Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia


: : 30/03/03  : : Terjemahan: Muzammil Haji Daud


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


 
Mac 29, 2003

A.S. alih perhatian kepada Syria dan Iran
oleh
http://www.timesonline.co.uk/article/0,,5944-627288,00.html
  • Rumsfield menuduh Damascus mengenai bekalan senjata
  • Dunia Arab marahkan 50 korban awam
 
Seorang Marin Amerika sedang berkawal di sebuah padang pasir di selatan Iraq semalam. Gambar: Itsuo Inouye
Perang di Iraq dikhuatiri akan merebak ke negara-negara jirannya semalam apabila Washington memberi amaran agar Syria dan Iran tidak campurtangan dalam perang ini.

Donald Rumsfeld, Setiausaha Pertahanan A.S. menuduh Syria membekalkan senjata kepada Presiden Saddam Hussein. Katanya penghantaran-penghantaran itu, termasuk teropong kegunaan malam, adalah ancaman terus terhadap tentera A.S. dan Britain dan dia menambah Washington akan menanggap Damaskus dipertanggungjawabkan dengan "tindakan mengancam" jika penghantaran- penghantaran itu diteruskan. 

Mr Rumsfeld berkata kemasukan bekalan ketenteraan, peralatan, dan manusia melalui sempadan Syria "banyak menyukarkan keadaan kita". Ditanya jika dia mengugut Damaskus dengan tindakan ketenteraan, dia menjawab: "Saya katakan apa yang saya patut ucapkan. Ianya diucapkan secara hati-hati.”

Mr Rumsfeld juga berkata beratus-ratus tentera revolusi dari kumpulan Badr Corps, yang dilatih, dilengkapkan, dan dibawah arahan Pengawal Revolusi Republik Islam Iran, sedang beroperasi di Iraq. Katanya, tentera Amerika terpaksa melayan mereka sebagai "tentera" musuh dan kerajaan Iran akan dipertanggungjawabkan diatas tindakan-tindakan mereka.

Ancaman mengejut itu menyebabkan perang ini boleh menjadi tidak terkawal dengan pantas dan secara mengejut. Pendapat penduduk Arab diparahkan lagi dengan laporan kematian 50 orang malam semalam ketika serangan udara yang mengena sebuah pasar di kawasan penduduk awam di sekitar Shula, Baghdad.

Awal hari ini, letupan kuat mengegarkan pusat bandar Kuwait City. Letupan itu memusnahkan sebuah pusat membeli-belah di tepi laut dan panggung wayang di kawasan Souk Sharq yang berprestij berdekatan parlimen Kuwait.

Penganalisa tentera A.S. berkata peluru berpandu itu mungkin jenis Silkworm buatan China yang biasanya digunakan untuk menembak kapal laut. Pemerhati menerangkan peluru itu melayang di paras rendah - Silkworm direka untuk terbang rendah bagi mengelakkan dari di kesan sistem radar.

Semalam komander kanan tentera Britain memberi amaran kepada Tony Blair bahawa tentera Britain sudah pun dipergunakan melebehi hadnya; komitmen angkatan tentera yang besar ke Iraq "tidak sesuai untuk tempoh yang panjang". Kenyataan Jeneral Sir Mike Jackson itu menyusul selepas pengakuan komander darat A.S. di Teluk bahawa bekalan yang lambat dan ketahanan musuh yang memeranjatkan bermakna perang akan memakan masa lebih panjang dari yang dijangkakan.

“Musuh yang kita hadapi ini berlainan dari yang kita hadapi dalam permainan perang,” Lieutenant-Jeneral William Wallace berkata. A.S. sedang menambah penghantaran 120,000 asakar lagi, yang akan menggandakan kekuatan tentera A.S. di Iraq.

Syria menafikan tuduhan A.S.. Satu kenyataan dari Kementerian Luar Syria berkata: “Apa yang disebut Donald Rumsfeld mengenai penghantaran peralatan dari Syria ke Iraq itu hanyalah helah untuk menutup perbuatan tentera mereka terhadap orang awam Iraq.”

