Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

18/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@alamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Perang di Iraq satu jeneyah, kata Vatican

http://www.news.com.au/common/story_page/0,4057,6145925%255E401,00.html 
Dari koresponedn di Vatican City
Mac 18, 2003

Tindakan ketenteraan di Iraq adalah satu jenayah terhadap keamanan yang akan mendapat pembalasan dari Tuhan, ketua Majlis Pontifical untuk Keadilan dan Keamanan Vatican berkata.

"Perang adalah jenayah terhadap keamanan yang akan menurunkan pembalasan Tuhan," kata Archbishop Renato Raffaele Martino ketika berucap do Vatican Radio.

Belia menekankan sifat perang yang zalim dan tidak bermoral, sambil berkata ia dikeji Tuhan oleh kerana orang awam yang akan merana paling teruk.

Martino, bekas wakil tetap Vatican ke PBB, mengutuk sekeras-kerasnya kesungguhan AS dan sektu-sekutunya untuk melupuskan senjata Iraq dengan kekerasan.

"Janglah lontarkan batu kepada kanak-kanak yang meminta roti," kata beliau.

"Merekas sedang bersiap-sipa untuk menjawab dengan ribuan bom-bom kepada manusia yang telah meminta roti sejak 12 tahun yang lalu."

Sambil menekan gereja Roman Catholic akan terus menyokong kepentingan keamanan. beliau berkata: "Seperti biasa, Good Samaritans (sukarelawan-sic) yang akan membantu mereka yang tercedera dan mereka yang lemah."

Pope John Paul II, salah seorang dari orang ternama yang membantah perang Iraq, semalam menuntut ahli-ahli Majlis Keselamatan PBB meneruskan rundingan untuk melupuskan senjata Iraq dan mengelakkan perang.

"Saya mahu mengingatkan ahli-ahli PBB dan khususnya kepada mereka yang menganggotai Majlis Keselamatan bahawa penggunaan kekerasan ialah cara terakhir selepas kehabisan semua jalan penyelesaian secara damai, seperti yang digariskan piagam PBB," kata Pope kepada puluhan ribu peganut-penganut (Kristian-sic) yang berkumpul di dataran St Peter's Square.

"Saya pernah melalui Perang Dunia ke-2 dan dan pertana dan terselamat ketika perang dunia ke-2. Oleh sebab itulah, saya bertanggungjawab untuk berkata "Jangan skali-kali perang".

"Kita tahu mungkin mustahil untuk meneruskan keamanan, tetapi kita semua tahu betapa pentingnya tanggungjawab kita semua."

Agence France-Presse


:: MukaDepan   :: Berita Dunia