Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia


: : 30/03/03  : : Terjemahan: Muzammil Haji Daud


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Kemarahan anti-perang merebak ke seluruh dunia

http://news.bbc.co.uk/2/hi/middle_east/2899827.stm

Protestors in Indonesia

Tunjuk perasaan di Indonesia adalah yang terbesar setakat ini.

Sekuran-kurangnya 100,000 orang berarak di ibu kota Indonesia, Jakarta, membantah perang keatas Iraq.

"Bush, Iraq bukan padang untuk kau membunuh," tertulis di satu kain pemidang diantara lautan manusia pada protes hari Ahada lalu.

Jonathan Head dari BBC berkata inilah ialah tunjuk perasaan terbesar pernah diadakan di negara Islam terbesar di dunia ini.

Tetapi katanya, walaupun puak Muslim militan cuba mempengaruhi masyarakat Islam majoriti, ia tidak dilihat sebagai perang keatas Islam.

Kumpulan-kumpulan Islam memenuhi perhimpunan itu, namun terdapat juga penunjuk perasaan dari kalangan orang beragama Budha, Kristian dan lain-lain.

Suasana aman ini jauh berbeza dengan bantahan yang ganas apabila A.S. menyerang Afghanistan.

Perarakan di China

China mengadakan bantahan anti-perang pertamanya dan direstui kerajaan - walaupun ia amat kecil berbanding dengan bandaraya-bandaraya yang lain.

Lebih kurang 200 orang asing dibenarkan melaung-laungkan slogan anti-perang ketika mereka berarak melepasi kedutaan A.S. di Beijing Ahad lalu.
Anti-war protester flees from US base in Vicenza, Italy

Namun, polis mengarahkan lebih kurang 100 orang pelajar China menyerahkan kain pemidang mereka dan menegah mereka memasuki kawasan taman dimana penduduk tempatan dibenarkan mengadakan tunjuk perasaan.

Seorang lelaki cina ditangkap kerana mengedarkan pamplet anti-perang, Reuters news agency melaporkan,.

Perhimpunan diadakan di seluruh dunia sejak Jumaat lalau, apabila tunjuk perasaan bermula di banyak negara-negara Islam selepas solat Jumaat.

Bantahan berbogel

Ada pelbagai cara untuk membantah dari perhimpunan dengan kain pemidang kepada "pura-pura mati" di  Genoa,dimana orang ramai berbaring di jalan yang sibuk bagi mengingati rakyat Iraq yang terkorban dalam serangan udara, hinggalah perarakan sambil berbogel di jalan-jalan di  Bogota.

Di A.S., bandaraya Boston menyaksikan apa yang pemerhati anggap sebagai perarakan paling besar sejak Perang Vietnam.

Penunjuk perasaan juga berhimpun di Washington DC, sementara ramai penyokong perang berhimpun di San Francisco dan lain-lain bandaraya.

 

Anti-war protester in Boston

White House tidak mendapat sokongan sepenuhnya di negara sendiri

Latin Amerika menyaksikan tunjuk perasaan di Mexico City, Montevideo, Buenos Aires dan Caracas selepas bantahan anti-perang Jumaat lalu di Bogota dan Lima.

  • Di ibunegara Uruguay, Montevideo, artis dan pengukie menayangkan hasil-hasil anti-perang di bandaraya itu manakala kumpulan penari menyertai para penunjuk perasaan di jalan-jalan

  • Pelajar-pelajar Colombia bertelanjang di dalam hujan untuk berarak melalui Bogota, dengan tubuh mereka dicat mesej-mesej ant-perang.

Rantaian manusia

Di Eropah, tempat anti-perang paling kuat, menyaksikan tunjuk perasaan di bandaraya-bandaraya utama dan berdekatan pangkalan-pangkalan tentera A.S. hati Sabtu lepas.

  • "Yankees (gelaran untuk orang Amerika) adalah gangster," kata seorang jurucakap di sebuah perhimpunan di Moscow, sambil bertanya siapakah sasaran A.S. yang selepas Iraq.

  • Di Rom, kumpulan-kumpulan penunjuk perasaan mengibarkan kain-kain hitam merentasi Sungai Tiber sebagai menandakan "perkabungan" untuk korban perang

  • Sekurang-kurangnya 40,000 penunjuk perasaan terlibat dalam satu rantaian manusia di Jerman, antara bandaraya Munster dan Osnabrueck di utara yang terletak 55 km (35 batu) jauhnya antara satu sama lain.

  • Lebih kurang 23,000 orang menyertai perarakan-perarakan di Berlin, dan bertemu di taman Tiergartenk, dan lebih ramai rakyat Jerman mengadakan bantahan di Stuttgart dan Frankfurt, dimana 25 orang ditangkap ketika mereka cuba menyekat pintu masuk sebuah pangkalan tentera udara A.S.

  • Beberapa ribu penunjuk perasaan berarak melalui Paris dalam tunjuk perasaan kali kelima sejak perang bermula, dan tunjuk perasaan juga diadakan di  Moscow, Budapest, Warsaw dan Dublin

 


:: MukaDepan   :: Berita Dunia