Amaran Mr Rumsfeld keluar selepas Syria mengukuhkan bantahannya terhadap perang minggu ini. Presiden Bashar Assad dari Syria secara terbuka menyuarakan harapannya agar Washington akan gagal dalam misinya menjatuhkan rejim Iraq. Dalam satu temubual yang disiarkan pada hari Khamis dalam akhbar harian Lubnan Al-Safir, Mr Assad membayangkan jika A.S. dan Britain menakluki Iraq, mereka akan menghadapi "tentangan rakyat" yang menyebabkan mereka gagal mengawalnya.

Beliau menjangkakan tentera A.S. terpaksa menanggung kesukaran di Iraq seperti yang mereka alami di Vietnam, atau dipaksa meninggalkan negara itu seperti yang mereka lakukan di Lubnan pada tahun 1980an, yang kini dibawah pengaruh Syria.

Ucapannya disiarkan pada hari yang sama dimana mufti negara itu menggesa serangan berani mati terhadap tentera A.S.. Seruan oleh Sheikh Ahmad Kaftaro tidak mungkin dibuat tanpa kelulusan kerajaan Assad.

Syria ialah satu-satunya negara Arab yang menganggotai Majlis Keselamatan PBB. Walaupun ia menyokong Ketetapan 1441, yang membawa kepada penyambungan pemeriksaan senjata, ia membantah perang dengan keras.

“Amerika mahu mengubah kawasan ini menurut citarasanya sendiri,” kata Mr Assad, sambil mengulangi kritikan Damaskus bahawa A.S. bertindak untuk kepentingan Israel.

Ancaman Mr Rumsfeld disebut tanpa ditanya terlebih dahulu di akhir ucapan pembukaannya ketika memberi taklimat sidang akhbar harian di Pentagon. Sambil merujuk kepada perisikan A.S., kata beliau: "Kita ada maklumat bahawa penghantaran bekalan ketenteraan telah menyeberangi sempadan Syria ke Iraq, termasuk teropong kegunaan malam. Penghantaran ini memberi ancaman terus terhadap nyawa tentera bersekutu. Kita anggap penghantaran ini sebagai tindakan yang mengancam kita dan kerajaan Syria perlu bertanggungjawab.”

Sambil mengalih perhatian kepada Iran, Mr Rumsfeld berkata sebarang pasukan tentera, para perisik atau wakil-wakil mereka yang berada di Iraq dan tidak dibawah kawalan Jeneral Tommy Franks, komander tentera A.S. di Teluk, akan dianggap sebagai boleh mengancam tentera bersekutu.

Pembantu Mr Rumsfeld di Pentagon, Paul Wolfowitz, menjadi anggota pentadbiran Bush yang pertama mengaku A.S. gagal menjangkakan kesediaan Saddam menyerang balas.

Mr Wolfowitz, salah seorang dari para perancang perang, berkata: "Kita mungkin telah memperkecikan kesediaan rejim ini untuk melakukan jenayah perang. Saya tidak terfikir kita menjangkakan ramai orang yang berpura-pura menyerah diri dan kemudiannya menembak semula. Saya tidak fikir kita menjangkakan jumlah skuad pembunuh yang ada di Basra."

Satu perempat dari Tentera Britain kini berada di Iraq dan Jeneral Jackson mengesahkan memang ada rancangan kecemasan untuk menghantar pasukan bantuan bagi menggantikan pasukan yang keletihan jika perlu. Separuh dari Tentera mereka kini menganggotai pelbagai operasi di seluruh dunia dan lebih kurang 19,000 lagi ditugaskan bersedia ('standby') sebagai pasukan bomba di Britain.

Laporan lebih ramai kematian orang awam di Iraq semalam, hari berdoa, tiba semasa jet-jet pejuang tentera bersekutu melancarkan pengeboman hari kedua berturut-turut keatas Baghdad. Kebanyakan letupan-letupan nerlaku di sebelah selatan yang jelas ditujukan terhadap unit-unit Pengawal Republik, tetapi Shula berada di barat daya bandaraya itu. Osama Sakhari, seorang doktor, berkata dia telah menghitung sejumlah 55 orang telah terkorban.

Gambar-gambar orang yang cedera ditayangkan oleh al-Jazeera, sebuah siaran berpusat di Qatar, dan al-Arabiya, yang berpusat di Dubai. Kedua-duanya juga menayangkan gambar-gambar orang awam Iraq bersumpah untuk membalas dendam.

 


:: MukaDepan   :: Berita Dunia