Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: ke MukaDepan

14/03/03 


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact salamku@hotmail.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke salamku@hotmail.com 


Itu masalah kamu, kata Perancis
http://www.timesonline.co.uk/article/0,,3-610210,00.html
 

 

PERANCIS berlagak pendirian sebagai pihak yang hebat di depan Anglo-Saxon (yakni Britain - sic) Ia mempamirkan Presiden Chirac sebagai melambangkan pihak yang waras manakala Tony Blair pula menjerumuskan negaranya ke dalam masalah dengan mengikut Amerika secara membuta-tuli.

“Tony Blair perlu menyalahkan dirinya sendiri,” kata Le Figaro semalam. Sambil mengulas mengenai “Kegagalan Blair di Iraq”, ia menambah: “Dalam kegairahan beliau terlibat dalam perang antara kebaikan dan kejahatan, dia lupa bahawa hubungan di antara Eropah dan Amerika tidak boleh hanya sehala.”

Idea Mr Blair untuk memberikan Baghdad kata dua yang mengandungi enam-ujian dianggap sebagai satu cubaan yang sia-sia oleh seorang manusia yang sedang tertekan. "Britain cuba mencari ruang bernafas untuk mereka dan Amerika pula enggan memberikan itu kepada mereka," kata seorang ahli diplomat Perancis.

Salah satu dari ujian tersebut - tuntutan supaya Saddam Hussein mengaku di TV Iraq bahawa dia menyembunyikan senjata pemusnah awam - menimbulkan kekecohan di Kementerian Luar Negara. Tetapi Mr. Chirac berkata dia mahu "mengelakkan masalah", dan dia mengarahkan pasukannya supaya tidak mengusutkan lagi masalah Britain.

Dari kacamata Paris, dilemma Britain hanya satu masalah sampingan, walaupun ianya agak teruk. Pertelingkahan sebenar ialah diantara dua negara besar dan dua pandangan dunia - Perancis dan Amerika.

Di sebelah pihak ialah “Pahlawan keamanan" (M Chirac), bersama rakan karibnya, Dominique de Villepin yang hebat, Menteri Luar.Di sebelah pihak satu lagi ialah koboi taksub Presiden yang dibantu  “Dr Follamour” (Dr Strangelove - cinta pelik -sic), nama samaran yang Perancis berikan kepada Donald Rumsfeld, Setiausaha Pertahanan Amerika.

Walaupun perbalahan telah bertukar menjadi peribadi diantara Messrs Blair dan Chirac dan diantara Messrs Straw dan de Villepin, sekurang-kurangnya mereka mengenali antara satu sama lain dan berkongsi budaya dan bahasa yang lebih kurang sama. “Dengan Amerika, ianya satu dialog bisu yang benar-benar berbeza,” kata seorang diplomat. Perancis yakin bahawa walaupun Amerika akan memenangi perang, ia telah meletakkan negaranya sebagai satu juara pilihan untuk susunan dunia selain dominasi Amerika. Keujudan usaha memperkecil-kecilkan Perancis di Amerika dan Britain meyakinkan lagi Perancis bahawa ia telah memenangi debat ini.

Tindakbalas kepada tindakan Britain di UN mempamirkan kekesalan dan schadenfreude di Paris mengenai Mr Blair. Le Monde berkata Perdana Menteri itu "telah dilayan dengan kasar oleh kawannya Amerika, yang enggan memberikan peluang untuknya memberikan cadangan yang bernas”. Le Figaro pula berkata dia "terjerat di dalam sangkar" tanpa ada jalan keluar. Ia juga memuji “la fougue” — semangat berlawan penuh bergaya - Perdana Menteri itu di saat-saar getir.

Suasana berbeza di seberang-Channel dipamirkan oleh imej releks dan gembira M Chirac, kemasyhurannya berada di tahap tertinggi, disamping imej sedih “Tony Blair yang malang”, gelaran le Monde kepadanya. Turut menambahkan semangat Perancis ialah berita semalam bahawa bayi-bayi di dunia Arab diberikan nama  “Chirac”, sebagai penghormatan kepada “Presiden pahlawan-keamanan” itu. Pada tahun 1900, mereka mengguna nama Saddam, dan terbaru ialah nama Osama.

Pemimpin-pemimpin Perancis tidak mampu merahsiakan rasa puashati mereka apabila menyaksikan Mr Blair bertukar menjadi ranting tumpul selepas bertahun-tahun menjadi duri dalam daging Perancis dan sering belagak sebagai pemimpin Eropah. M Chirac percaya krisis ini memberi iktibar kepada Kesatuan Eropah (EU) bahwa mereka perlu berpendirian sendiri dengan Paris dan Berlin sebagai pusatnya.

Malahan segelintir orang Perancis yang risau M Chirac telah bertindak keterlaluan juga percaya dia telah berjaya mengajar keangkuhan Britain yang didakwa terdedah apabila pasukan Mr. Blair memberitahu media Britain sebelum summit di le Touquet bulan lalu bahawa Presiden Perancis akan menyertai pihak Amerika-Britain "selepas sedikit pujukan".

 

:: ke MukaDepan