Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia


: : 10/04/03  : : Terjemahan: Muzammil Haji Daud


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Rabu, 9 April, 2003

Israel berminat dengan minyak Iraq

http://news.bbc.co.uk/2/hi/business/2933557.stm

 

Oleh Simon Wilson
di Jerusalem


Seorang menteri Israel berkata dia mahu membuka semla saluran paip yang telah ditutup sejak lebih dari lima puluh tahun untuk menyalurkan minyak melalui Jordan ke pesisir pantai Mediterranean di Israel.

Jurucakap kepada menteri kemudahan awam, Joseph Paritzky, berkata langkah itu akan menurunkan kos banapi di Israel dan memajukan semula bandar pelabuhan Haifa.

Tiada komen rasmi diberikan pihak Jordan, tetapi sebarang cadangan bahawa Israel akan mendapat keuntungan di atas kejatuhan Saddam Hussein berkemungkinan besar akan menimbulkan kemarahan negara-negara Arab.

Saluran paip itu dibina selepas Britain menakluki Iraq, Jordan dan Palestin yang diletakkan dibawah mandat Britain selepas Perang Dunia Pertama.

Bahagian paip dari Iraq ke Jordan masih berfungsi, tetapi bahagian dari Jordan ke pelabuhan Haifa, yang kini di bawah kekuasan Israel, ditutup pada tahun 1948 apabilla Britain keluar.

Kontrovesi

Kementeian kemudahan awam Israel berkata pembukaan semula saluran paip itu akan memudahkan bekalan minyak dari Iraq, mengurangkan kos bahanapi di Israel dan membantu memajukan semula Haifa yang mengalami masalah teruk akibat kemelesetan ekenomi Israel.

Pada masa ini ia nampak seperti usaha peringkat individu oleh menteri kemudahan awam yang datang dari parti sekular  Shinui Party dan bukannya polisi rasmi kerajaan pakatan Ariel Sharon.

Apa jua kesnya, Jordan mungkin sukar untuk memujuk orang awanya bersetuju dengan projek yang akan menimbulkan kemarahan di banyak negara-negara Arab itu.

 


:: MukaDepan   :: Berita Dunia