Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

23/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Jeneral Pro-Israel Akan Menyelia  Pembangunan Semula Iraq

http://www.forward.com/issues/2003/03.03.21/news8.html

oleh ALANA NEWHOUSE
FORWARD STAFF

Dalam suasana A.S. nampak yakon untuk menakluki Iraq, perhatian dialihkan kepada jeneral tentera bersara Lt. Jen. Jay Garner, orang yang akan dipertanggungjawabkan untuk memerintah negara itu jika A.S. memenangi perang.

Garner — yang mengetuui operasi Provide Comfort pada tahun 1991, yang menyediakan makanan dan tempat perlindungan untuk orang Kurdish di utara Iraq selepas Perang Teluk Parsi, akan menyelia semua bantuan kemanusian, pembangunan semula, dan pemerintahan selepas perang sebagai ketua jabatan baru Jabatan Pembangunan Semula dan Bantau Kemanusian di Pentagon, yang akan melapor kepada Jeneral Tommy Franks, komander tentera Amerika di kawasan Teluk Parsi. Beliau berlepas dari Kuwait sejurus selepas ucapan Presiden Bush pada Mac 17.

Garner dikatakan memunyai hubungan dengan Jewish Institute for National Security Affairs JINSA (Institut Yahudi untuk Hal-ehwal Keselamatan Kebangsaan), sebuah pertubuhan 'nonprofit' (tidak berfunsikan keuntungan?) yang khusu untuk meningkatkan polisi luar negara dan pertahanan Amerika. Pada tahun 1998, beliau melawat Israel buat kali pertama dibawah anjuran JINSA.

"Beliau seorang yang senang diajak berbual; beliau banyak bertanya, dan mendengar kepada jawapan-jawapannya," kata Shoshana Bryen, pengarah projek-projek khas untuk JINSA, yang turut bersama dalam lawatan itu.

Pada Oktober 2000, sejurus selepas intida bermula, Garner merupakan salah seorang dari 26 pemimpin tentera Amerika yang menandatangani kenyataan dari JINSA yang menyokong kuat Israel dan mengutuk keganasan yang semakin teruk. Kenyataan bertajuk "Sahabat-sahabat Tidak Membiarkan Sahabat-sahabat lain di Medan Perang ("Friends Don't Leave Friends on the Battlefield", memuji tentera Israel kerana "mengelak dari menggunakan kekerasan bila berhadapan dengan keganasan yang dianjurkan oleh Pihak Berkuasa Palestin," dan mempertikaikan komitmen Palestin kepada perdamaian.

Dalam tujukan kepada lawatan mereka yang menandatangi itu ke Israel dibawah anjuran JINSA, kenyataan itu menyebut: "Dalam lawatan itu, kita membawa bersama kita pengalaman-pengalaman ketenteraan yang berdekad-dekad lamanya dan membawa balik satu keyakinan tegug bahawa keselamatan Negara Israel penting untuk polisi A.S. di Asia Tengah dan Mediteranean Timur, dan untuk dunia. Negara Israel yang kuat adalah aset penting yang boleh diharapkan oleh perancang tentera dan pemimpin politik." 

Menurut sebuah laporan dalam majalah Fortune keluaran bulan ini, yang menggelar Garner sebagai "ahli perniagaan paling penting yang anda tidak pernah kenal," Garner telah pencen sebagai jeneral tiga-bintang pada tahun 1997 untuk menjadi presiden kepada pembekal sistem komunikasi dan sasaran untuk peluru berpandu yang dibeli tahun lepas oleh syarikat pertahanan L-3 Communications untuk harga yang dilaporkan sebanyak $48 juta.

Sejak perlantikan untuk tugas baru di Pentagon pada bulan Januari, Garner telah mengelakkan dari publisiti, yang mengecewakan sebahagian orang. Beliau menimbulkan sedikit masalah minggu lepas apabila beliau membatalkan pertemuan dengan Jawatankuasa Senat untuk Perhubungan Luar. The Associated Press melaporkan senator parti Republican Richard Lugar dari  Indiana, mengkritik pentadbiran Bush kerana lambat bertindak dalam membuat perancangan untuk pembinaan semula Iraq, menekankan ketidakhadiran Garner, sambil memanggil pembatalan itu "satu peluang yang tidak diambil oleh pihak pentadbiran."


:: MukaDepan   :: Berita Dunia