Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: ke MukaDepan

13/03/03 


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact salamku@hotmail.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke salamku@hotmail.com 


10 JUTA RAKYAT IRAQ AKAN KEBULURAN KETIKA PERANG

http://www.mirror.co.uk/news/allnews/page.cfm?objectid=12725233&method=full&siteid=50143 

Mac 12 2003

AMARAN KECEMASAN AGENSI BANTUAN

Oleh Paul Gilfeather Whitehall Editor.

 

Lebih dari 10 juta rakyat iraq akan mengalami kebuluran jika perang diteruskan, agensi-agensi bantaun menegaskan.

 

Para pakar risau bahwa perang akan memusnahkan agihan kuasa dan jalan-jalan untuk pengangkutan yang akan mengganggu pengedaran bekalan makanan.

 

Pertubuhan Care International, Christian Aid dan Save the Children berkata perang tanpa kelulusan PBB akan menyebabkan agihan bantuan menjadi lebih sukar.

 

Raja Jarrah daripada Care International berkata: "Sehingga 10 juta orang akan memerlukan bantuan makanan jika sistem pengedaran makanan terganggu.

 

"Lebih dari 60 peratus orang akan menghadapi kelaparan, jika bukan kebuluran.

 

"Lebih kurang 90 peratus dari pusat rawatan air buangan Iraq terdedah kepada kerosakan jika bekalan eletrik terputus yang akhornya mengotorkan bekalan air dan mengakibatkan bahaya kepada kesihatan awam."

 

Dan dia memberi amaran:  "Jika perang tidak mendapat mandat PP, maka lebih sukar untuk badan-badan bantuan PBB untuk mendapatkan sumber-sumber yang mereka perlukan untuk bertindakbalas."

 

Mr Jarrah berkata "tiada bukti" bahawa masyarakat antarabangsa "bersedia menghadapi tahap kemusnahan".

 

Katanya para pakar menganggarkan setengah juta orang Iraq akan menerima kesan terus dari perang - dengan lebih dari 80,000 kematian.

 

Kata beliau: "Walaupun kita tidak dapat menganggarkan dengan tepat akibar dari perang ini, kita boleh anggarkan ianya teruk, dan untuk sebahagian lain, amat teruk."

 

Badan-badan kebajikan itu menganggarkan dua juta pelarian dan satu juta akan kehilangan tempat tinggal di Iraq. Lewis Sida, dari Save the Children UK, berkata: "Kami mendapati tidak begitu bersedia untuk menghadapi krisis kemanusian yang besar." Dia berkata tujuan tentera dalam peperangan memang "tidak selari" dengan tujuan pekerja kebajikan. Katanya: "Agak sukar untuk tentera Britain dan Amerika untuk memasuki kawasan mush dan mengagihkan bantuan."

:: ke MukaDepan