Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: ke MukaDepan

13/03/03 


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact salamku@hotmail.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke salamku@hotmail.com 


Amerika telah mengubah susunan dunia: ahli strategi

http://www.theage.com.au/articles/2003/03/12/1047431096269.html

Mac 13 2003
oleh Mark Forbes
Korespoden Hal Ehwal Luar

Pengerusi International Institute for Strategic Studies, Francois Heisbourg.

 

Usaha terbaru Amerika menangani isu Iraq jelas telah memusnahkan pakatan NATO dan membelakangi kuasa Majlis Keselamatan PBB, kata salah seorang dari penganalisa strategi terkemuka dunia.

 

Pengerusi International Institute for Strategic Studies Francois Heisbourg semalam berkata dunia sedang mengharungi perubahan besar dari segi pakatan dan susunan struktuir yang telah dibina sejak Perang Dunia ke-2, walau apa pun yang terjadi dari konflik ini.

Ketika di Canberra untuk berbincang dengan Menteri Luar  Alexander Downer dan pegawai kanan, Professor Heisbourg berkata susunan dunai sedang berubah dengan pantas sekali, sambil memusnahkan kesatuan diantara Amerika dan Eropah Barat.

Amerika kini menuntut taat setia sepenuhnya dan cara ini akan menyebabkan Australia berada di bawah tekanan yang teruk di masa depan. "Sheriff mengaturkan satu susunan dan jika anda tidak mahu bersama-sama dalam susunan itu, anda akan dihukum."

Professor Heisbourg berkata golongan konservatif dalam pentadbiran Bush sudah memutuskan untuk menyerang Iraq berdasarkan satu jadual yang telah ditetapkan, tanpa mengira pandangan orang lain dan samada ujud kerosakan kepada pemimpin-pemimpin seperti Tony Blair.

Sambil mempertahankan pendirian Perancis, Professor Heisbourg - penasihat kepada Kementerian Luar Perancis - berkata Amerika telah mengecilkan pilihan-pilihannya, menyebabkan membuar komitmen untuk menolak sebarang ketetapan baru.

:: ke MukaDepan