Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: ke MukaDepan

14/03/03 


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact salamku@hotmail.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke salamku@hotmail.com 


Amerika Guna Taktik Ekonomi keatas Turki 

http://www.japantoday.com/e/?content=news&cat=8&id=252536

Adam McConnel


ISTANBUL — Amerika menggunakan tekanan ekonomi untuk memujuk parlimen Turki membenarkan kehadiran tentera Amerika di Turki bagi menyertai perang Iraq, dan satu US credit rating service memberi amaran bahawa rating Turki akan jatuh teruk jika ia tidak menyertai pakatan.

Media Turki menyifatkan kata kenyataan itu sebagai kata dua. Disebabkan amaran dari Moody's Investors Service pada Selasa lepas, bursa saham Turki telah jatuh pada permulaan hari niaga Rabu lalu dan sehingga tengahari, pasaran masih belum meningkat. Matawang Turki Lira juga susut nilai berbanding Dollar Amerika.

Pada hari Selasa, penganalisa Turki dari Moody's memberitahu pemberita jika parlimen tidak meluluskan pakatan tentera dalam masa terdekat, ia akan kehilangan pakej bantuan berjumlah $30 billion dalam bentuk geran dan pinjaman. Akibatnya, ekonomi akan merosot dan Moody's terpaksa menurunkan rating pelaburan Turki, katanya.

Akhbar harian Turki Milliyet Rabu lalu melaporkan Lindow sebagai berkata bahawa "Jika parlimen Turki menunggu terlalu lama, mereka akan ketinggalan. Saya takut mereka akan menunggu lebih dari seminggu, wang dijanjikan akan hilang begitu sahaja."

Milliyet berkata kenyataan Lindow itu "seumpama kata dua."

Kebanyakan rakyat Turki membantah perang Iraq dan pada Mac 1, parlimen menolak kemasukan 62,000 tentera Amerika untuk menakluki Iraq.

Kerajaan baru Turki dijangka akan mengemukakan semula usul ke parlimen dan ia bolehd diluluskan seawal minggu depan. Pegawai Amerika memberitahu Turki, mereka perlukan kelulusan selewat-lewatnya hari Isnin, Mac 17, tarikh Amerika harap ia akan menerima kelulusan PBB untuk menyerang Iraq.

Presiden George Bush dan duta Robert Pearson telah menggesa perdana menteri baru Turki, untuk mendapatjan kelulusan awal parlimen. Erdogan mengetuai parti pemerintah Justice and Development (AK) Party yang memiliki 363 dari 550-kerusi parlimen. Erdogan menyokong usul terdahulu yang telah ditolak parlimen.

Selepas menerima kekalahan tipis dari menerima kelulusan menempatkan tentera, pegawai Amerika yang tidak kenali  dilaporkan dalam media sebagai berkata mereka berharap kejatuhan pasaran saham Turki akan menyentak penggubal dasar Turki untuk menukar pendirian mereka. Pasaran saham menjunam 10 mata selepas berita kekalahan undian di parlimen dan kehilangan janji bantuan kewangan, tetapi meningkat kembali selepas itu.

TPasaran meningkat apabila kerajaan mengumumkan cadangan belanjawan 2003 dan selepas Juha Kahkonen, wakil IMF representative di Turkey, menyuarakan kegembiraan dengan cadangan belanjawan itu.

Beberapa hari lepas, Bank Dunia memberi tekanan ekonomi ke atas Turki. Wakilny diTurki, Ajay Chhibber, mengkritik keras belanjawn itu, sambil berkata ia tidak menjaga kepentingan petani dan orang-orang miskin. Kritikan beliau mengejutkan orang ramai, oleh kerana IMF telah memuji belanjawan yang sama. Chhibber selepas itu menghubungi menteri ekonomi Turki , Ali Babacan, untuk memohon maaf. Sepanjang temoh tersebut, pasaran saham Turki bergerak stabil.

Media Turki melaporkan pengaraj IMF, Horst Koehler, ialah orang Jerman dan Jerman membantah perang Iraq. Manakala ketua Bank Dunia pula iala orang Amerika, James D Wolfensohn.

Tanpa kelulusan rasmi, Amerika terus mendaratkan peralatan tentera dan menyediakan pangkalan logistik di Turki. Kehadiran ramai tentera Amerika telah mengakibatkan tunjuk perasaan di pelabuhan Iskenderun pada pagi Rabu.

Beberapa orang penyokong haluan kiri, ramai diantara mereka yang mengibarkan bendera Parti Komunis Turki, berkumpul di pintu masuk pelabuhan dan melaung-laungkan slogan "Yankee, Baliklah!" Pihak polis dan tentera dikerah untuk menghadapi mereka dan melepaskan tembakan amaran ke udara untuk menyuraikan mereka.

CNN Turk melaporkan beberapa orang penunjuk perasaan ditangkap. Orang ramai kemudiannya berarak menuju ke kawasan depan pelabuhan. Jurucakap untuk Parti Komunis Turki memberitahu media bahawa "Turki sedang ditakluki."

CNN Turk juga melaporkan terdapat lebih dari 70 truk-trailer yang membawa kenderaan dan peralatan milik Amerika meninggalkan pelabuhan Iskenderun pagi Rabu lalu. Media Turki melaporkan ada persetujuan rahsia yang ditandatangani pada 10 February, yang membenarkan tentera Amerika berada di Turki dan meluluskan keujudan pangkalan logistik di sembilan bandaraya.

Kemarahan terhadap kehadiran tentera Amerika merebak ke parlimen Selasa lalu apabila episod ejek-mengejek dan perkelahian kecil berlaku. Milliyet berkata satu perkelahian kecil berlaku apabila ahli parlimen pembangkang dari Republican People's Party (CHP) memperkenalkan usul untuk menyiasat ketiadaan kelulusan rasmi untuk mendaratkan senjata dan bekalan tentera Amerika di pelabuhan  Iskenderun dan Mersin.

Salah seorangd dari ahli parlimen memanggil parti pemerintah Justice and Development Party "American slaves" and "American henchmen."

Parlimen ditangguhkan, keadaan kembali terkawal dan usul tersebut tidak diluluskan. 

:: ke MukaDepan