Make your own free website on Tripod.com

Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

20/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@alamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Perancis, Russia, Jerman anggap perang tidak sah

ARTIKEL ASAL-KLIK SINI
Ketetapan PBB tidak meluluskan penaklukan, kata mereka

PBB (AP) - Dengan perang semakin menjadi kenyataan (sudah bermula-pent), penentang paling lantang - Perancis, Russia, dan Jerman - menegaskan hari ini A.S. akan dianggap bertindak secara tidak sah jika ia menyerang Iraq dan menjatuhkan Saddam Hussein.

Menteri Luar Russia Igor Ivanov memberitahu Majlis Keselamatan PBB tiada satu pun ketetapan PBB yang meluluskan tindakan ketenteraan atau "penggulingan kuasa sesebuah negara yang merdeka secara kekerasan.''

Selain itu, "tiada fakta yang tidak boleh disangkal" untuk menunjukkan Iraq mengancam A.S., kata beliau. Jika ada pun, pentadbiran Bush boleh melaksanakan hak mereka berdasarkan piagam PBB untuk bertindak balas bagi mempertahankan diri.

Menteri-menteri lua Russia, Perancis, dan Jerman menghadiri satu mesyuarat majlis terbuka beberapa jam sebelum masa akhir yang diberikan Bush tamat pada malam Rabu untuk Saddam Hussein meninggalkan Iraq atau menghadapi perang. Walaupun pentadbiran Bush berkata masa untuk rundingan sudah tamat, menteri-menteri itu masih hadir untuk menegaskan bantahan mereka kepada perang dan mahu mempertahankan keunggulan PBB..

Sambil berkata campurtangan ketenteraan "tidak ada alasan kuku", menteri luar Jerman Joschka Fischer juga menekankan, "Tiada asas dalam Piagam PBB untuk menukar sesebuah rejim dengan cara ketenteraan.''

Menteri luar Perancis Dominique de Villepin mengulani pendirian negaranya perang bukan ghanya tidak sah, tetapi ia juga akan meningkatkan ketidakstabilan dan perpercahan yang menggalakkan lagi keujudan pengganas.'

Ketiga-tiga menteri itu tidak berkata mereka akan mebawa isu itu ke majlis selepas peranng bermula. . Tetapi mereka menegaskan Majlis Keselamatan PBB ada peranan selepas perang. 

Sambil membayangkan malapetaka kepada rakyat Iraq, Setiausaha Agung Kofi Anan mengingatkan PBB dan sekutu-sekutunya Rabu lalu supaya tidak melupakan bantuan kemanusian apabila perang bermula.

Katanya, dia merancang untuk membentangkan cadangan-cadangan kepada majlis sejurus selepas itu untuk mengubahsuai program minyak-untuk-makanan yang menyediakan makanan, ubat-ubvatan, dan bekalan kemanusian untuk 60 peratus dari 22 juta rakyat Iraq. Ianya telah digantung minggu ini.

Mesyuarat majlis itu dipanggil untuk mendengar laporan ketua pemeriksa senjata PBB Hans Blix yang menggariskan pelbagai isu yang Iraq perlu selesaikan bagi membuktikan ia sedang melupuskan senjata secara aman, tetapi bagi banyak negara ahli, senarai beliau itu menjadi kurang penting berbanding perang yang sedang mara. Blix menyuarakan kekesalannya pemeriksaan dihentikan selepas hanya 3 bulan setengah.

Oleh kerana war teamat hampor menjadi kenyataan, mesyuarat itu diadakan dalam suasana sedih dan marah, banyak negara ahli bertekad untuk tidak diketepikan oleh konflik ino. Untuk menunjukkan kepentingannya, menteri-menteri luar Syria dan Guinea juga turut hadir.

Sebagai perbandingan, A.S., Britain, dan Sepnayol adalah diantara 10 negara-negara yang hanya diwakili duta-duta sahaja. Setiausaha Negara Secretary of State Colin Powell berkata dia tidak berhajat untuk datang ke New York, dan pegawai-pegawai Amerika meremeh-remehkan mesyuaray itu.

Dalam ucapan pendeknya, Duta A.S. John Negroponte mengulangi pendirian A.S. yang percaya Saddam Hussein telah gagal berkerjasama dengan pemeriksa PBB dan menganggap program Blix "secara terang lari dari realiti yang kita hadapi."

Kata beliau, A.S. dan sekutu-sekutunya sedang menyiapkan deraf ketetapan yang akan memastikan kesinambungan program minyak-untuk-makanan, dan berharap ianya akan diluluskan dengan segera untuk mengelakkan masalah kepada bantuan kemanusian

Kesemua ahli-ahli menyiatakan kebimbangan mengenai penderitaan rakyat Iraq, tetapi terdapat juga kerisauan mengenai deraf yang dibentangkan A.S., oleh kerana A.S. akan terus menjadi kuasa penakluk.

Sebagai usaha untuk melihat peranan PBB dalam konflik ini dipertahankan, Ivanov daru Russia menegaskan tiada persetujuan politik di negara itu tanpa campurtangan Majlis Keselamatan.

"PBB tidak pernah sepenting kini," kata de Villepin,sambil ucapannya disambut dengan tepukan seperti dua ucapannya yang lalu yang membantah tindakan ketenteraan Amerika.

Tetapi apabila mesyuarat bersurai, majlis masih berpecah, dan suasana agak tertekan.

"Ianya satu tragedi," kata duta Chile ke PBB Gabriel Valdes. "Satu lagi tragedi akan bermula kini.''


:: MukaDepan   :: Berita Dunia