Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

23/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Kapal terbang Britain Mungkin Ditembak Peluru Berpandu
Reuters

Mac 23

KEM AS SAYLIYA, Qatar (Reuters) - Britain berkata pada Ahad lala satu kapal terbang Royal Air Force nampak seperti ditembak oleh satu peluru berpandu A.S. berdekatan sempadan Iraq dan Kuwait, menjadikan kemalangan kapal terbang kepada tiga sejak perang bermula.

"Tragiknya, bukti menunjukkan satu dari kapal terbang kita, yang baru pulang dari operasi di Iraq, telah dipintas dan ditembak peluru berpandu Patriot A.S.," Kapten British Group Al Lockwood berkata.

Lockwood, jurucakap utama di ibupejabat arahan tentera A.S. dan Britain Teluk yang terletak di Qatar, enggan memperincikan mengenai kapalterbang itu atau jumlah krew diatasnya.

Empatbelas askar-askar Britain dan lima askar A.S. terkorban dalam kemalangan helikopter pada dua hari sebelumnya.

Ketika di tanya dalam temuramah dengan Reuters jika kemalangan itu bermakna Britain memulakan kempen ini dengan teruk, Lockwood berkata: "Ianya bukan sesuatu yang kita pilih."

Tetapi beliau menekan tentang pergerakan kapal-kapal terbang yang banyak di kawasan itu.

"Ini, anda kena ingat, satu konflik yang dahsyat.Ini perang, buka latihan. Kita membuat banyak pergerakan kapal terbang dalam masa tiga hari ini. Operasi ini telah berjalan lancar."

Pelancar peluru berpandu Patriot direka untuk menyediakan pertahanan udara dengan menembak apa jua jenis peluru berpandu samada yang terbang tinggi mahupun yang terbang rendah.

Lockwood berkata mungkin satu pasukan penyiasat bersama A.S.-U.K akan ditubuhkan untuk menyiasat apa yang telah berlaku.

Copyright 2003 Reuters News Service. All rights reserved.


:: MukaDepan   :: Berita Dunia