Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: ke MukaDepan

13/03/03


Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke salamku@hotmail.com 


Permainan kuasa di PBB

http://www.csmonitor.com/2003/0312/p01s03-woiq.html 
Dengan negara-negara Afrika tidak begitu menyokong, kemungkinan Amerika dan Britain untuk memenangi undi moral di PBB goyah.

| Staff writer of The Christian Science Monitor
– Apa juga kesudahannya, perbalahan di PBB mengenai apa yang perlu dibuat keatas Iraq telah menyaksikan perdebatan panas yang jarang-jarang muncul di dalam sejarah dunia.

Itu memang biasa di dalam proses demokrasi, dipenuhi dengan kekalutan dan kekecewaan- dengan ucapan-ucapan berapi-api yang membentangkan cara-cara bagaiman dunia patut diutruskan, lobi-melobi di sebalik tabir, panggilan talipon lewat malam di kalangan ketua-ketua negara, dan kompromi dan ketatapan.

Untuk sesetengah orang, perdebatan yang tidak berterusan dan strategi buruk mendapatkan undi membayangkan politik siapa-kuat. Untuk sesetengah yang lain, ia menandakan era kemalapan Majlis Keselamatan yang dianggotai 15 ahli sebagai satu badan pendamai masalah-masalah dunia.

Tetapi sebahagian yang lain, dengan memandang lebih jauh, berkata cara PBB menangani krisis Iraq setakat ini menandakan perkembangan ke arah konsep pengurusan cabaran keselamatan dunia secara berkumpulan. "Inilah tujuan PBB diujudkan," kata Anne-Marie Slaughter, dekan dari Woodrow Wilson School of Public and International Affairs, Princeton University di New Jersey. Dengan debat begini, "PBB menunjukkan ia semakin relevan berbanding sebelum ini."

Bebas dari kekangan pemisahan Timut-Barat akibat perang-dingin dahulu, jika dilihat dari sudut ini, Majlis untuk pertama kali sejak ia ditubuhkan 60 tahun lalu, berusaha untuk membuat tuntutannya keatas negara pengganas. Dan ia cuba melakukannnya melalui keputusan antarabangsa dan mengambilkira pandangan negara ahli yang kecil dan besar.

Debat ini mungkin mengecewakan sebilangan pemimpin dunia dan seperti membazir masa untuk orang ramai. Tetapi kata Dekan Slaughter hakikat bahawa kuasa besar dunia termasuk Amerika masih setia dengannya menunjukkan ianya masih relevan. "Yang perlu dibuat bandingkan sitausi kini dengan tempoh 40 tahun krisis antarabangsa" bermula dengan krisis peluru berpandu Cuba, tambahnya. "PBB langsung tidak terlibat".

Menurut pakar-pakar lain, perdebatan Iraq, walau apa yang diperkatakan, telah pun berjaya menanamkan tindakbalas bersama antarabangsa dalam menangani cabaran keselamatn dunia.

Untuk "pertama kali dalam sejarah, dua negara kuasa dunia - Amerika dan Britain  - mendesak PBB menjalankan tugasnya" menguatkuasakan syarat-syarat kedamaiannya sendiri, kata  John Norton Moore, pengarah pusat Center for National Security Law di the University of Virginia. "Itu menunjukkan perkembagnan. Jika kita tiada [PBB],kita pelu ujudkannya."

Di pejabat presiden White House, bagaimanapun, para pegawai membuat desakan yang lebih kuat keatas Majlis Keselamatan dengan berkata kesilapan yang sama kita buat pada tahun 1990an, apabila ia membuahkan krisis dunia yang teruk seperti Kosovo dan Rwanda.

Berdepan dengan tekanan untuk melewatkan tarik akhir Mac 17 untuk Iraq melupuskan senjata, pegawai-pegawai pentadbiran Bush berkata semalam sebarang lanjutan tarikh akhir yang mengambil beberaoa hari - seperti Mac 21 - tidak akan diterima. Mereka juga mereka Majlis akan dipanggil untuk mengundi ketetapan tersebut minggu ini.

:: ke MukaDepan