Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: ke MukaDepan

 

Beberapa Bukti ke atas Iraq Didapati Palsu

Pemeriksa Nuklear PBB Berkata Dokumen Jualbeli adalah palsu

http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/articles/A59403-2003Mar7.html 

 

Oleh Joby Warrick
Washington Post Staff Writer
Sabtu, Mac 8, 2003

Satu bukti penting yang mengaitkan Iraq dengan program senjata nuklear didapati telah dipalsukan, kata ketua pemeriksa nuklear PBB semalam didalam laporan yang mempersoalkan tuduhan Amerika dan Britain Iraq program nuklear.

 

Dokumen yang kononnya menunjukkan pegawai Iraq membelo uranium di Afrika dua tahun lalu diputuskan "tidak asli" selepas disiasat dengan rapi oleh pakar-pakar PBB dan pakar-pakar bebas, Mohamad ElBaradei, ketua pengarah  agensi International Atomic Energy Agency (IAEA) memberitahu Majlis Keselamatan PBB.

ElBaradei juga menolak tuduhan pentadbiran Bush - dibuat dua kali oleh presiden di dalam ucapannya dan diulang pula oleh setiausaha negara Colin L.Powel semalam -- bahawa Iraq telah cuba membeli tiub aluminium ketahanan-tinggi untuk digunakan sebagai alat untuk proses meningkatkan uranium. ElBaradei juga melaporkan tidak menjumpai bukti senjata yang diharamkan atau bahan nuklear di dalam siasatan besar-besaran di Iraq menggunakan pengesan radiasi canggih.

"Tiada bukti aktiviti nuklear disambung semula," kata ElBaradei.

Sumber yang biasa dengan siasatan pemalsuan menerangkan bukti palsu sebagai siri surat-surat diantara agen Iraq dan pegawai negara Niger di Afrika. Dokumen-dokumen tersebut telah diberikan kepada pemeriksa PBB oleh Britain dan disiasat dengan rapi oleh penyiasat Amerika. Mereka memalsukan dokumen tersebut telah membuat kesilapan besar yang senang ditemui -- termasuk nama-nama dan jawatan-jawatan yang tidak selari dengan orang yang memegang jawatan tersebut pada masa surat-surat tersebut dikatakan ditulis, kata pegawai-pegawai berkenaan.

"Kita telah ditipu," kata seorang pegawai Amerika yang memeriksa dokumen tersebut.

Seorang jurucakap IAEA berkata agensi tersebut tidak menyalahkan Britain dan Amerika diatas pemalsuan tersebut. Dokumen-dokumen tersebut "dikongsikan kepada kita di atas niat baik," katanya.

Penemuan itu menyusahkan lagu usaha Amerika dan Britain untuk meyakinkan ahli Majlis Keselamatan PBB tentang bahaya senjata pembunuh awam Iraq. Powell, ketika membuat kenyataan kepada Majlis Keselamatan jumaat lalu, menerima penemuan ElBaradei tetapi mengemukan "maklumat baru" yang menunjukkan Iraq terus cuba mendapatkan komponen senjata nuklear.

"Kini kita kena memeriksa secara terperinci tiub-tiub tersebut," seorang pegawaikakan Jabatan Negara berkata, sambil menambah Iraq diharamkan dari membawa masuk komponen sensitif seperti tiub, tidak kita untuk tujuan apa sekali pun.

Presiden Iraq Saddam Hussein meneruskan agenda nuklear di sepanjang tahun 1970an dan 1980an dan melancarkan program segera untuk membina bom pada tahun 1990 selepas Iraq merampas Kuwait. Namun, kemudahan nuklear Iraq telah teruk dimusnahkan oleh pengeboman tentera bersekutu pada tahun 1991, dan simpanan bahan api nuklear dan peralatan nuklear tekah dimusnahkan ketika pemeriksaan PBB selepas perang tersebut.

Walaubagaimanapun, Iraq tidak menyerahkan pelan perancangan senjata nuklear, dan pasukan saintis nuklear dipaksa untuk meninggalkan Iraq pada tahun 1998. Walaupun sekatan antarbangsa bertujuan menyekat Iraq dari mendapatkan komponen senjata, agensi siasatan Barat dan bekas pemeriksa senjata yakin presiden Iraq memulakan semula usahanya untuk membuat bom di akhir 1990an, sambil menyatakan bukti dari cerita orang yang lari dari Iraq dan gambar-gambar satelit yang menunjukkan pembinaan baru di kawasan yang dulunya sebahagian dari kemudahan nuklear Iraq.

Septembar lalu, Amerika dan Britain mengeluarkan laporan-laporan yang menuduh Iraq membaharui pembinaan senjata nuklear. Bagi Britain, Iraq dilaporkan telah "memperolehi sejumlah besar uranium dari Afrika, walaupun tidak mempunyai program nuklear untuk kegunaan awam yang memerlukannya."

