Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia


: : 06/04/03  : : Terjemahan: Muzammil Haji Daud


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


 
Perang yang menakutkan untuk dikenang
http://www.guardian.co.uk/Iraq/Story/0,2763,930812,00.html
Kita berdepan dengan kurun yang akan dipenuhi keganasan melainkan kita belajar dari konflik ini
sedang disemak.....)
Neal Ascherson
Sunday April 6, 2003
The Observer


Bunyi-bunyi bedilan kedengaran membelah malam di bandaraya yang sedang kegelapan. Namun, di pintu masuk Baghdad, tentera Amerika enggan meneruskan kemaraan. Mereka boleh memperjudikan nasib bahawa semuanya hampir tamat, bahawa kereta-kereta kebal boleh meluncur laju dan sampai di pusat bandaraya dalam masa 20 minit. Atau mereka boleh nampak jalan-jalan itu sebagai perangkap, yang menanti untuk meledakkan letupannya di akhir berminggu-minggu pertempuran. Atau mereka boleh melakukan apa yang dibuat tentera Britain di Basra: bersedia dan memeriksa, memeriksa lagi, dan memeriksa lebih terperinci lagi.

Dana apabila mereka akhirnya berdiri di tebing sungai Tigris, di tengah-tengah Baghdad, apakah yang akan berakhir? Walaupun dipancung kepala, rejim-ular tedung ini akan mengambil masa untuk mati. Saddam tidak akan menyerah kalah, jika dia masih hidup. Tembak curi dan serangan berani mati mungkin akan diteruskan. Mungkin pejuang-pejuang yang mempertahankan beberapa bandar - termasuk di Basra - akan meneruskan pertempuran. Terlalu mudah untuk berkata perang akan  berakhir apabila ibu negara dapat ditawan. Apa yang lebih utama ialah bagaimana perang ini akan dikenang.

Penduduk Iraq akan mengenangnya dengan rasa aib. Jika pihak Amerika dan Britian bernasib baik - lebih baik dari apa yang mereka patut terima - penduduk Iraq akan mengenang perang ini sebagai kemusnahan terakhir yang dibawa Saddam Hussein keatas negara mereka. Kemungkinan besar, walaupun mereka gembira untuk menjatuhkan rejimnya [Saddam], mereka akan menganggap penaklukan ini sebagai tindakan pengganas yang tidak diundang yang mana hanya ketamakan - 'mereka mahukan minyak kita' - munasabah dijadikan alasannya. Hanya jika berubah kepada kemerdekaan sejati, bebas untuk mengawal pengeluaran minyaknya dan boleh menyokong perjuangan Palestin dalam polisi luarnya, baharulah keaiban itu akan mulai berkurangan.

Dunia Arab dan seluruh kawasan itu akan mengenang perang ini dengan rasa marah dan ketakuan. Kempen perang Kuwair 1991 sekurang-kurangnya menyelamatkan sebuah negara Arab. Perang kali ini pula dirasai seperti Perang Agama pertama dalam beberapa siri penaklukan negara barat ke atas dunia Islam. Siapakah sasaran 'pembebasan' seterusnya - Iran, Syria? Di Asia Tengah, mereka mengandaikan Iraq yang 'dibina semula' akan menjadi samada sebuah tanah jajahan Amerika atau sebuah tanah dibawah kawalan PBB dan dibawah pengaruh Bank Dunia. Kedua-duanya bermakna ia akan dipenuhi tentera asing untuk masa yang lama.

Penduduk Palestin akan mengingati kejatuhan Saddam sebagai permulaan kepada pengasingan mereka. Mereka sedar pentadbiran Saddam dipenuhi ketakutan, tetapi mereka kehilangan satu-satunya sahabat luar yang berkesan. Kini mereka bersendirian menghadapi Israel dan AS. Kerajaan Ariel Sharon berharap pemencilan itu akan menakutkan penduduk Palestin. Akan tetapi rekod yang ada menunjukkan sebaliknya. Pihak Palestin telah mengutuk 'peta jalan damai' yang ditaja Bush/Blair sebelum mereka membacanya. Mereka mengandaikan ia ialah satu pelan jalan sehala yang akan membawa mereka ke padang pasir, dan mereka mungkin betul.

Yang lebih penting untuk dunia ialah bagaimana Amerika mengingati perang ini. Halatuju kurun ke-21, yang mengandungi keseluruhan nyawa-nyawa anak-anak kita, bergantung kepadanya. Jika ia dilihat sebagai satu kejayaan, sebagai kemenangan yang memusnahkan semua kritikan-kritikan terhadap perang yang tidak terurus dan tidak memperdulikan pandangan dunia, maka satu kumpulan kecil 'neo-con' (puak konservatif baru) yang pada hakikatnya telah mengambil alih kawalan kepada polisi AS melalui Pentagon akan disahkan sebagai berkuasa. Lambat-laun, mereka akan meneruskan program mereka yang mendorongkan serangan sebelum-di-serang ('pre-empti strike') keatas rejim yang diandaikan memberi ancaman dan menyerang negara lain. Jika ini berlaku, kita memasuki kurun yang dipenuhi keganasan dan keganasan balas yang tidak boleh dijangkakan.

