Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

27/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


  Perang Mungkin Berbulan-bulan, kata para pegawai
http://www.washingtonpost.com/wp-dyn/articles/A33955-2003Mar26.html

Askadr-askar dari 3rd Infantry Division mengalami ribut pasir 100 batu dari Baghdad. Sumber-sumber tentera berkata mereka sedang kekurangan bekalan air. (John Moore -- AP)

oleh Thomas E. Ricks
Penulis Staff Washington Post
Khamis, Mac 27, 2003

Walaupun pasukan Tentera Darat dan Marin sedang mara mengharungi Iraq sejak seminggu lalu, beberapa orang pegawai kanan tentera A.S. kini percaya perang akan berlanjutan untuk berbulan-bulan dan akan memerlukan pasukan yang lebih besar dari apa yang sudah ada disana dan di Kuwait, kata pegawai pertahanan semalam.

Gabungan cuaca buruk, bekalan yang jauh dan tidak selamat, dan musuh yang tidak mahu mengalah yang dihadapi tentera A.S. menyebabkan jeneral-jeneral utama A.S. mengkaji semula jangkaan dan jadual secara besar-besaran. Ada dari mereka yang menjangkakan perang yang amat panjang yang akan memerlukan lebih ramai tentera A.S.. Samada di medan perang atau di bilik mesyuarat, komander tentera menyebut semalam mengenai perang yang lebih panjang dan sukar dari jangkaan seminggu lalu, kata pegawai itu.

"Beritahu saya bagaimana semua ini berakhir," kata seorang pegawai kanan semalam.

Pada masa beberapa perancang tertinggi mahu kemaraan ke utara diteruskan, ramai komander Tentera Darat percaya pemberhentian sementara operasi tentera darat mulai semalam adalah suatu yang penting. Sebuah kumpulan yang kecil bertaburan sepanjang 300 batu, dan banyak dari peralatan tentera telah dibekukan operasi kerana cuaca buruk atau kerana kegagalan serangan sebelum subuh pada hari Isnin lalu. Di sebelah timur, pasukan Marine Corps yang sedang mara ke arah bandaraya Kut juga diganggu oleh pertempuran kecil ketika menyusuri laluan bekalan dan kekurangan bahanapi di barisan depan.

Lebih banyak tentera akan tiba, termasuk pasukan 4th Infantry Division dari Tentera Darat, yang telah mulai membawa masuk peralatan-peralatan dari 35 buah kapal laut ke Kuwait selepas Turki enggan membenarkan tentera A.S. menggunakan pangkalan-pangkalannya sebagai pintu masuk kedua di utara Iraq. Tetapi ia akan memakan masa untuk pasukan yang mempunyai banyak kereta kebal itu mengambil kedudukan dan bersedia untuk berperang. 

Pasukan-pasukan lain yang sedang menuju ke Teluk, termasuk  3rd Division yang berpangkalan di Fort Carson, Colorado, dan 1st Cavalry Division, dari Fort Hood, Texas, akan memerlukan berbulan-bulan untuk membawa kereta-kereta kebal dan peralatan perang lain dari pangkalan mereka ke medan perang, kata pegawai-pegawai pertahanan.

Jurucakap-jurucakap Pentagon menolak pendapat yang pesimistik itu dan menegaskan perang sedang berjalan mengikut apa yang dirancang. "Rancangan itu sedang berjalan seperti jangkaan," kata Maj. Gen. Tentera Darat Stanley McChrystal di satu taklimat. "Pantas di tempat yang kita jangkakan pantas, makin mara di tempat yang kita jangkakan. Jadi jawabnya, ia berjalan dengan baik."

Tetapi Setiausaha Negara Colin L. Powell, bekas Pengerusi Ketua-ketua Staf yang mempunyai hubungan baik dengan jeneral-jeneral kanan Tentera Darat, nampak tidak bersetuju, sambil berkata ketika ditemubual di National Public Radio semalam ia jelas kini bahawa perang "mungkin lebih lama sikit, tidak pasti berapa lama." Beliau menambah: "Yang penting kita ada rancangan perang yang baik, dan rancangan inilah yang akan berjaya."

Untuk jangka  pendek, Tentera Darat merancang untuk mengukuhkan laluan-laluan bekalan yang lemah menggunakan sebahagian dari pasukan 82nd Airborne Division, kini berada di Kuwait City, dan pasukan-pasukan dari 101st Airborne Division, yang kini berkumpul di pangkalan-pangkalan di pendalaman Iraq, sumber-sumber Tentera Darat.

Tahap kelemahan laluan bekalan boleh dilihat dari keadaan 3rd Division minggu ini yang mempunyai simpanan air yang amat sedikit dan juga semakin kekurangan bekalan makanan, kata sumber itu. Usaha-usaha berani telah dimulakan oleh syarikat-syarikat lori dan pengangkutan-pengangkutan lain, tetapi terdapat kekalutan yang menjadi lebih parah disebabkan trafik jam di sempadan Kuwait. Trafik jam itu juga melambatkan rancangan-rancangan pentadbiran Bush untuk membawa berton-ton makanan dan bantuan kemanusian lain bagi memenangi hati rakyat Iraq.

