Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

25/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Iraq memberikan bukti pertama korban dan tawanan A.S.

ARTIKEL ASAL KLIK SINI

 

 

Mayat-mayat 10 korban tentera-tentera A.S. ditayangkan di TV Al Jazeera sejak 24 jam lalu. Pihak berkuasa tentera A.S. mengesahkan ada korban-korban perang. 

 
US casualty of war

Empat tawanan A.S. ditemuramah oleh TV Iraq. Tiga lelaki dan wanita mengesahkan nama-nama dan tempat asal mereka. Dua dari tawanan itu nampak cedera; salah seorang darinya terbaring diatas tilam di lantai dan nampaknya berdarah di perutnya.

 

Menurut Al Jazeera korban-korban itu terjadi selepas tentera yang diketuai A.S. menghadapi tentangan hebat ketika cuba menawan bandar Nassiriyah di selatan.

 

Pusat arahan A.S. mengakui mereka kehilangan 12 askar dekar bandar itu dan 10 orang lagi dengan 50 orang lagi tercedera

Private Percy Miller

Salah seorang dari tawanan itu Percy Miller, seorang prebet kelas pertama, mengaku dia datang dari negeri Kansas. Apabila ditanya jika dia datang untuk membunuh orang Iraq, dia menjawab "Tidakm saya ke sini untuk membaiki benda yang rosak. Saya diarah untuk menembak hanya jika ditembak terlebih dahulu. Mereka menembak saya, jadi saya tembak kembali. Saya tidak mahu membunuh sesiapa.”

 

 

Pakar Joseph Hudson, yang memberikan nombornya sebagai 585650287, berkata “ Saya diarah untuk datang kesini. Saya menurut arahan”. Tawanan yang cedera bernama Edgar, juga berkata dia datang dari Texas.
Sgt. James Riley

 

Sgt. James Riley, yang jelas menggeletar, berkata dia datang dari New Jersey dan sebahagian dari Pasukan Penyelenggaraan ke- 507 dan mengakui umur dan tarikh lahir beliau. Seorang askar wanita, bernama Seana, mengesahkan umurnya dan berkata dia juda dari Pasukan ke-507."

 

Setiausaha Pertahanan Donald Rumsfeld menyelar gambar-gambar TV Iraq dengan berkata Geneva Convention menegah dari menayangkan gambar-gambar tawanan. Dia mengakui beberapa orang dari tentera A.S. telah hilang.

 

Pita itu menayangkan beberapa orang askar A.S. terbaring mati disebabkan kesan tembakan di kepala dan tubuh.

 

Sambil mengutuk penayangan gambar-gambar askar yang mati dan ditawan, dia berkata: "Nampaknya dengan menayangkan beberapa gambar-gambar, tanpa mengetahui siapa mereka dan ditayangkan oleh Al-Jazeera, iaitu satu instrumen komunikasi yang tidak sempurna, merupakan sebahagian dari propaganda Iraq.”

 

Presiden Bush dan setiausaha pertahanan Donald Rumsfeld, yang dikritik teruk oleh kumpulan-kumpulan hak asasi manusia disebabkan layanan buruk Amerika terhadap tahanan-tahanan Al-Qaeda dan Taliban - juga mengutuk cara media Iraq ini.

 

 Untuk dua hari lalu siaran TV A.S. dan Britain menayangkan gambar-gambar tentera Iraq ditawan dan dipaksa menunduk ketika diperiksa.

 

Beberapa siaran TV enggan menayangkan pita itu. CBS hanya menayangkan beberapa saat sahaja manakalan NBC tidak langsung menayangkannya. CNN berkata siaran antarabangsanya akan menyiarkan gambar-gambar itu tetapi siaran A.S. CNN hanya menayangkan satu gambar sahaja.

 

Siaran Al Jazeera mempertahankan keputusannya sambil memperli A.S. yang melanggar undang-undang PBB apabila melancarkan perang tanpa mandat PBB.

 

"Negara-negara di seluruh dunia perlu mematuhi undang-undang PBB. Anda tidak boleh memilih apa yang hanya anda sukai sahaja, kata seorang pegawai yang enggan dikenali.

 

"Kita buat kerja profesional kita. Kita siarkan berita."

 

Al Jazeera


:: MukaDepan   :: Berita Dunia