Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

18/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@alamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


PM (Australia) mungkin hadapi menghadapi tuduhan jenayah perang

http://www.news.com.au/common/story_page/0,4057,6144622%255E25777,00.html

Oleh James Madden
Mac 18, 2003

JOHN Howard mungkin kehilangan lebih dari pilihanraya jika dia menghnatra tentera ke Iraq. Menurut pakar undang-undang Gillian Triggs dia mungkin menghadapi tuduhan jenayah perang.

John Howard
John Howard boleh didakwa atas jenayah perang, kata para pakar.
Profesor Triggs semalam berkata tentera dan pemimpin politik dari "pakatan mereka yang bersedia" boleh dihadapkan ke Mahkamah Jenayah Antarabangsa jika penaklukan diteruskan tanpa kelulusan PBB.

"Tetapi agar sukar untuk John Howard dihadapkan ke mahkamah ICC itu oleh kerana Ketua Pendakwaraya perlu bersetuju untuk menghantar beliau ke sana dahulu," kata Profesor Triggs, pengarah bersama Institute for International and Comparative Law, Melbourne University.

"Tetapi berkemungkinan dia akan kalah dalam pilihanraya akan datang, seorang ketua pendakwaraya dari parti Labor mungkin membuat keputusan bahawa Howard perlu mempertahankan diri dari tuduhan jenayah perang."

Hanya negara yang mengesahkan pengenalan mahkamah jenayah antarabangsa yang boleh dibawa ke pengadilan itu. Australia merupakan salah satu dari 60 negara-negara yang menandatangi dokumen "perjanjian Rome (statute of Rome)" tahun lepas yang menyebabkan ia terikat dengan ICC itu.

Walaubagaimanapun, Iraq dan Amerika tidak terikat degannya kerana tidak menandatangi perjanjian itu.

Profesor Triggs ialah salah seorang dari 43 pakar dalam bidang undang-undang dan hak asasi manusia antarabangsa yang meletakkan namanya dalam satu artikel yang disiarkan dalam ahkbar-akhbar Sydney dan Melbourne bulan lepas, yang mendakwa menyerang Iraq sebelum diserang adalah menyalahi undang-undang.

Walaubagaimanapun, 21 pakar-pakar undang-undang lain menyerang cadangan itu dalam satu cadangan yang disiarkan dalam Opinion page of The Australian hari ini.

"Penaklukan Iraq sah disisi undang-undang atas dua alasan. Terdapat ketetapan PBB yang sedia ada, dan keuda, kerana mahu mempertahankan diri," kata penulis bersama Stephen Hall, profesor madya undang-undang di the City University of Hong Kong.

The Australian


:: MukaDepan   :: Berita Dunia