Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: ke MukaDepan

13/03/03 


Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke salamku@hotmail.com 


 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pemantau Israel pintas arahan: Perang bermula Mac 18

http://www.worldtribune.com/worldtribune/breaking_9.html 

KHAS UNTUK TRIBUNE.COM Rabu, Mac 12, 2003

TEL AVIV Tentera Amerika telah diarahkan untuk memulakan perang keatas Iraq pada Mac 18, kata seorang pegawai Israel dalam satu laporan melalui televisyen.

Seorang pemantau kerajaan Israel, Michael Gurdus, melaporkan lewat Khamis lalu bahawa arahan telah dikeluarkan oleh Pusat Arahan Tentera Amerika kepada semua anggota tentera Amerika di Teluk Parsi. Gurdus memberitahu Channel 2 TV Israel bahawa beliau mendengar arahan tersebut dihantar kepada jurutervang jet pejuang Amerika dan lain-lain melalui komunikasi radio yang dipintasnya.

Gurdus dikenali sebagai seorang pemantau komunikasi yang hebat di Asia Tengah dan berkerja untuk radio dan TV Israel. Beliau telah beberapa kali membuat laporan sebegini disebabkan kemampuannya memintas dan memahami siaran awam dan radio bahasa asing. Katanya tentera Amerika, dalam satu komunikasi radionya, merujuk Iraq sebagai "lembu jahat" dan "kabab", Middle East Newsline melaporkan.

Pada hari Isnin, media Israel melaporkan Amerika menuntut agar pegawai kanan Israel berhenti membuat jangkaan bila perang akan bermula. Pegawai pertahanan Amerika menyimpulkan Amerika merancang untuk menyerang Iraq selepas Mac 17, tarikh akhir yang diberikan kepada Iraq untuk menjawab persoalan-persoalan mengenai peluru berpandu dan program senjata pembunuh beramai-ramai.

Sumber-sumber Pentagon menafikan laopran Israel itu. Tetapi mereka berkata tentera AMerika di Kuwait sudah pun diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga, dan persediaan untuk perang akan bertambah rancak hujung minggu ini.

Pegawai Amerika telah melaporkan pertambahan misi udara di Irad dan Presiden George Bush tidak bercadang menunggu berminggu-minggu untuk berperang dengan Baghdad. Mereka berkata Amerika mempunyai 225,000 orang askar di medan perang Iraq dan telah menumpukan perhatian di selatan Iraq.

"Untuk memberi tekanan kepada rejim Iraq supaya melupuskan senjata, kami telah mempertingkatkan operasi Southern Watch (Pemantauan Selatan-sic)," Jen. Richard Myers, pengerusi the Joint Chiefs of Staff, berkata Selasa lalu. "Kita kini menerbangkan beberapa ratus penerbangan sehari, 200 atau 300 di kawasan larangan terbang di sebelah selatan."

Misi pengeboman Amerika memasukkan sasaran di barat Iraq berdekatan sempadan Jordan. Meyers berkata jet pejuang  F-15E fighter-jets telah menjatuhkan bom ke atas radar pertahanan udara di pangkalan udara di kawasan H-3, yang telah di gunakan pada tahun 1991 untuk melancarkan serangan peluru berpandu jarak-sederhana ke atas Israel.

Tentera Amerika juga telah mengarahkan ujian cepat dan pengeluaran senjata-senjata baru untuk perang di Iraq. Pada hari Selasa, Pentagon berkata ia telah menguji bom yang mengandungi 18,000 pound bahan letupan dan akan digunakan untuk memusnahkan kubu bawah tanah Iraq. Pentagon juga telah menandatangai kontrak baru untuk pembuatan dan penghantaran segera sistem peluru berpandu pertahanan Patriot PAC-3. Satu kumpulamn PAC-3 telah dihantar ke Kuwait dan Pusat Pertahanan Amerika berharap untuk mengadakan kemudahan tambahan di kawasan Teluk Parsi dan Asia Tengah.

:: ke MukaDepan