"Terdapat 'kabus' yang teruk di sana," kata seorang pegawai, merujuk kepada kekeliruan operasi itu dimana komander-komander logistik yang bertungkus-lumus mengenalpasti dimana letaknya barang-barang keperluan yang kadang-kadang menjadi seperti  "beberapa orang yang memandu tidak tentu arah."

Komander-komander mahukan bekalan makanan, minuman, peluru, dan lain-lain bekalan asas untuk 10 hari sebelum melancarkan serangan, tetapi bahan-bahan seperti bateri-bateri dan alat ganti kenderaan juga suatu yang penting.

Disamping itu. komander-komander Tentera Darat berbeza pendapat mengenai berapa kuat serangan perlu dibuat di kawasan bandaraya dan bandar. "Berapa teruk anda mahu buat? Kita mampu mengepung bandar, memotong bekalan air dan eletrik. Kita tidak mahu membuatnya," kata seorang jeneral. "Yang penting ialah kejayaan ketenteraan, bukan menyerang orang awam. Tetapi anda perlu melemahkan semangat Saddam, untuk memberitahunya dia tidak akan menang."

Tetapi seorang lagi pegawai berpendapat operasi pembasmian anggota militia dan lain-lain penyerang di bandar-bandar di selatan akan menyusahkan lagu usaha tentera A.S., memerlukan lebih ramai askar, dan lebih banyak bekalan. "Katakanlah anda mara ke Najaf," katanya. "Lepas itu anda mendapati 600,000 orang di bandar dan kawasan sekitarnya yang anda perlu sediakan makanan, minuman, dan perubatan." Untuk setiap unit tentera yang dihantar ke Iraq akan menambahkan lagi kesusahan logistik, katanya.

Satu perkembangan yang amat nyata minggu ini ialah hakikat bahawa beribu-ribu rakyat Iraq sanggup menentang dengan penuh semangat. Ketika penaklukan di rancang, senario terburuk yang difikirkan ialah penentangan yang hebat, tetapi "tiada siapa pun mengambil serius akan perkata itu," kata seorang pegawai.

"Faktor utama dalam operasi ini ialah tindakbalas rakyat Iraq dan askar-askar bawahan Iraq," kata pesara Tentera Darat  Kol. Robert Killebrew, pakar dalam perancangan perang. "Jika mereka berubah ( memberontak?-pent), dan sehingga kini mereka belum, kita menghadapi masalah strategik yang berlainan berbanding dengan yang kita hadapi ketika memasuki Iraq."

Apabila serangan Tentera Darat disambung semula, perubahan besar dijangka berlaku kepada sasaran-sasaran strategik. Sumber-sumber berkata andaian-andaian utama yang dijadikan asas rancangan A.S. akan dilupakan. Rancangan menyerang Baghdad dari udara dengan teruk ('blitzkrieg') telah menemui jalan buntu. Dan Saddam Hussein dan pemimpin-pemimpin kanannya dilihat masih menguasai  Tentera dan rakyat Iraq. Dalam satu aksi medan perang yang luarbiasa, dia kereta kebal Tentera Darat M1 Abram rosak teruk dalam satu serangan Selasa lalu.

Seorang Jeneral Tentera Darat dan lain-lain jeneral berkata mereka tidak akan mara ke Baghdad yang dikawal ketat Pengawal Republikan. Sebaliknya Tentera Darat dan Marin berkemungkinan besar terpaksa menghapuskan terlebih dahulu pasukan Pengawal Republikan yang menentang mereka di selatan Iraq.

"Saya berpendapat anda perlu mengalahkan mereka secara terperinci," kata jeneral itu, menggunakan terma tentera yang bermaksud memusnahkan satu unit tentera. "Saya berpendapat anda perlu 'Pac Man' pasukan-pasukan yang bertaburan di sekeliling Baghdad," katanya, merujuk kepada permainan komputer tahun 1980an dimana titik yang besar menelan titik-titik yang kecil.

Jeneral Bersara Barry R. McCaffrey berkata pasukan Tentera Darat dan Marin yang bertembung dengan Pengawal Republikan di selatan Baghdad tidak akan ada pilihan selain menyerang pertahanan Iraq itu. "Kita tiada pilihan, kita memang komited," katanya. Tetapi beliau menambah, "Saya tidak akan mara ke Baghdad sebelum saya mempunyai sati lagi pasukan kenderaan perang di belakang saya."

Persoalannya ialah samada 3rd Infantry Division akan mampu terus menggempur Pengawal Republikan itu tanpa bantuan. "Saya rasa pasukan Third I.D. akan kehabisan kekuatan tidak lama lagi, dari kedua-dua segi kemanusian dan mesin," kata  Killebrew, perancang Tentera Darat yang telah bersara.

