Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

15/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact salamku@hotmail.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke salamku@hotmail.com 


Berjuta-juta menyertai tunjuk perasaan anti-perang di Eropah

Artikel asal, Klik sini   
Di Turki, para penunjuk perasaan menghalang pintu masak ke pangkalan tentera


BERLIN (AP) - Berjuta-berjuta orang Eropah berhenti kerja sekitar tengah hari ini untuk menunjuk perasaan membantah kemungkinan serangan ke atas Iraq pada masa bantahan kepada tindakan ketenteraan yang diketuai Amaerika merebak di seluruh dunia.

Kesatuan pekerja berkata jutaan pekerja-pekerja di negara-negara seperti  Sepanyol, Jerman, Italy dan Switzerland menyahut seruan untuk berhenti kerja selama 15 minit untuk menuntut keamaan dan menghentikan usaha perang yang diketuai Amerika..

Di Jerman, di mana undian menunjukkan majoriti rakyat membantah perang, tunjuk perasaan itu menghentikan pembuatan kereka untuk tempoh yang pendek di tiga kilang kereta Volkswagen dan sebuah kilang DaimlerChrysler. Keretapi 'trams' juga berhenti di bandar timur Halle.

Kesatuan pekerja di Itali berkata pekerja berhenti kerja dari Sicily di selatan hingga ke Turin di utara. Para aktivis menaikkan bendera berwarna pelangi berukuran enam-meter sebagai simbol keamanan di sebuah jambatan di Pisa, ketika para pekerja di banyak kilang-kilang membunyikan hon sebagai tanda tunjuk perasaan.

Sementara pemimpin Jerman, Perancis, dan Russia meneruskan bantahan kepada perang, penyokong kuat Washington seperti PM Sepanyol Jose Maria Aznar dan PM Australia John Howard tidak mengendahkan pendapat awam yang tidak menyetujui mereka.

"Tidak bertindak untuk melupuskan senjata pembunuh awam memang tidak boleh diterima samada secara politik mahupun moral," Kata Aznar di sebuah pertemuan partinya Popular party sejurus selepas tunjuk perasaan oleh pekerja.

Di sebelah lain dunia, Howard diburu oleh penunjuk perasaan dalam beberapa siri temu-janji beliau di bandaraya  Adelaide. Penunjuk perasaan melemparkan telur dan tomato ke arah kereta beliau dan mengakibatkan trafik jam.

Seorang penunjuk perasaan ditangkap polis kerana menendang kereta Howard, tetapi beliau tidak didakwa.

Di Washington, ketika penunjuk perasaan anti-perang mulai berkumpul untuk berarak di sekitar White House pada hari Sabtu ini, beberapa dozen bekas ahli Kongress mendesak pentadbiran Bush untuk memberikan pemeriksa senjata lebih masa sebelum mengambil tindakan ketenteraan ke atas Iraq.

"Mari kita berundur dari tebing jurang perang dan berikan peluang untuk penyelesaian aman peluang," kata sebuah kenyataan yang ditandatangi oleh lebih 70 orang bekas ahli Kongress, semuanya kecuali empat dari parti Democrat, dan dihantar Jumaat lepas ke White House.

Mereka menyebut ketiadaan sokongan dari sekutu tradisi, kerisauan orang Iraq yang tidak berdosa yang mungkin terbunuh oleh bom Amerika dan kemungkinan lebih banyak serangan pengganas di Asia Tengah sebagai alasan-alasan bagi bantahan mereka.

Di Turki, dimana Amerika mahu meletakkan 60,000 tentera, dua dozen pejuang keamaan mengikat diri mereka di tayar truk yang menghalang pintu masuk ke pelabuhan timur Iskenderun, dimana tentera Amerika melabuh dan mendaratkan peralatan mereka untuk kemungkinan menakluki Iraq.

Polis menarik keluar para penunjuk perasaan ketika berdozen-dozen tentera Turki mengawal pintu masuk pelabuhan itu.

"Jika Amerika begitu taksub untuk melupuskan senjata berbahaya, ia patut bermula di negara mereka sendiri," kata Banu Dokmecibasi, jurucakap pasukan alam sekitar Genpeace.

"Amerikalah yang memnyimpan senjatra paling sofistikated di dunia dan Amerikalah yang menyimpan paling banyak senjata pembunuh awam."

Di Russia, pemanjat-pemajnat Greenpeace memasang sebuah poster besar yang menulis"Vetokan Perang" di tiang-tiang sebuah jambatan yang menyeberangi Sungai Moscow yang membelakangi gereja St. Basil dan Kremlin yang berbumbung emas.

Lebih kurang 350 orang berkumpul di bekas repuklik Soviet,  Kyrgyzstan dan berarak di ibu negara Bishkek dengan membawa kain rentang berbunyi "Jangan bawa kami mendekati perang" dan  "Langit  Kyrgyzstan yang aman tidak mahukan perang."

Kyrgyzstan telah menjadi tuan rumah kepada beberapa ratus tentera yang terlibat dalam pakatan anti-keganasan dari beberapa negara barat di lapangan terbang awam di luar Bishkek. Kerajaan Kyrgyz melatakkan syarat penggunaan kemudahan itu untuk operasi di Afghanistan - bukan di Iraq.

DI Mesir, lebih kurang 4,000 penunjuk perasaan berkumpul di masjid Al-Azhar di Kaherah, pihak paling berpengaruh di kalangan masyarakat Islam Ahli Sunnah, sambil melaung-laungkan slogan ant-Amerika dan mendesak pemimpin Arab agar membuat pendirian yang sama untuk mengelak perang.

Tunjuk perasaan juga dirancang Sabtu ini, termasuk sekurang-kurangnya setengah dozen di bandar-bandar di Kanada. Satu tunjuk perasaan di Jerman akan dibuat dalam bentuk tunjuk perasaan secara duduk di pangkalan udara tentera Amerika di Rhine-Main dekat, satu pusat transit untuk pergerakan tentera ke Afghanistan dan Teluk Parsi.

Vigil keamanan pada Ahad ini untuk membantah perang juga dirancang di seluruh dunia, bermula di New Zealand dan akan berterusan menurut zon-zon masa di lebih  2,800 bandaraya di 100 negara.


:: MukaDepan   :: Berita Dunia