisik telah mengenalpasti kedudukan Saddam Hussein.

Presiden melihat peluang untuk menamatkan perang dengan satu tembakan sahaja apabila ketua CIA George Tenet berkata mereka telah mengenalpasti kedudukan Saddam dan lima dari jeneral-jeneral beliau di dalam sebuah kubu bawah tanah di selatan Baghdad.

Keputusan untuk membuat "bedilan yang melumpuhkan" dibuat selepas mesyuarat empat-jam dimana pembantu-pembantu bertelagah samada mahu meneruskan perancangan perang yang asal.

Saddam dan beberapa yang lain "dari pegawai-pegawai paling kanan dalam kepimpinan Iraq", yang biasanya amat sukar dikesan, telah berjaya dipintas oleh pemantauan A.S. ketika berada di bawah tanah sebuah kompleks kerajaan.

Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld berkata semalam: "Kami mendapat maklumat risikan yang tepat disitu kawasan kepimpinan kanan Iraq.

"Perancangan perang dibuat sebelum ianya bermula. Sejurus selepas ianya bermula, anda kena lihat hakikat di sekeliling. Itulah yang dibuat malam semalam.

"Hari-hari akhir rejim Saddam semakin hampir. Tidak perlu ada konflik yang besar jika pemimpin-pemimpin Iraq bertindak menyelamatkan diri untuk mengelakkan konklik."

Bush merebut "sasaran berpeluang besar" untuk membunuh Saddam selepas dinasihatkan Tenet mereka mungkin tidak akan memperolehi peluang kedua.

Satelit pemantau dikatakan telah berjaya mengesan signal talipon bimbit yang sedang berhubungan terus dengan Saddam.

Ada juga laporan-laporan bahawa CIA sengaja mereka khabar angin bahawa TPM Tariq Aziz telah melarikan diri atau telah dibunuh beberapa jam sebelum serangan sebagai umpan untuk menariknya 'keluar'.

Aziz ialah orang kanan  Saddam. Dipercayai ketua-ketua perisikan telah berjaya mengesan beliau selepas beliau memanggil sidang media untuk menujukkan yang dia selamat.

Bush memberikan arahan mula perang pada jam 6:30 petang (11:30 pagi waktu GMT) - 50 minit sebelum mesyuarat ditamatkan.

Pada jam 7.20 malam (12.20 pagi GMT) beliau menemui penulis ucapannya Michael Gerson untuk memberitahu beliau satu pengumuman akan dibuat selepas itu.

Jam 9.33 malam (2.33 pagi GMT) - 5.33 pagi di Iraq - bedilan pertama mengena sebuah rumah di Baghdad. Lebih dari 40 peluru berpanduan-satelit Tomahawk ditembak ke arah sasaran-sasaran kepimpinan Iraq dari enam armada tentera laut termasuk kapal USS Donald Cook di Laut Merah dan kapal USS Bunker Hill. Kapal selam juga menyertai serangan itu.

Dua jet pejuang kalis-radar 'stealth' F-117A Nighthawk menggugurkan dua butir bom 2000 lb yang mampu membelah kubu bawah tanah ke sasaran-sasarannya.

Pada jam 10.15 malam (3.15 pagi GMT) Bush berucap kepada rakyat Amerika. Kata beliau: "Atas arahan saya, tentera bersekutu telah membedil sasaran-sasaran tentera yang terpilih untuk melemahkan kesediaan Saddam Hussein meneruskan perang."

Kenyataan awal beliau "Saya berasa senang hati", yang dicuri dari penyanyi rentak 'soul' legenda James Brown, menimbulkan kemarahan beberapa pegawai A.S.

Presiden yang sedang memegang salinan ucapannya mengucapkan ungkapan itu kepada pembantunya yang sedang berdiri di luar pejabat Oval Office 60 saat sebelum beliau ke udara. TV telah pun menunjukkan letupan-letupan waktu subuh di Baghdad.

Seorang penggubal undang-undang kanan di pihak pembangkang berkata ungkapan itu "terlalu tidak sesuai".

Beliau menambah: "Presiden membawa kita ke medan perang dan saya risau sikap sebenarnya telah ditunjukkan sekali lagi."

Walaupun nampak tidak ceria di kaca TV, beliau nampak bersemangat secara peribadi.

Seorang pembantu mengakui: "Beliau memang seronok untuk menyempurnakan tugas ini. Ianya telah tertunggak sejak berbulan-bulan dan kini masa untuk beliau bertindak. Presiden mahu Saddam dihapuskan, dan kini kita akan melaksanakannya."

Latar belakang tempat ucapan itu telah disediakan dengan rapi. Bendera rasmi presiden di atas dilipat dengan sengaja supaya imej anak panah dilihat di dalam 'talon' yang mengandungi gambar helang.

Terdapat juga gambar Laura bersama salah seekor anjing-anjingnya dan gambar anak kembar mereka Jenna and Barbara - untuk mempamirkan perhatian mereka kepada keluarga askar-askar yang berada di Teluk.

Perkataan-pekataan dalam ucapannya juga dipilih supaya nampak lembut - pembantu-pembantu beliau sedar beliau dilihat oleh dunia sebagai koboi yang suka bermain pistol.

Beliau berucap mengenai "peringkat awal operasi ketenteraan" seolah-olah sedang menyampaikan ramalan cuaca.

Tiada frasa-frasa dari sejarah ('historic phrases') atau kata-kata yang spontan ('instant aphorisms'), tetapi jelas ucapannya yang bersahaja menyembunyikan perasaan kegusaran bahawa perang telah bermula.

Di Baghdad, perisikan membayangkan Saddam terselamat dari serangan awal itu.

Namun, terdapat bukti menunjukkan beliau telah terputus hubungan dengan para komander perangnya. Kata seorang pegawai: "Kita lihat tiada tindakbalas yang nampak terancang terhadap serangan pertama kita.

"Memang adalah beberapa kejadian kecil di sana dan sini. Ada komander yang menikus dan ada yang lain yang melancarkan serangan kecil dan membakar sesuatu.

"Yang penting tiada perancangan dan tiada corak pertahanan yang kuat."

Kerajaan Iraq berata serangan itu mengenai bangunan-bangunan media dan kastam yang kosong dan kawasan pinggir bandar yang didiami orang awam.

Tiga jam kemudian Saddam - atau orang yang menyamar sebagai beliau - muncul di TV untuk mengutuk "Bush Kecil (little Bush)". Ketua-ketua perisikan berkata ianya mungkin dirakam sebelum ini atau difilemkan menggunakan penyamar Saddam.

Selain menyebut tarikhnya, ucapan itu tidak merujuk kepada serangan secara langsung. Kata Saddam: "Untuk rakyat Iraq yang hebat, pejuang yang berani, angkatan tentera yang berani. Kami berjanji untuk melawan para penakluk. Mereka akan kalah."

Menteri Penerangan Mohammed Saeed Sahaf memulakan sesi ucapan itu dan mengisytiharkan jihad telah bermula.

Kata beliau: "Inilah bukti yang baik bahawa A.S. ialah penjenayah dan mereka percayakan pembunuhan. Saya rasa mereka patut dikutuk. Kita akan kalahkan keganasan ini."

Malam semalam Iraq menegaskan Saddam masih hidup dan menayangkan gambar-gambar beliau duduk di tepi meja bersama empat orang menteri-menteri kanannya untuk membincangkan tindakbalas mereka terhadap serangan A.S..


:: MukaDepan   :: Berita Dunia