Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: ke MukaDepan

 

Bom tentera bersekutu akan menyebabkan kanak-kanak generasi baru Iraq hidup dengan trauma, penyakit, dan kematian

http://news.independent.co.uk/world/middle_east/story.jsp?story=385533 

Oleh Kim Sengupta di Baghdad

10 Mac 2003

Ketegangan yang berlanjutan berminggu-minggu semakin meruncing, dan ketakutan semakin dirasai ketika rakyat Iraq menunggu pengeboman yang dijanjikan oleh Amerika.

Rancangan Pentagon yang disiarkan di media barat kini dibincang hangat oleh orang Iraq - 3,000 peluru berpandu Tomahawk akan melanda Baghdad dalam masa 48 jam; Tikrit, bandar kelahiran Saddam Hussein dan pusat Saddam mendapat pengaruh akan dijadikan padang jarak.; enam kilo bom untuk setiap orang Iraq... Peluang untuk bertindak balas amat kecil.

Di Hospital Besar Saddam, mereka sedang menyimpan bahan-bahan untuk menghadapi perang. Ada pesakit-pesakit barah yang muda disini yang dikatakan menjadi mangsa dari perang yang lepas - uranium yang tertinggal. Murtaba Riayad ialah seorang budak berumur tiga setengah tahun, yang sentiasa tersenyum dengan mata yang sentiasa bersinar. Dia telah kehilangan semua rambutnya disebabkan proses kimoterapi. Ibunya, Karima berkata ramai kanak-kanak di kawasan Nejaf di sebelah selatan-timut mendapat penyakit barah.

Dr Murthada Hassan, seorang pakar haemotologist kanan hanya berkata: "Kita tidak mampu menyelematkan budak itu. Dia nampak sihat kini, tetapi hanya menunggu masa. Kita memang tidak mempunyai cukup ubat-ubatan yang kita perlukan. Dan kini kita jangka lebih ramai lagi kanak-kanak akan datang ke hospital ini. Kalaupun kita lupakan uranium tertinggal, cuba kita fikirkan mangsa-mangsa lain akibat perang. Itulah hakikat yang kita perlu tempuhi."

Perang Teluk 1991, sekatan selepas itu, dan kini kemungkinan perang yang sedang mara memang merunsingkan kanak-kanak Iraq. Dalam lukisan mereka, pelajar-pelajar Iraq di sekolah rendah al-Quds di Baghdad mengambarkan bunga-bunga, ibu-bapa dan kawan-kawan mereka. Tetapi ada juga imej-imej lain: kapal terbang menjatuhkan bom, rumah sedang terbakar, dan mayat-mayat bergelimpangan.

Di dalam sebuah negara dimana separuhnya dibawah umur 14 tahun, agensi bantuan mengunjurkan konflik baru ini akan mengakibatkan kematian yang banyak, kehilangan tempat tinggal, dan untuk mereka yang selamat, akan mendapat masalah psikoloji yang berpanjangan. Keadaan sudah pun teruk. Lebih dari satu pertiga kanak-kanak kurang berzat, jumlah mereka yang mengidap kanser, dikatakan oleh sebab pengunaan kelosonsong peluru beruranium ketika Perang Teluk,  mengingkat sekali ganda dalam masa sepuluh tahun. The situation is already serious. Satu dari empat bayi dilahirkan tidak cukup berat; empat juta kanak-kanak bergantung kepada bantuan makanan negara.

Laporan terbaru sebuah badan kebajikan antarabangsa yang dipanggil Our Common Responsibility: The Impact of a New War on Iraq's Children memberi amaran mengenai beribu-ribu kanak-kanak akan menjadi mangsa dan menyimpulkan 13 juta kanak-kanak di Iraq "kini berdepan dengan risiko kebuluran, penyakit, kematian, dan ketakutan psikoloji".

Amina Nasr, pakar perangai kanak-kanak, telah mengkaji kesan psikoloji akibat pengeboman Perang Teluk keatas kanak-kanak. "Bertahun-tahun selepas itu mereka akan dihantui mimpi-mimpi ngeri itu. Jika anda meneliti cara tidur mereka, anda nampak pergerakan yang tiba-tiba dan 'spasmodic' seolah-olah mereka boleh mendengar atau melihat letupan. Saya tengok sendiri perkara ini berlaku kepada anak saya. Selain itu ada juga tanda-tanda lain - kegelisahan, hilang tumpuan, hilang minat, dan masalah pelajaran. Ini ialah tanda-tanda yang biasa dilihat."