Kemungkinan lain ialah pendapat penduduk Amerika - orang awam dan penggubal dasar - kekal bangga dengan kemenangan askar-askar mereka tetapi bersikap hati-hati terhadap pemimpin yang menghantar mereka ke medan perang. Adalah sukar untuk mengingati perang yang dimenangi sebagai satu kesilapan. Lebih-lebih lagi, Britain mengambil masa sekurun untuk mengesaki ianya satu kesilapan untuk terlibat dalam Perang Boer War dan mungkin juga Perang Dunia Pertama. Walaubagaimanapun, citarasa pelik pentadbiran Bush - iaitu kata dua melampau 'bersama-kami-atau-melawan-kami' , tentangan dalaman yang kuat, dan kombinasi antara usaha dakwah dan kontrak pertahanan yang boleh dipersoalkan dan akhir sekali kekasarannya terhadap perbezaan pendapat dan pandangan negara luar - semuanya membayangkan ia tidak akan kekal lama dalam keadaan begitu. 'Dubya' (?) mungkin akan memenangi penggal keduanya dalam pilihanraya 2004 nanti, tetapi tarikan kumpulan sederhana akan mulai bertindak sebelum itu. 

Kita semua tersalah faham mengenai tempoh sejak 20 tahun lalu iaitu tempoh peralihan dari Perang Dingin kepada 'susunan dunia baru yang kalut'. AS betul-betul menguasai dunia ketika masa itu, bukan kini. Ketuanan Amerika di seluruh dunia tidak dicabar sebelum kejatuhan empayar Soviet. Tetapi kini pihak yang telah terlibat dalam Perang Dingin telah pupus. Amerika berhadapan pula dengan dunia yang kalut dan tidak terkawal, sambil terlibat dalam satu demi satu cabaran. Kuasa tentera AS amat besar dan sedang membesar. Namun, tujuan politik yang menjadikannnya berkesan telah tiada lagi. Sebelum tahun 1989, tugas Amerika di dunia amat jelas: mengawal dan mengurangkan pengaruh komunis di dunia. Hari ini, kuasa besar yang tunggal ini berdiri dalam keadaan keliru, tidak pasti bagaimana ingin menggunakan kekuatannya, dikutuk oleh lelaki-lelaki yang hanya membawa pemotong kotak, penembak curi dan berpuluh-puluh ribu penunjuk perasaan muda.

Inilah sebabnya bagaimana 'Projek untuk Kurun Amerika Baru' (Project for a New American Century) dicetuskan. Program konservatif baru ini, yang dicetuskan ketika pentadbiran Clinton oleh sekumpulan pemimpin termausk Rumsfeld, Wolfovitz dan lain-lain lagi yang kini menasihati Bush, sekurang-kurangnya cuba mengujudkan penguasaan tentera amerika dengan sasaran politik yang jelas untuk menggantkan anti-komunis. Masalahnya, Projek itu, yang digambarkan oleh doktrin barui yang mendorongkan perang-sebelum-diserang terhadap negara-negara yang diandaikan memberi ancamnan terhadap keselamatan Amerika, tidak boleh dilaksanakan dalam dunia di kurun ke-21 ini. 

Ia mempunyai terlalu ramai pembantah. Pihak Eropah dan PBB akan cuba menghalangnya dengan apa jua cara diplomatik. Manakalan yang lain akan menentangnya dengan senjata, bom, dan serangan gerila. Projek itu hanya menawarkan pertumpahan darah, kevencian, dan kekalutan antarabangsa. 'Empayar' Amerika, yang telah sekian lama berjasa sehingga kini, sedang menghadapi zama kejatuhannya. Di seluruh dunia - walaupun ia tiada sebarang idea bagaimana mahu menggantikannya - perlu mengawal kejatuhan itu dan menghalang Empayar itu dari meneruskan pembunuhan untuk beratus-ratus tahun.

Bagaimana pula Britain akan mengenang perang ini? Dengan kekaburan sebagaimana kekaburan yang dialami kerajaan kita yang mengikuti Presiden Bush menuju ke Baghdad. Tiada siapa akan mempercayai perkiraan Tony Blair lagi. Beliau memperjudikan nasibnya bahawa beliau boleh mengawal Bush, dan dia gagal. Tiada sesiapa pun sehingga kini memahami bagaimana orang yang baik ini mampu melakukan kesilapan sebegitu, malahan bagaimana beliau teramat komited terhadapnya. Kemusnahan yang beliau bawa amat dahsyat. Orang awam menjadi takut, Parti Labour berpecah-belah dan patah semangat, dan kemungkinan untuk pungutan suara di seluruh Eropah telah musnah. Kedudukan Britain sebagai orang tengah di anatara Eropah dan AS - untuk seketika telah dicemari.

Pihak polisi-pertahana London terus mengeluarkan pendapat mengenai 'kuasa kecil' Britain dalam hal-ehwal dunia. Kemana ianya akan membawa kita, bila pula dunia menjadi begitu berkuasa? Masa ini sepatutnya dijadikan masa untuk berfikir semula, tanpa rasa takut, hubungan kita dengan AS, terutama mengenai penggantungannya dari segi senjata nuklear. Hubungan ini telah mengecewakan Britain. Eropah, walaubagaimanapun, masih disitu dn hanya menunggu komitmen terakhir Britain.

Adakah negara ini akan mengambil peluang itu? Atau adakah kita - dalam kekaburan yang biasa - Will this country take the chance? mengikuti Ameika menuju ke jalan terakhir di Baghdad: unuk memenangi perang, dan kalah dalam keamanan.

 


:: MukaDepan   :: Berita Dunia