Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia


: : 12/04/03  : : Terjemahan: Muzammil Haji Daud


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Photo-photo menceritakan segalanya... 

http://www.informationclearinghouse.info/article2842.htm

Adakah ini pembohongan media pada skala besar? 

Ya, penaklukan telah bermula

10/04/03

 Terjemahan nota-nota di gambar:

Kenderaan AS menarik patung Saddam untuk menumbangkannya (bulatan putih)

Patung Saddam dan sekumpulan orang-ramai yang kecil, pemberita, dan rakyat-rakyat Iraq (bulatan merah) 

Kereta kebal kebal AS dalam bulatan kuning

Nota bertulisan biru:

Adakah kejadian di sebelah kanan nampak seperti Keruntuhan Dinding Berlin?

Kawasan dalam bulatan merah dimana askar marin, pemberita, dan beberapa orang rakyat Iraq berkumpul untuk menumbangkan patung Saddam. Tidak lebih dari 150 orang yang berada di kawasan itu. Plaza itu kosong dan dikawal oleh marin. Ianya berlaku berdekatan Hotel Palestin dimana para pemberita ditempatkan. Ini satu kejadian yang dilakonkan secara hati-hati untuk media. Penumbangan patung Saddam diwarwarkan sebagai kejadian besar-besaran...Adakah itu nampak besar bagi anda?

 

Photo di kiri: Clahabi dan militia "Free Iraqi Forces" diterbangkan ke bandar Nasiriyah oleh Pentagon pada hari Ahad, 6hb April. 

Photo bawah: beberapa orang anggota militia meraikan ketibaan askar marin di pusat bandar Baghdad sejurus sebelum patung Saddam ditumbangkan pada 9hb April. (Dalam bulatan merah)

6 hb April: Pengasas Kongres Kebangsaan Iraq ('Iraqi National Congress'), Ahmed Chalabi diterbangkan ke bandaraya di selatan Iraq Nasiriyah oleh Pentagon. Chalabi, bersama 700 pejuang-pejuang dari "Pasukan Pembebasan Iraq" diangkut menggunakan empat buah kapal terbang tentera C17 yang besar itu. Chalabi dan INC ialah orang pilihan Washington untuk menerajui kerajaan baru Iraq. Satu gambar Chalabi dan anggota-anggota "Free Iraqi Forces" orang-orangnya diambil sebaik sahaja tiba Nasiriyah.

9 hb April: Satu dari "imej-imej yang paling diingati mengenai perang" dicipta apabila tentera AS menjatuhkan patung Saddam Hussein di Dataran Fardus. Yang peliknya...satu photo menunjukkan orang yang sama dengan salah seorang anggota pejuang Chalabi... dia berada di Dataran Fardus meraikan ketibaan askar marin. Berapa ramaikah anggota "Free Iraqi Forces" yang menyokong Amerika itu berada di Dataran Fardus ketika patung Saddam ditumbangkan?

Gambar video jarak dekat yang menunjukkan patung itu ditumbangkan ditayangkan ke seluruh dunia sebagai bukti pemberontakan orang awam. Gambar biasa yang dimabil dari Rueters menunjukkan gambar jarak jauh Fardus Square.. ianya kosong melainkan kegadiran askar-askar AS, pemberita-pemberita antarabangsa,  dan sekumpulan rakyat Iraq yang kecil. Terdapat tidak lebih dari 200 orang di dataran itu. Pasukan marin menjaga kawasan itu menggunakan kereta-kereta kebal. Sebuah kenderaan digunakan untuk menarik patung Saddam supaya tumbang dari tapaknya. Kejadian ini diwarwarkan kononnya setanding dengan Keruntuhan Dinding Berlin. ... tetapi hanya dengan menilai gambar-gambar jarak jauh menunjukkan kejadian sesuatu yang dilakonkan untuk dirakamkan oleh kamera-kamera TV.

Source: NYC IndyMedia 


:: MukaDepan   :: Berita Dunia