Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

28/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


The Scotsman
Jumaat 

28 Mac 2003

Peluru berpandu Tomahawk

'16 peluru berpandu' untuk musnahkan kubu bawah tanah

http://www.thescotsman.co.uk/index.cfm?id=367822003

ALLAN HALL IN BERLIN

Terjemahan: Muzammil Haji Daud

 

Mensasarkan Saddam Hussein yang berada dalam 'bunker' (kubu bawah tanah) presidennya akan memerlukan serangan serentak 16 peluru berpandu yang diserang ke sasaran yang sama, kata perekanya semalam

Karl Esser mendakwa diktator Iraq berada dalam keadaan "100% selamat" dalam binaan keluli dan konkrit 100 meter di bawah Baghdad itu.

Katanya: "Saya memang pasti Saddam Hussein tidak boleh dibunuh dengan serangan roket keatas istananya di Baghdad selagi dia berada dalam 'bunker' yang saya reka."

Mr Esser, 45, dari Munich (Jerman) (neneknya yang membina kubu bawah tanah untuk melindungi Hitler dari serangan-serangan) berkata dia bangga dengan hasil kerjanya, yang mungkin mampu mencegah pasukan tentera bersekutu dari melumpuhkan kepimpinan Iraq.

Kubu yang berharga 60 juta itu dibina 20 tahun lalu, dibawah seliaan Mr Esser dan seorang arkitek dari Austria, Lorenzo Buffalo, yang berkhidmat dengan syarikat Boswau and Knauer dari Jerman.

Mr Esser berkata: "Bantuan saya diminta oleh kerana pengalaman luas keluarga saya. Nenek saya yang membina kubu untuk Hitler di bawah bangunan Berlin Reich chancellery dan saya meneruskan tradisi keluarga.

"Saya membina kubu yang tahan dari kesan bom atom dan saya diminta untuk membina kubu di Iraq."

Katanya dia bertemu Saddam beberapa kali ketika pembinaan sedang berjalan pada awal tahun 1980an, termasuk pertemuan tiga jam dimana mereka berdua berbincang mengenai pelan-pelan kubu itu secara terperinci.

Beliau masih ingat: "Jika awak bertemu beliau, dia tidak nampak hebat sangat. Dia nampak seperti seorang pengutip cukai atau ahli bank Arab sahaja.

"Tetapi apabila dia bercakap, awak sedar dia lebih hebat dari yang kita sangka.

"Orang-orang sekelilingnya mengingatkan bahawa dia seorang yang perlu dihormati. Awak boleh dengar bunyi jarum terjatuh ketika dia memasuki bilik."

Mr Esser berkata: "Jika mereka mahu bunuh Saddam, mereka perlu musnahkan istana itu sepenuhnya, dan membuang semua serpihan-serpihan bahan binaan yang tinggal. Kemudian mereka perlu menembak tempat itu dengan peluru berpandu Tomahawks seberat 80 kilo itu sebanyak 16 kali pada titik (tempat) yang sama untuk menembusinya. 16 kali tu.

"Kemudian mereka perlu tahu secara tepat dimana kubu itu. Adakah dia berada di dalam tandas, atau di dalam bilik tidur?"

Kubu Baghdad tersembunyi dibawah kolam renang, lorong pejalan kaki, dan kawasan letak kereta di rumah tamu instana presiden.

Pemimpin Iraq itu dilindungi oleh dinding setebal 9-kaki yang direka untuk menahan letupan bom nuklear sekuat bom atom yang memusnahkan Hiroshima di penghujung Perang Dunia Kedua.

Kemudahan yang ada termasuklah ruang tamu untuk Saddam dan keluarga, dengan kepala pili dan kemasan yang disaduri emas.

Sebuah syarikat berpusat di Munich diberi tugas menyediakan kayu dan kemasan untuk bilik-bilik - sejumlah 1,800 meter persegi.

Saddam mengarahkan para pereka untuk membina kubu dengan kemudahan sebuah istana kecil - untuk memastikan ia mencapai piawaian NATO dari segi keselamatan.

Manakala bilik arahannya pula dilengkapi dengan peralatan komunikasi yang membolehkan penerimaan maklumat ketenteraan yang strategik. Dan juga sebuah terowong keluar dibawah Sungai Tigris yang mempunyai pintu-pintu seberat 3-ton.

Mr Esser menyimpulkan ianya mustahil untuk ditembusi.

"Saya gembira kerana kubu ciptaan saya membuktikan kemampuannya," tambah beliau.



:: MukaDepan   :: Berita Dunia