Di sekolah At al-Quds, guru besarnya, Khulla Allani, melihat kesan perang yang lalu di kalangan murid-muridnya.  "Memang mereka merasa kesanya, mereka datang ke sekolah dalam keadaan berlainan," katanya. "Anda nampak perubahan perangai mereka. Sebahagian kehilangan ahli keluarga, ada yang melihat kematian dan kecedaraan untuk pertama kali. Ramai diantara ibu dan bapa mereka yang kehilangan pekerjaan selepas perang. Amat sukar untuk menerima perkara sebegini akan berlaku lagi dalam masa terdekat. Kita akan menutup sekolah dahulu, tetapi saya akan cuba menghubungi seramai mungkin keluarga untuk bertanya khabar mengenai anak-anak ini".

Sekolah itu mempunyai 464 kanak-kanak lelaki dan perempuan berumur diantara enam dan 12 tahun. Lubba Muaed yang berumur sembilan tahun dan ibunya seorang jurutera bercita-cita menjadi seorang doktor. Dai terlalu kecil untuk mengingati Perang Teluk, dan tidak begitu apa yang sedang berlaku di saat ini. "Amerika mahu menyerang Iraq, perkara-perkara buruk akan berlaku dan saya amat takut sekali."

Yasser Salman, 9 tahun, mendapat tahu akan berlaku pengeboman. "Saya tidak takut," katanya. "Tetapi saya tidak faham kenapa mereka mahu mengebom kami.

"Keluarga saya beritahu ianya amat teruk ketika perang yang lepas. Saya ingin bertemu kanak-kanak dari Amerika dan England, kami bokeh berkawan, tetapi saya tidak pasti juga itu boleh berlaku."

Gastroenteritis ialah salah satu pembunuh utama kanak-kanak Iraq, dan ianya berpunca dari air minuman yang kotor. Bekalan air dan sistem rawatan air telah dimusnahkan dengan teruk semasa Perang Teluk. Satu laporan Defence Intelligence Agency berpusat di Washington yang baru dtemui mendedahkan perkara tersebut mungkin telah disengajakan. Laporan itu, yang ditulis di minggu pertama Perang Teluk, menyimpulkan "kemusnahan sepenuhnya sistem rawatan air mungkin akan mengambil masa enam bulan."

Penyakit itu merebak dengan cepat melalui berton-ton air kotor yang disalurkan ke sungai  Tigris dan the Euphrates. 12 tahun selepas perang, sebahagian dari kemudahan itu telah dibaikpulih. Kini ia mungkin akan dirosakkan sekali lagi.

Apa jua rasa optimistik bahawa perang akan dapat dielakkan telah bertukar menjadi rasa seperti menuju kemusnahan. Di kedai kopi Shah Bandar di jalan Rashid Street,  Selim Yunys Ali, seorang guru antropologi berkata : "Ramai yang percaya kali ini akan serupa seperti pengeboman di tahun 1998 dan 1991. Saya tidak fikir merka sedar kali ini adalah berlainan, dan tujuan Amerika ialah untuk menukar Iraq buat selama-lamanya.

"Setiap orang berkata kita perlu menunjukkan keberanian, tetapi saya tidak fikir ramai yang tidak merasa takut. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku, dan ketidaktentuan merupakan satu masalah."

Sejak 24 jam lalu, kedai makanan di Baghdad sudah mula kosong. Di kawasan Arafat, berdekatan pusat bandar, Hamida Nasruddin, yang menjalankan kedai makanan berkata "Hanya kini ada orang yang masuk dan membeli banyak barang untuk keluarha mereka. Mereka membeli keperluan asas bukannya barangan mewah.

"Ada kepercayaan sesuatu akan berlaku minggu ini, dan tiada jalan keluar darinya. Saya sendiri telah membeli barang-barang simpanan, suami saya telah membeli kerosene dn lampu."

Di akhir-akhir ini, sebelum ribut melanda, ada suara-suara yang membawa harapan bahawa keganasan yang akan datang ini mungkin akan mebawa bersama sesuatu yang lebih baik. Majid, yang membuka kedai alatulis berkata: "Negara ini mungkin salah satu yang terkaya di dunia, tetapi untuk 20 tahun lalu kami tiada apa-apa kecuali perang dan sekatan. Ada yang bertanggungjawab kepada perjara ini, dan mereka peluru memikul tanggungjawab tersebut."

Walaubagaimanapun, tidak semuanya gelap dan mengecewakan: bursa saham Baghdad meningkat semasa kemungkinan perang meningkat. Harga hartanah juga semakin meningkat nilainya di pusat bandar seperi Basra dan Mosul disebabkan orang kaya melabur untuk bersedia menghadapi peningkatan ekonomi yang akan tiba. Jualan barang pelancongan juga meningkat - jualan jam tangan, jam dinding dan poster Saddam Hussein tidak pernah selaris kini.

 

:: ke MukaDepan