Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

24/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Dari Melbourne ke Madrid, protes diteruskan

http://www.theage.com.au/articles/2003/03/23/1048354475716.html

Mac 24 2003
London

Picture: ANDREW TAYLOR
Pemimpin parti Greens Senator Bob Brown berucap di perhimpunan keamanan di Canberra.

Protes membantah perang diadakan di seluruh dunia hujung minggu lepas. Protes paling besar diadakan di negara-negara yang kerajaan-kerajaan mereka menyokong perang, termasuklah Australia.

Lebih dari sejuta orang berarak di Sepanyol. Beratus-ratus ribu orang berarak di bandaraya-bandaray seluruh A.S..

Sehingga 200,000 berkumpul di Hyde Park, Lodon. Pada masa yang sama,  1300 orang dianggarkan berarak dari bandar Fairford Town di Gloucestershire menuju ke pangkalan undara RAF, dari mana kapalterbang-kapalterbang pengebom B-52 milik A.S. berlepas untuk mengebom Baghdad.

Beribu-ribu orang berarak di Scotland, dengan protes yang besar di Glasgow, Edinburgh, Aberdeen Inverness dan Dundee.

Protes-protes juga berlaku di New Zealand, Vietnam, Thailand dan Korea Selatan. Di India, dekat 5000 yang kebanyakannya Muslim berarak menuju ke kedutaan A.S. di New Delhi.

 

Lebih kurang 15,000 orang berkumpul Sabtu lalu di Dhaka, Bangladesh, ketika tunjuk perasaan setengah hari unuk menunjukkan protes kepada penaklukan Iraq.

Penunjuk perasaan Sepanyol menggesa perletakan jawatan PM mereka Jose Maria Aznar, yang menyokong kuat perang terhadap Baghdad. Mereka termasuklah 250,000 orang yang berarak di Madrid.

Lebih kurang 50 orang, termasuk 18 anggota polis, tercedera lewat semalam, dalam pertempuran di tengah Madrid antara polis dan reamaja yang mengambil bahagian dalam protes besar-besaran menentang perang Iraq itu, kata polis.

Beribu-ribu penunjukan perasaan anti-perang Australia menyertau perhimpunan di seluruh negara, menuntut penarikan balik tentera Australia dari Iraq dan penamatan perang.

Sehingga 50,000 orang, diketuai pasangan bintang filem Colin Friels dan Judy Davis, menyebabkan jalan jam di bandaraya Sydney.

Di Canberra, 5000 orang berarak dan berkumpul di Parliament House untuk menyerahkan mesej mereka kepada Kerajaan Howard.

Di Melbourne, keluarga-keluarga yang memprotes perang membawa 50 bayi ke perhimpunan "Bayi-bayi Menentang Bom ("Babies Against Bombs")". Di Adelaide, keranda dibawa mendahului perakakan yang disertai ribuan orang.

Di Tokyo, beratus-peratus orang penunjuk perasaan memegang gambar-gambar kanak-kanak Iraq yang cedera ketika Perang Teluk 1991 Gulf War dan membawa kain pemidang bertuliskan mesej keamanan.

"PM (Junichiro) Koizumi meyokong perang Amerika terhadap Iraq, tetapi kami ingin beritahu dunia, kami warganegara tidak menyokong," kata Kensaku Ikeda, 69.

Para penunjuk perasaan berarak di pangkalan tentera laut A.S. di Yokosuka - ibu pejabat pasukan 'Fleet' ketujuh  - di selatan Tokyo, kata pihak polis.

Juga semalam, lebih dari 1000 rakyat Indonesia - sambil diperhatikan  400 anggota polis - mengadakan perhimpunan aman di depan kedutaan A.S. di Jakarta.

Di ibu negeri Bali, Denpasar, lebih kurang 150 orang berkumpul di pejabat konsul A.S. yang ditutup dan dikawal rapi. Protes itu yang disertai dengan ucapan berapi-api diteruskan tanpa apa-apa kemalangan.

Di New York para penunjuk perasaan yang panjannya melebihi lima kilometer di jalan Broadway, melaung-laungkan, "Jangn tumpahkan darah untuk minyak". Unjuran rambang berkata jumlah orang ialah antara 150,000 to 250,000. "Ini perang yang silap pada masa yang silap dan tempat yang silap," kata seorang guru sekolah David Gurowsky.

Perarakan di New York berlaku secara aman, tetapi beberapa orang penunjuk perasaan bertempur dengan polis apabila mereka diminta untuk mengosongkan jalan. Polis berkata mereka membuat 74 tangkapan.

Di San Francisco, jalan-jalan di bandaraya itu ditutup untuk hari ketiga apabila puluhan ribu orang berkumpul di depan dewan bandaraya sebelum berarak melalui bandaraya dalam satu kumpulan yang besar, menjangkaui 10 blok bandaraya. Protes itu berjalan secara aman, berbanding penangkapan 2100 pada hari Khamis.

Di Chicago, beberapa ratus penyokong perang berkumpul di Federal Plaza, bertentangan dengan penentang perang. Tiada kejadian tidak diingini berlaku.

Di London protes bermula dengan aman, tetapi selepas itu beberapa pertempuran antara polis dan beberapa ratus penunjuk perasaan berlaku apabila mereka menghalang jalan Oxford Street, di pusat membeli-belah  London, dengan mengadakan tunjuk perasaan secara duduk.

Tunjuk perasaan di negara-negara Arab lebih kecil berbanding di tempat lain, dan berbanding sebelum ini, tetapi masih penuh emosi. Lebih kurang 700 orang berarak di ibu negara Syria, Damascus; 200 orang berkumpul di Amman, Jordan; dan 10,000 orang rakyat Palestin berkumpul di jalan-jalan di Gaza sambil memegang gambar Presiden Iraq. "Kami bersama mu, Saddam Hussein, dan rakyat Iraq!" laung mereka.

Di Kaherah, para pelajar berkumpul di universiti-universiti, tetapi pasukan tentera memaksa menghalang mereka dari meninggalkan kampus-kampus mereka.

- agencies


:: MukaDepan   :: Berita Dunia