Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia


: : 09/04/03  : : Terjemahan: Muzammil Haji Daud


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Pandangan dari Takhta
4/9/2003 - Political - Article Ref: LT0304-1923
http://iviews.com/Articles/articles.asp?ref=LT0304-1923

Oleh : Robert Scheer
Los Angeles Times* -

Askar AS berehat di dalam salah sebuah istana Saddam Hussein.      (AP Photo/John Moore)

Setelah usaha hubungan awam gagal sejak berminggu-minggu disebabkan oleh gambar-gambar ribut pasir dan tembakan sesama sendiri, tahanan askar AS, dan korban awam Iraq dan rakyat Iraq yang nampak ketakutan, Rumah Putih akhirnya mendapat apa yang ia harap sampai lebih awal lagi: gambar askar-askar AS sedang duduk diatas kerusi di dalam salah sebuah istana Saddam Hussein.

"Saddam
Pernah Duduk Disini," kata tajuk utama laman web the San Francisco Chronicle's Isnin lalu.

Maka kini kita sehari lagi lebih dekat untuk sampai ke tempat dimana Saddam pernah duduk. Dalam proses itu, kita juga mengorbankan beberapa ratus nyawa untuk memerintah sebuah negara Islam yang berpecah dan musnah yang terletak di tengah-tengah dunia Arab. Rumah Putih tidak lama lagi akan mengumumkan "menang", tetapi kalau pun penyokong setia parti Baath, pejuang agama dan penyerang berani mati tidak dapat melancarkan perang gerila yang berkesan, hari-hari yang paling bahaya sedang menunggu AS.

Cabaran
kali ini ialah untuk memenangi hati dan fikiran rakyat Iraq, rakyat Amerika, dan penduduk dunia yang lain, dan perangkap-perangkap yang kita perlu tempuhi lebih dahsyat dari tentangan tentera [Iraq] yang tidak lengkap itu. Sebagai tentera penakluk di sebuah negara yang tidak berkongsi budaya [dengan kita], AS perlu mencari keajaiban [untuk berjaya]: membina sebuah sistem demokrasi yang berfungsi dari tahap sifar di sebuah negara yang berpecah menurut bangsa, agama, dan suku kaum dan tanpa sejarah kebebasan politik -- dan melakukannya dengan paksaan tanpa merisaukan penduduknya.


Kegagalan bererti lebih banyak keganasan, lebih banyak kematian orang yang tidak berdosa, lebih teruk kerosakan ekonomi AS, keujudan semula perlumbaan senjata dunia, dan kemungkinan perang yang kalut di kawasan-kawasan tertentu. Hakikatnya, kita belum lagi memenangi apa-apa pun.

Sementara itu, Jay Garner, pemerintah sementara Iraq yang dipilih AS sudahpun menerima kritikan disebabkan hubungan baiknya dengan Ariel Sharon dan orang-orang kuat Israel yang lain. Orang lain yang mungkin dilantik membantu Garner, Ahmed Chalabi, tidak pernah berada di Iraq sejak tahun 1958 lagi dan dia dikenali umum kerana dijatuhkan kesalahan kewangan di Jordan tanpa kehadirannya. Kita tersepit dalam keadaan tidak-menang oleh kerana  Presiden Bush menyalahgunakan ketakutan yang dibawa oleh tragedi 9/11 untuk dijadikan alasan kepada penaklukan sebuah negara yang tidakpun memberi ancaman ketenteraan yang besar kepada AS.

Keadaan ini dan lain-lain percanggahan yang dibayangkan oleh para pengacara rancangan diskusi TV yang cuba menyamakan mereka yang berbeza pandangan sebagai menderhaka kepada negara. Memanglah, ini melucukan. Di AS, perdebatan, walaupun di masa perang, ialah tugas patriotik setiap warganegara. Lagipun, nilai penting sistem demokrasi ialah kebenaran akan memusnahkan kesilapan dalam perbincangan di kalangan mereka yang bebas merdeka. Justeru, kenapa, sebagai sebuah kuasa utama ekonomi, politik, kebudayaan, dan ketenteraan dunia, kita bersikap seolah-olah kebebasan berfikir sebagai satu kemewahan yang susah untuk diperolehi?

Malangnya, ketiadaan tolak-ansur terhadap debat ini dipelopori oleh presiden kita, dimana serangan beliau terhadap sahabat setia demokrasi seperti Perancis dan Jerman merupakan satu kesilapan bagi diplomasi Amerika. Lebih dari itu, keyakinan Bush - menurut rakan karibnya, Setiausaha Perdagangan Don Evans -- bahawa Tuhan yang menyuruh beliau menyerang Iraq, membuka peluang yang sedikit untuk perdebatan yang baik.

Apabila pemimpin kita yakin mereka bercakap bagi pihak Tuhan Kristian untuk menakluki sebuah negara Islam, kita sepatutnya merasa risau. Oleh itu, perdebatan mengenai sasaran-sasaran AS memang lebih diperlukan kini berbanding sebelum ini.

Orang-orang kuat dalam pentadbiran Bush dengan berani mengaku mereka sedang cuba untuk mengubah dunia Islam menggunakan kuasa [paksaan] dengan menggunakan strategi yang salah iaitu mengubah [keadaan dan sistem] negara-negara tersebut menurut imej [cara] kita walaupun terpaksa menggunakan paksaan. Mereka yang bersetuju ini suatu idea yang merbahaya dan biadap perlu dikeji sebagai mengecewakan iltizam negara kita terhadap kebebasan jika mereka terus berdiam diri.


Melaksanakan tanggungjawab sebagai seorang warganegara amat penting apabila media massa seolah-olah merasa senang hati untuk menyokong logo "Operasi Bebaskan Iraq" "Operation Iraqi Freedom," dan hanya kadangkala sahaja berani menyebut bahawa balasan untuk pemenang [perang' ialah simpanan minyak kedua terbesar dunia.


Memanglah, slogan perang ini tidak sama dengan alasan-alasan perang yang disogokkan kepada rakyat Amerika: memusnahkan senjata pembunuh beramai-ramai, yang paling menakutkan ialah bom nuklear yang Hussein dituduh sudah sedia untuk diberikan kepada pengganas-pengganas Al Qaeda. Tidak apalah walaupun tiada sebarang bukti bahawa Hussein atau Iraq membantu atau menyokong kumpulan pengganas itu.

Secara jelas Hussein tidak memberikan ancaman ketenteraan terhadap AS. Jika senjata-senjata Hussein boleh dilupuskan melalui tekanan antarabangsa dan pemeriksaan oleh PBB, yang nampaknya itulah kesnya kini, maka sejarah akan mengatakan [perang] ini sebagai satu lagi perang agama oleh kuasa besar untuk memaksa nilai-nilainya "yang lebih baik" keatas dunia yang kurang "cerdik" sambil merampas kawalan keatas sumber-sumber dan hasil-hasil negaranya.

Robert Scheer writes a syndicated column for the Los Angeles Times.

 


:: MukaDepan   :: Berita Dunia