Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia


: : 05/04/03  : : Terjemahan: Muzammil Haji Daud


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Bekas pengarah CIA: A.S. hadapi 'Perang Dunia ke-4'

http://www.cnn.com/2003/US/04/03/sprj.irq.woolsey.world.war/index.html

Dari Charles Feldman dan Stan Wilson
CNN

Khamis, April 3, 2003

image
Bekas Pengarah CIA  James Woolsey 

LOS ANGELES, California (CNN) -- Bekas CIA Pengarah  James Woolsey berkata Rabu lalu bahawa A.S. kini menghadapi Perang Dunia ke-4, dan ia akan berlanjutan untuk bertahun-tahun.

Ketika berucap di hadapan sekumpulan pelajar-pelajar kolej, Woolsey menganggap perang dingin dahulu sebagai perang dunia ke-3 dan "Perang dunia ke-4 ini, saya fikir, akan berlanjutan lebih lama dari perang dunia pertama atau perang dunia ke-2. Harapnya tidak sampai sehingga lebih 40 tahun seperti yang dilalui ketika Perang Dingin."

Woolsey dinamakan dalam laporan-laporan akhbar sebagai calon yang mungkin akan memegang jawatan penting dalam pembangunan semula Iraq selepas perang.

Kata beliau perang baru ini sebenarnya terhadap tiga musuh: pemimpin-peimimpin agama Iran, pemimpin fascis di Iraq dan Syria, dan pelampau Islam seperti al Qaeda.

Woolsey berkata di hadapan 300 orang hadirin, yang kebanyakannya pelajar-pelajar dari University of California at Los Angeles, bahawa ketiga-tiga musuh ini telah melancarkan perang terhadap A.S. sejak beberapa tahun lalu tetapi A.S. "akhirnya menyedarinya."

"Ketika kita berusaha mengujudkan Asia Tengah baru," kata Woolsey, "untuk tahun-tahun akan datang, saya fikir, untuk dekad-dekad mendatang...kita akan menyebabkan ramai orang amat gelisah."

Mereka gelisah disebabkan sokongan Amerika kepada gerakan demokrasi di seluruh Asia Tengah, katanya.

"Jawapan kita sepatutnya 'bagus!'", kata Woolsey.

Sambil mengambil contoh Presiden Mesir  Hosni Mubarak dan pemimpin-pemimpin Arab Saudi, katanya, "Kami mahu kamu gelisah. Kami mahu kamu menyedari kini, untuk kali ke empat dalam seratus tahun, negara ini dan sekutu-sekutunya kini sedang mara dan kita bersama pihak yang kamu -- Mubarak, keluarga diraja Saudi -- paling takuti: Kami di pihak rakyat kamu."

Woolsey, yang memegang jawatan pengarah CIA dibawah Presiden Bill Clinton, menyertai program "teach-in" di UCLA, iaitu siri-siri forum seumpama itu di universiti-universiti di seluruh negara.

Sebuah kumpulan yang menamakan diri mereka  "Americans for Victory Over Terrorism" menaja program 'teach-ins', dan kumpulan  Bruin Republicans, pertubuhan parti Republikan di kampus UCLA, bersama-sama menaja program malam Rabu itu.

Kumpulan itu diasaskan oleh bekas Setiausaha Pendidikan William Bennett, yang mengambil bahagian dalam program malam Rabu itu bersama-sama Paul Bremer, duta A.S. dalam pentadbiran Reagan dan bekas pengerusi Suruhanjaya Kebangsaan mengenai Keganasan.

 

 


:: MukaDepan   :: Berita Dunia