Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia


: : 06/04/03  : : Terjemahan: Muzammil Haji Daud


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


 

Meng'israel'kan Amerika

Oleh Gideon Samet
Ihsan: Hareetz (ARTIKL ASAL, klik sini) Ahad, 6/04/03

Kejadian-kejadian di Iraq boleh dilihat sebagai proses meng'israel'kan Amerika. Sila tutupkan mata anda untuk seketika, dan bayangkan askar-askar Marin di Karbala ialah pasukan tentera Golani di Tul Karm. Dan tidak memeranjatkan jika dua kem politik membayangkan sesuatu yang lunak akan terhasil dari perang [Iraq] itu. Contohnya, mereka memerhatikan dengan penuh tandatanya ketika tentera Amerika diletupkan dalam serangan berani mati dan mereka memerhatikan reaksi tentera [AS]. Selepas sebuah teksi meletup dan membunuh askar-askar yang sedang menuju kearahnya untuk memeriksa, tentera Marin menembak kenderaan seterusnya dan membunuh para penumpang awamnya. Puak kiri dan puak kanan tidak begitu berminat untuk mengetahui apa yang dipelajari tentera Amerika dari perang ini. Apa yang menjadi perhatian mereka ialah pengalaman diplomatik dan politik yang akan dipelajari 'White House'. Tidak pernah berlaku dimana Israel tidak menyertai sesuatu perang itu, ia mengharapkan kesan besar keatas masa depannya dari perang itu. 

Sebab-sebab untuk itu tidak terletak di atas perbandingan yang sering dibuat oleh penduduk Israel diantara nasib mereka dan usaha baru Amerika di kawasan (Asia Tengah) yang sukar ini. Tentu kesannya datang dari keperluan Amerika untuk melakukan operasi besar-besaran di kawasan ini selepas perang berakhir. Dari pandangan pihak Israel, munasabah untuk memperkatakan dua perkara yang berbeza mengenai kepentingan Amerika ini. Menurut takrifan rasmi, yang dipelopori puak haluan kanan, ia tidak selari dengan kepentingan Israel sehinggakan Amerika akan mengusahakan perdamaian [dengan Palestin] dan akan mengenakan tekanan untuk menjadikannya satu kenyataan. Manakala bagi puak haluan kiri pula, mereka melihat tindakan Amerika sebagai memberi manafat kepada Israel. Berdepan hakikat perang dan berdepan dengan kesungguhan Amerika untuk melaksanakan pelan damai [Isarel-Palestin], Jerusalem melakukan apa yang ia boleh untuk menggagalkan rancangan itu.

Adakah ia akan berjaya? Puak haluan kiri tidak mempunyai asas yang cukup untuk berharap Ariel Sharon akan gagal dalam tindakan  beliau seterusnya. Memang, Amerika seperti juga Israel mungkin terkejut selepas memahami kerosakan peringkat negara yang mereka alami kerana terlibat dalam kehidupan dan sejarah orang lain. Terdapat banyak aspek yang tidak benar dalam perbandingan diantara dua perang yang melanda politik Israel. Contohnya Washington tidak berniat menguasai mana-mana kawasan di Iraq dan tidak membina sebarang kawasan penempatan di sana. Lebih dari itu, agak awal untuk membayangkan sikap penduduk Amerika terhadap Israel akan bertambah baik selepas pengalaman perang ini. Walaupun selepas pengalaman buruk, ia tidak akan bersimpati, dengan mata berlinangan, kepada jeneral-jeneral Israel yang membedil kawasan-kawasan [yang dicerobohi]. Selain itu, terlalu awal juga untuk mempercayai kebencian terhadap orang Yahudi yang menyokong kempen [pencerobohan] ini akan padam. Walaubagaimanapun, dari segi politik, AS akan kembali dari perang ini sebagai sebuah kawasan yang berbeza. Ia akan bersedia untuk pilihanraya presiden. Sistem politiknya akan menjadi sensitif kepada kumpulan-kumpulan penekan [lobi] yang mampu memberi kesan kepada keputusan pilihanrayanya.

Kempen diplomatik Israel telah pun berjalan di Kongress AS untuk menggagalkan pelan damai [Israel-Palestin] itu - bahawa dokumen yang belum siap itu menakutkan Jerusalem. Kongress akan lebih kritikal terhadap Presiden Bush kerana melontarkan negara ke medan perang tanpa mendapatkan persetujuannya. Namun., kedudukan politik Bush akan bertambah baik dengan kemengan yang akan diberikan oleh jeneral-jeneralnya di Iraq, tetapi tidak siapa pun yang akan lupa dengan proses yang menggegarkan sebelum perang. Ini tentu kesnya jika minggu-minggu mendatang menghasilkan kekalahan yang mengecewakan. Tekanan antarabangsa - pihak Eropah dan Arab - untuk perdamaian di antara Israel dan Palestin mungkin dibayangi oleh keperluan mendesak presiden untuk memenangi pilihanraya.

Oleh itu, satu cara untuk melihat proses meng'israel'kan Amerika ialah dari pandangan Henry Kissinger yang mengeluarkan kenyataan popuar bahawa Israel tiada polisi luar, hanya polisi dalam negeri. Seperti juga dalam kes ini, politik dalam negera AS sering mengatasi polisi luar. Selain dari perkara biasa dalam kerajaan-kerajaan ini, kepimpinan tertinggi AS sering terperangkap dengan konservatism yang mampu mengenepikan usaha-usaha perdana menteri untuk mempekecilkan inisiatif perdamaian dengan pihak Palestin. Mereka yang melontarkan Amerika ke kancah perang di Iraq - seperti Donald Rumsfeld contohnya - sering memperkecilkan idea aspirasi kebangsaan Palestin (yang sering digelar olehnya sebagai "kawasan yang dikenali sebagai kawasan yang dikuasai"). Justeru, terdapat perbezaan dalaman disini yang mana keputusan umumnya sukar dinilai, diantara sasaran pentadbiran [Bush] untuk mengujudkan satu susunan baru di kawasan itu, dan pemikiran kepimpinan tertinggi dalam pentadbiran itu yang tidak menyokong perjuangan rakyat Palestin.

Justeru, tidak terlalu awal untuk berasa risau kemungkinan corak pemikiran ('school of thought') Sharon-Netanyahu-Rumsfeld-Cheney akan menjadi paling utama dalam proses mengujudkan perdamaian antara Israel-Palestin. Bagi kerajaan Sharon, ia berasa cukup baik untuk berjaya mencapai inisiatif itu - yang kini diusahakan dengan tekunnya dibawah bayangan perang - iaitu untuk mendapatkan sokongan Kongress bagi menerima takrifan Israel keatas pelan damai. Inisiatif meng'israel'kan Amerika ini cuba mengulangi kelambatan yang disengajakan yang telah menangguhkan sebarang perkembangan dalam rundingan. Jangan perjudikan wang anda yang ianya akan gagal.

 


:: MukaDepan   :: Berita Dunia