Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

17/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@alamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 



Mordechai Vanunu
Israel telah menyepikan Vanunu sejak 16 tahun

Kuasa Nuklear Israel dibongkar

http://news.bbc.co.uk/2/hi/programmes/correspondent/2841377.stm 

Oleh Olenka Frenkiel 

Melaporkan dari Israel untuk Correspondent

Mordechai Vanunu, pembuka rahsia mengenai program nuklear Israel, telah dipenjarakan pada tahun 1986 kerana menyiarkan gambar-gambar kilang bom nuklear di Dimona. Olenka Frenkiel mendedahkan sejauh mana program nuklear Israel.

The Sunday Times
Pendedahan di akhbar pada Oktober 1986
Vanunu telah menghabiskan 17 tahun di dalam penjara, 11 tahun darinya dikurung di sel kecil seorang diri - beliau baru sahaja gagal mendapatkan parol selepas merayu. 

Beliau akan dipenjara sehingga tahun 2004 apabila hukumannya dijangka tamat.

Pemberita Sunday Times Peter Hounam mendapat khabar angin pada tahun 1986 mengenai seorang Israel yang sanggup memberikan bukti mengenai sesuatu yang telah diagakkan oleh dunai selama ini.

Vanunu ialah orang yang dimaksudkan.

Pendedahan beliau mengesahkan Israel memang sedang membina senjata nuklear yang bertaraf maju.

Selepas Sunday Times menyiarkan berita sensasi itu, Vanunu telah ditangkap di London oleh Mossad dan dibawa secara haram ke Israel.

Beliau telah dibicarakan secara rahsia dan disabitkan dengan kesalahan membelot dan merisik.

Ketua Keselamatan didedahkan

Di mahkamah ketika perbicaraan parolnya, Avigdor Feldman, peguambela Vanunu mempertikaikan bawaha anak guamnya sudah tidak menyimpan rahsia lagi dan perlu dibebaskan.

Tetapi pendakwaraya telah mengemukan alasan baru: perang dengan Iraq yang amat pasti berlaku.

Selepas perbicaraan itu Mr Feldman memberitahu Correspondent: "Pendakwaraya berkata jika Vanunu dibebaskan, Amerika mungkin akan meninggalkan Iraq dan memburu Israel dan senjata nuklear Israel pula - yang mana saya rasa amat lucu sekali."

Orang yang berpengaruh disebalik halangan kepada pembebasan Vanunu ialah seorang lelaki bergelar  "Y".

Pada tahun 2001, "Y" didedahkan sebagai Yehiyel Horev dan dikatakan dia hanya takutkan publisiti.

Mr Horev ialah ketua perkhidmatan risikan Israel yang amat berpengaruh itu, menangani rahsia-rahsia nuklear dan ketenteraan.

 
Yehiyel Horev
Yehiyel Horev didedahkan disini untuk pertama kali
Beliau hanya menunjukkan kesetiaannya kepada PM-PM yang silih berganti sejak 16 tahun beliau membina tapak kuasanya.

Beliau disamakan dengan ketua FBI, J Edgar Hoover - seroang autokrat yang hilang arah.

Ronen Bergman, pemberita bahagian keselamatan untuk akhbar terkemuka Israel  - Yediot Ahronoth - berkata: "Horev ialah bahaya besar kepada demokrasi Israeli.

"Beliau beroperasi di luar ikatan undang-undang dan tanpa dipantau oleh parlimen Israel.

"Horev risau bekas petugas risikan Israel dan program nuklear Israel akan cuba menempa nama mereka dalam buku sejarah Israel dengan mendedahkan cerita mereka.

"Dia mahu menakut-nakutkan mereka ini."

Bertindak ganas

Israel tidak pernah mengesahkan mahupun menafikan dakwaan yang ia mempunyai senjata-senjata nuklear, kimia, dan bioloji.

Negara itu meletakkan negara mereka di luar penjanjian antarabangsa yang akan menyebabkan ia dipantau.

 
Uzi Even
Uzi Even - Dimona patut ditutup
Untuk 40 tahun, kebanyakan rakyat Israel berpuashati dengan polisi ini - yang dikenali sebagai "kesamaran nuklear".

Namun, ada juga pihak di Israel yang mempetikaikan polisi ini sudah melepasi zaman popularitinya.

Mereka berkata kesan polisi rahsia itu kepada demokrasi Israel teramat teruk..

Uzi Even, merupakan seorang ahli sains muda yang berkerja pada tahun 60an di Dimona - reaktor nuklear Israel - bersama-sama Vanunu.

Hari ini, Mr Even berkata ia patut ditutu[.

Reaktor yang berumuyr empat puluh tahun itu sering dilanda kemalangan dam beliau percaya Dimona yang tidak boleh disentuh oleh parlimen Israel, perlu dibawa menjadi bertanggungjawab dan perlu betdepan dengan pemantauan orang awam.

Mr Even menerangkan: "Anda perlu ada pemeriksa luar.

"Kerahsiaan ini mencipta kawasan asing di dalam Israel di prosedur kerja untuk pemantauan keselamatan tidak dijalankan.

"Justeru, keselamatan pekerja, soalan-soalan mengenai alam sekitar dan prosedur keselamatan industri tidak dilindungi dan ada beberapa ribu orang berkerja di situ."

Kesepian yang dipaksa

Tiada cara terbaik untuk menerangkan perkara ini selain dari isu sensitif mengenai mangsa barah  Dimona.

Dalam sebuah dokumentari Israel pada tahun 2002, pekerja Dimona berkata kemalangan adalah perkara biasa.

Mereka melaporkan letupan, kebakaran kebocoran cecair dan gas bertoksik yang mereka perlu cuci tanpa apa-apa perlindungan kebiasaannya.

 
Dimona nuclear reactor
Kemalangan adalah biasa di Dimona
Pihak berwajib menafikan pekerja mereka berkerja dengan bahan radioaktif.

Mereka enggan membayar pampasan kepada mangsa atau keluarga mereka untuk kesetiaan mereka selama ini.

Disebabkan oleh peraturan berahsia yang ketat, mereka tidak dapat mendapatkan hak-hak mereka.

Apabila Correspondent mendekati seorang pekerja yang sedang sakit tenat akibat kanser, beliau enggan ditemuramah - tetapi dengan perasaan kesal.

Tidak sedar yang dia sedang difilemkan, dia berkata :"Saya mahu bercakap dengan engkau tetapi saya telah disepikan.

"Mereka dari risikan datang dan memberitahu saya supaya tidak bercakap"

"Mereka berkata saya akan menjadi seperti Vanunu."

Vanunu masih ada setahun lagi di penjara.

Selepas dibebaskan beliau berharap untuk berhijrah ke Amerika.

Teta[i Mr Horev telah memberitahu semua dia tidak pernah berniat membenarkan Vanunu meninggalkan Israel.

Mordechai Vanunu tekah dicalonkan untuk hadiah Nobel Peace Prize for 2003.


:: MukaDepan   :: Berita Dunia