Manakala Presiden Bush, ketika berucap kepada Majlis Keselamatan PBB pada Sept 12 berkata Iraq membuat "beberapa usaha untuk membeli tiub-tiub aluminium ketahanan tinggi untuk digunakan dalam proses meningkatkan uranium untuk senjata nuklear."

Kesangsian mengenai kedua-dua tuduhan tersebut mula diperkatakan selepas pemeriksa PBB kembali semula ke Iraq bulan November lalu. Pada awal Disember, IAEA memulakan siasatan rapi untuk keatas tiub-tiub tersebut, dimana Iraq telah mencuba selama dua tahun untuk membeli dalam jumlah ribuan dari China dan sekurang-kurangnya dua negara lain. Tiub aluminium ketahanan tinggi tertentu boleh digunakan untuk membina alat centrifuge yang dapat meningkatkan uranium untuk senjata nuklear dan janakuasa nuklear komersil.

Pada awal January, IAEA telah membuat kesimpulan awal: Tiub berukuran 81mm yang diperolehi Iraq itu "tidak sesuai" untuk digunakan sebagai alat centrifuge, tetapi didapati digunakan untuk roket biasa sahaja, seperti yang dikatakan Iraq. Pentadbiran Bush, setakat ini, masih tetap dengan kedudukan asalnya walaupun menyedari ketidaksetujuan pegawai-pegawai Amerika yang memeriksa semula bukti tersebut.

Ketika ucapan State of the Union pada Jan 28, Bush berkata Iraq telah "cuba untuk membeli tiub aluminium ketahanan tinggi yang sesuai untuk mengeluarkan senjata nuklear."

Bulan lepas, Powell juga menolak kesimpulan IAEA, sambil memberitahu pemimpin-pemimpin PBB bahawa Iraq tentu tidak membeli tiub-tiub tersebut dengan harga tinggi dan pada tahap ketahanan yang tinggi jika ianya bertujuan digunakan untuk roket biasa sahaja. Powell secara spesifik memberitahu Iraq telah memperolehi tiub-tiub yang telah di'anodize' atau diselaputi lapisan nipis - proses yang dikatakan Powell perlu jika tiub-tiub tersebut mahu digunakan untuk centrifuge.

Laporan ElBaradei semalam menafikan pengunaan tiub-tiub tersebut untuk program nuklear. Ketua  IAEA berkata para pemeriksa telah menemui banyak rekod-rekod yang menyokong keterangan Iraq. Dokumen-dokumen itu, termasuklah pelan rancangan, inbois, dan nota mesyuarat, memperincikan usaha selama 14 tahun yang dilalui Iraq untuk membuat roket biasa berukuran 81mm yang mampu berkerja dengan lancar dan tahan karat. Kegagalan yang ditempuhi menyebabkan pegawai-pegawai Iraq menukar piawaian mereka dan menggunakan keluli yang lebih tinggi tahap dan harganya, kata ElBaradei.

Selain itu, siasatan lanjut oleh pasukan pakar centrifuge IAEIA - dua rakyat Amerika, dua rakyat Britain, dan satu rakyat Perancis - menyokong lagi kesimpulan IAEA bahawa tiub-tiub tersebut tidak sesuai untuk dijadikan centrifuge. "Tidak mungkin Iraq boleh mengubah rekabentuknya untuk digunakan dalam program centrifuge," kata ElBaradei.

Beberapa orang pakar bebas dalam peningkatan uranium menyokong kesimpulan IAEA bahawa tiub-tiub tersebut amat tidak sesuai untuk digunakan sebagai centrifuge. Mereka berkata sifat tiub itu yang telah di'anodize'kan sebenarnya hujjah kuat bahawa ianya digunakan untuk roket-roket, bukan untuk centrifuges, berlawanan dengan kenyataan pentadbiran (Bush).

The Institute for Science and International Security, satu badan kajian berpusat di Washington yang pakar di dalam isu nuklear melaporkan semalam bahawa pegawai-pegawai Powell telah pun diberitahu mengenai kesan lapisan 'anodized' sebelum Powell membuat ucapan kepada Majlis Keselamatan bulan lepas. "Walaupun telah diterangkan kepalsuan tuduhan itu, pentadbiran masih bertegas membuat hujjah yang mengelirukan mengenai kepentingan tiub-tiub tersebut," kata presiden badan David Albright di dalam satu laporan.

Jurucakap Powell berkata setiausaha negara telah mendapatkan pandangan ramai pakar-pakar dan berpegang kepada kenyataannya di PBB..

 
© 2003 The Washington Post Company (Hakcipta)
 

 

:: ke MukaDepan