Tetapi McCaffrey, yang mengetuai pasukan yang kini dikenali sebagai  3rd Infantry Division ketika Perang Teluk 1991 dahulu, berkata unit itu mampu mengalahkan ketiga-tiga pasukan Pengawal Republikan di seberang 'zon merah' yang menandakan kawasan pertahanan ibu negara itu.

Satu lagi faktor penting ialah tahap keberkesanan jet-jet pejuang A.S. dalam membantu Tentera Darat dan Marin di kawasan lembah Sungai Euphrates yang padat dengan penduduk itu. Ianya berlainan dengan menyerang kereta-kereta kebal Iraq dikawasan padang pasir yang rata dan terbuka yang merupakan tugas utama pasukan udara A.S. ketika Perang Teluk dahulu. Untuk dua hari berikutnya, serangan-serangan udara A.S. disulitkan oleh ribut pasir yang kuat yang melanda Iraq tengah.

Perisikan Tentera membayangkan kumpulan Medina Division dari Pengawal Republikan mengambil kesempatan dari ribut itu dan mara ke Karbala Gap, satu selat sempit antara Tasik  Razzaza dan Euphrates, kata seorang pegawai tentera semalam.

Beberapa orang pegawai Pentagon nampak begitu seronok dengan perkembangan itu, dimana salah seorang darinya berkata kemaraan itu "ibarat menembak ikan dalam bekas" atau "menembak ayam belanda."

Tetapi sebahagian yang lain agak kurang seronok. Pasukan itu bergerak dari satu kedudukan menyerang ke satu kedudukan yang lain, sambil mengambil perlindungan. "Ini kawasan mereka," kata seorang pegawai. "Mereka mungkin berlatih di situ sepanjang hidup mereka. Mempertahankan Baghdad ialah tugas utama mereka."

Akhirnya, ketahanan pasukan Medina Division akan menjadi petanda utama jika pasukan 3rd Infantry Division akan dapat menyelesaikan tugas sendirian atau perlu meminta bantuan pada bulan April dari pasukan 4th Infantry Division.

Melainkan jika kerajaan Iraq lumpuh selepas sebahagian dari Pengawal Republikan dimusnahkan, serangan keatas Iraq berkemungkinan besar akan ditunda sehingga pasukan itu sampai, pegawai-pegawai pertahanan dan pakar-pakar lain mengunjurkan.

"Kita tidak akan terus mara membabi buta ke bandaraya, itu tiada faedah dan membunuh diri sahaja," kata seorang pegawai Pentagon. "Sasaran kita ialah mengepung bandaraya itu dan menawannya mengikut syarat kita."

Kol Bersara Tentera Darat Benjamin W. Covington, seorang pakar di bidang peperangan kereta kebal, bersetuju sambil berkata: "Semua yang ada disini mengharapkan ketibaan pasukan 4th Infantry Division. Saya jangka serangan terakhir keatas Baghad akan berlaku selepas mereka sampai."

Orang dalam Pentagon dan pakar-pakar pertahanan tidak bersetuju dengan pandangan pesimistik ini.

"Ini bukan satu krisis," kata seorang bekas Speaker 'House' (parlimen A.S. -pent) Newt Gingrich (R-Ga.), yang juga rakan kepada Setiausaha Pertahanan Donald H. Rumsfeld dan Jeneral Tommy R. Franks, komander A.S. untuk perang ini. "Rancangan kita berjalan lancar setakat ini."

Gingrich, yang juga ahli Lembaga Polisi Pertahanan, satu pasukan penting di Pentagon, berkata fakta penting yang perlu diingat ialah pasukan-pasukan A.S. mara hingga hanya 50 batu dari ibu negara hanya dalam masa enam hari tanpa serbarang tentangan dari tentera biasa Iraq. "Jika mereka keluar dan menentang kita, mereka akan dihapuskan," katanya.

Lt Kol Bersara Tentera Darat Andrew Krepinevich bersetuju dengan pandangan itu, sambil berkata: "Dengan usaha terbaik tentera Iraq, mereka masih tidak mampu menahan kemaraan (tentera A.S.) dan mereka hanya mampu mengacah-acahkan tentera bersekutu."

Seorang jeneral kanan di Pentagon, yang mendengar hujjah-hujjah kedua-dua belah pihak, berkata beliau fikir dalam jangka pendek mereka yang pesimistik akan didapati betul, tetapi akan didapati salah di sekitar pertengahan April. "Akan ada hari yang sukar nanti," katanya "Saya berpendapat kini kita berada pada saat yang penting. Minggu depan hingga 10 hari lagi, kita akan tahu berapa kuat Pengawal Republikan ini." Tetapi beliau menyimpulkan, "Selepas kita kalahkan pasukan-pasukan Medina dan Baghdad, segala-galanya akan selesai, dan saya fikir Baghdad akan jatuh."

Correspondent Rick Atkinson in central Iraq and staff reporters Jonathan Weisman and Vernon Loeb in Washington contributed to this report.

 

© 2003 The Washington Post Company

:: MukaDepan   :: Berita Dunia