Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: ke MukaDepan

 

Mac 17: Tarikh Akhir Untuk Perang
Oleh Toby Harnden di Washington dan Anton La Guardia, Diplomatic Editor
Berita asal di: http://www.telegraph.co.uk/news/main.jhtml?xml=/news/2003/03/08/wirq08.xml

 

Britain dan Amerika telah hilang sabar dengan Iraq malam semalam dan memberikan kata dua kepada Saddam Hussein sehingga Mac 17 untuk melupuskan senjata atau berdepan dengan perang.

 

Sambil tidak mempedulikan permintaan ketua pemeriksa senjata PBB supaya memberi mereka beberapa bulan lagi, Washington dan London memberi petanda penyelesaian secara diplomatik sudah menemui jalan buntu. Mereka meminta undian diadakan Selasa ini untuk mengeluarkan ketetapan yang membenarkan perang.

 

Perancis menolak inisiatif Britain yang disokong Amerika dan Sepanyol. Ini membuka jalan kepada pertembungan diplomatik terakhir.

 

Walaubagaimanapun, Dominique de Villepin, menteri luar Perancis, sekali lagi tidak menyatakan samada dia akan menggunakan kuasa vetonya.

 

Jack Straw, setiausaha luar, mengumumkan pemeriksa senjata PBB telah gagal dalam misi mereka. "Apa yang kita perlukan," kata beliau kepada para delegasi, "ialah keputusan muktamad dan strategik oleh Iraq untuk melupuskan senjata, untuk akur kepada para pemeriksa senjata".

 

Encik Straw mengedarkan draf ketetapan yang memberi kata dua yang dilihat sebagai cubaan mendapatkan sembilan undi yang diperlukan untuk meluluskan mana-mana ketetapan Majlis Keselamatn PBB.

 

Pindaan draf ketetapan itu menyebut: : "Iraq akan didapati gagal menggunakan peluang terakhir yang disediakan ketetapan 1441 melainkan pada atau sebelum Mac 17 2003, Majlis memutuskan Iraq telah menunjukkan kerjasama penuh, segera dan tanpa syarat kepada tanggungjawab melupuskan senjatanya."

 

Undian dijangka minggu depan, dimana para ahli diplomat Britain dan Amerika membayangkan tarikh akhir pada Jumaat ini. Ini memberikan Saddam 72 jam untuk melupuskan senjata seperti dilaporkan akhbar The Telegraph semalam.

 

Colin Powell, setiausaha negara Amerika, menyokong Mr. Straw. Kata beliau: "Tiada siapa yang mahukan perang tetapi jelas sedikit perkembangan yang kita lihat, perubahan yang kita lihat, perubahan besar yang kita lihat ialah keujudan bala tentera yang besar.

 

"Sekarang masanya untuk Majlis memberitahu Saddam bahawa masa jam tidak berhenti oleh strategi dan helah beliau"

 

Hanya kesediaan menggunakan kekerasan jika Iraq tidak memenuhi permintaan PBB dalam masa 10 hari. Mr. Straw dan Mr. Powell menegaskan, yang mampu memulihkan kredibiliti PBB dan memaksa Saddam untuk bertanggungjawab.

 

Russia, Jerman dan China secara jelas membantah perang dan meminta para pemeriksa diberikan lebih banyak masa.

 

Usaha Britain dan Amerika untuk mendapatkan  ketetapan baru Majlis Keselamatan dirumitkan lagi oleh laporan dari Hans BVlix, ketua pemeriksa, dimana beliau berkata Iraq telah "lebih aktif dalam bertindak dan mencadangkan tindakan" untuk membantu pasukannya.

 

Katanya pelupusan senjata peluru berpandu Al-Samoud 2 adalah penting. Iannya menandakan "keputusan besar untuk melupuskan senjata, malahan yang pertama seumpamanya sejak pertengahan tahun 1990an. Kita bukannya menyaksikan pemusnahan lidi pencukil gigi. Senjata berbahaya yang dimusnahkan."

 

Dalam rayuan supata para pemeriksanya diberikan lebih banyak masa, beliau menyimpulkan: "Ia tidak akan mengambil masa bertahun-tahun, bukan juga beberapa minggu, tetapi beberapa bulan."

 

Laporan Blix ini digunakan by M de Villepin sebagai alasan untuk meneruskan pemeriksaan senjata. "KIta tidak boleh menerima kata dua selagi mana para pemeriksa melaporkan perkembangan baik. Kata dua bererti perang.

 

"Perancis tidak akan membenarkan ketetapan yang membenarkan pengunaan kekerasan diluluskan"

 

Disebabkan terlalu kecewa, Mr Powell menjawab Mr Blix. "Saya tahu itu buka lidi-lidi pencungkil gigi, tetapi peluru berpandu. tetapi masalahnya kita tidak tahu berapa banyak peluru berpandu, berapa banyak lidi".

 

Sambil tidak mempedulikan tradisi PBB, Mr Straw memanggilkan nama M de Villepin menggunakan nama pertama. "Dominique berkata pilihan yang kita ada ialah pelupusan senjata secara aman atau secara kekerasan.

 

"Dominique, itu pilihan yang salah. Saya juga berharap iannya semudah itu supaya kita tidak perlu berbincang disini. Kita hanya perlu mengangkat tangan dan mengundi untuk melupuskan senjata secara aman dan balik ke rumah."

 

Sambil menyalahi protokol, beberapa orang delegasi dan pemerhati menepuk tangan untuk Mr. Straw.

 

:: ke MukaDepan