Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

18/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@alamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Perancis Kutuk Amerika dan Sekutu

http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/articles/A41355-2003Mar17.html
Menteri memberi amaran mengenai kesan-kesannya

 


Foreign Minister Dominique de Villepin mengeluarkan kenyataan yang mengulangi pendirian Perancis bahawa penaklukan Iraq tidak ada alasan. (Jacques Brinon -- AP)

Oleh Robert J. McCartney
Washington Post Foreign Service
Selasa, Mac 18, 2003

PARIS, Mac 17 -- Menteri Luar Perancis Dominique de Villepin mengutuk Amerika, Britain, dan Sepanyol hari ini kerana merancang menyerang Iraq, sambil berkata konflik dengan cara begitu tidak selari dengan pendapat dunia dan berisiko menimbulkan "kesan serius" kepada Asia Tengah dan dunia.

De Villepin mengeluarkan kenyataan jeras petang ini, sejam sebelum Presiden Bush dijadualkan memberi ucapan TV untuk menjelaskan isu Iraq. Menteri itu mengulangi pendirian Peranci bahawa perang ini tidak mempunyai alasan kuku kini kerana pemeriksaan senjata PBB amat berkesan dalam melupuskan senjata Saddam Hussein.

"Majoriti besar" anggota-anggota Majlis Keselamatan menyokong pendirian Perancis, kata de Villepin. Amerika, Britain dan Sepanyol memilih kekerasan "membelakangi kehendak masyarakat antarabangsa," katanya.

"Perancis kecewa dengan keputusan yang tidak ada alasan kukuh pada saat ini dan berisiko menimbulkan kesan serius kepada kawasan (Asia Tengah-pent) dan dunia," kata de Villepin.

Kenyataan itu mempamirkan kesungguhan Perancis mempertahankan dirinya daripada kritikan-kritikan Amerika dan Britain mengenai ugutan menggunakan vetonya di Majlis Keselamatan. Pengulas-pengulas Perancis berkata Paris telah dipilih secara tidak adil sebagai sasaran kritikan.

"Saya berpendapat agak tidak adil untuk menyalahkan Perancis," kata Guillaume Parmentier, pengarah the French Center on the United States di the French Institute for International Relations. "Perancis memainkan peranannya, tetapi saya rasa pentadbiran Amerika tidak menunjukkan kewibawaan dalam mendapatkan sokongan kepada pandangannya."

Parmentier berkata White House cepat untuk menolak kompromi yang dicadangkan Chile, dan telah menakutkan banyak negara oleh sebab tentangannya kepada Perjanjian Kyoto dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa.

Stephane Rozes, pengarah institut undian CSA berkata tidak masuk akal melihat Perancis "berada terkehadapan" dalam kritikan disebabkan pendiriannya mengenai Iraq, memandangkan kajian pendapat menunjukkan bantahan di Perancis tidaklah lebih kuat dari bantahan di Eropah secara purata.

Dalam suasana diplomasi yang tidak tentu, Perancis nampak memperkukuhkan pendiriannya sehari selepas President Jacques Chirac menawarkan kompromi saat-saat akhir semalam. Dalam satu temuramah dengan CBS dan CNN Ahad lalau, Chirac berkata Perancis bersedia memendekkan tarikh akhir untuk pemeriksaan senjata PBB sehingga hanya sebulan, berbanding dengan empat bulan sebelum ini, jika dipersetujui para pemeriksa.

Amerika terus menolak idea tersebut. Pada hari yang sama, di sidang puncak di Azores, President Bush, PM Britain Tony Blair dan PM Sepanyol  Jose Maria Aznar meletakkan tarikh akhir untuk Majlis Keselamatan meluluskan ketetapan yang membenarkan kegunaan kekerasan. Hakikatnya mereka memberikan Perancis peluang terakhir untuk menarik balik ugutan vetonya.

Hari ini, de Villepin melenyapkan apa jua harapan yang ada di kalangan ahli-ahli sidang puncak itu. Dalam satu wawancara waktu pagi, beliau berkatra, "Perancis tidak dapat menerima sebarang ketetapan yang meletakkan kata dua dan membayangkan kegunaan kekerasan."

Dalam perbalahan diplomatik dengan Amerika, de Villepin memperli Bush dengan jenaka pemain terup yang dia gunakan di sidang puncak Azores. Bush telah berkata ugutan veto Perancis bermakna ia telah "menunjukkan kadanya."

De Villepin, bercakap dalam Bahasa Inggeris berkata, "Saya berpendapat kenyataan itu mengecewakan," Reuters melaporkan. "Saya tidak fikir kita boleh bandingkan perang dengan apa jua permainan. Ia bukan satu permainan," kata de Villepin.

2003 The Washington Post Company

:: MukaDepan   :: Berita Dunia