Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

18/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@alamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Mac 18, 2003
Ucapan letak jawatan kutuk tindakan ketenteraan oleh Britain sebagai tidak sah

http://www.timesonline.co.uk/article/0,,635-614967,00.html

ROBIN COOK menuduh Tony Blair telah mengalami kegagalan diplomatik yang teruk apabila menghantar tentera untuk menyertai perang di Iraq.

Dalam ucapan perletakan jawatan yang berapi-api, Mr Cook berkata tindakan ketenteraan adalah tidak sah dan orang awam ada hak untuk membantahnya. Menerangkan keputusan beliau untuk meletak jawatan sebagai Pemimpin Commons (sidang Commons-pent), beliau menolak terus semua alasan-alasa perang yang diberikan oleh PM.

Setiakawan Eropah yang penting untuk keselamatan Britain telah dirosakkan dengan teruk disebabkan kesilapan Kerajaan ini, katanya. "Amerika boleh menyerang Iraq tetapi Britain bukannya sebuah kuasa besar. Usaha kita lebih baik dipersetujui secara secara berkumpulan (multilateral) dan bukan bersendirian (unilateral)."

Perpecahan yang berlaku dalam Kesatuan Eropah dan Majlis Keselamatan PBB adalah "mangsa perang paling teruk walaupun tembakan belum dilepaskan. Tambah beliau: Saya mendengar ada persamaan dengan tindakan ketenteraan yang kita ambil di Kosovo. Memang ada sokongan bersama untuk tindakan kita di Kosovo. Oleh sebab kita tidak mendapat sokongan bersama dalam kes ini, maka lebih penting lagi kini untuk mendapat persetujuan Majlis Keselamatan sebagai satu harapan terakhir untuk mempamirkan persepakatan antarabangsa"

Sambil menyerang perkara penting dari alasan yang diberikan Kerajaan, kata beliau: "Iraq mungkin tidak menyimpan senjata pemusnah awam menurut apa yang takrifan biasa. Ia ada menyimpan toksin-bio dan senjata kimia. Ia menyimpannya sejak tahin 80an lagi ketika Amerika sendiri yang menjualnya kepadanya. Kenapa kini teramat tergesa-gesa untuk melupuskan senjata-senjata tersebut yang sudahpun disimpannya sejak bertahun-tahun dan ia pula dicipta dengan bantuan kita? Sambil mengkritik alasan Iraq tidak mengendahkan ketetapan PBB sejak lebih 12 tahun, beliau berkata: "Sudah lebih 30 tahun sejak ketetapan 242 yang menuntut Israel keluar dari tanah yang dijajah." Ujud perasaan ketidak-adilan di kalangan dunia Islam terhadap konsep " satu peraturan untuk sekutu-sekutu di Barat dan satu peraturan lain untuk lain-lain kawasan".

Sambil mengkritik Presiden Bush, Mr Cook berkata: Yang merisaukan saya ialah kesangsian jika pertarungan politik di Florida memberi keputusan yang sebalikny dan Al-Gore yang dipilih (sebagai presiden-pent), mungkin kita tidak perlu menghantar tentera kita ke Iraq.

Mr Cook menolak dakwaan bantahan terhadap perang bermakna tidak patriotik. Bodoh untuk berkata hanya yang menyokong perang yang menyokong tentera kita, kata beliau. Kita boleh menyokong tentera kita pada masa yang sama kita mencari pilihan kepada perang.

Walaupun Mr Cook disambut meriah di "the House" (sidang parlimen), penyokong-penyokong kerajaan yakin malam semalam mereka boleh mengurangkan bantahan ahli parlimen mengenai Irag dan menghalang MP Labour dari mengenakan kemusnahan serius terhadap kewibawaan Mr Blair ketika beliau menghantar tentera ke medan perang.

Mereka berharap jumlah MP Labour yang membantah perang "tidak akan jauh berbeza" berbanding bantahan lalu dimana 122 tidak menurut arahan parti. Pembantah mengaku ahli MP menyertai mereka secara perlahan-lahan dan bukan beramai-ramai.

Usul kerajaan untuk berdebat memberikan sokongan kepada tentera di Teluk, menyalahkan Perancis kerana menghalang kelulusan ketetapan keuda, memberikan asas-asas undang-undang yang meluluskan perang, dan menegaskan Kerajaan perlu "menggunakan apa yang difikirkan perlu" untuk melupuskan senjata Saddam Hussein. Pindaan oleh puak yang membantah menegaskan sokongan padu kepada tentera Britain", tetapi berkata alasan untuk perang belum dibuktikan, "terutama tanpa mandat spesifik dari PBB.

Undian baru menunjukkan sentimen anti-perang telah susut. Undian yang dijanalkan oleh ICM untuk The Guardian hujung minggu lalu mendaoati bantahan terhadap perang telah turun kepada 44 peratus manakala sokongan pula telah meningkat 9 mata kepada 38 peratus. Di kalangan pengundi dari parti Labour, undian memihak kepada penyokong perang dengan 45 peratus menyokong dan 37% membantah.


:: MukaDepan   :: Berita Dunia