Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

28/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact webmaster@salamku.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke webmaster@salamku.com 


Robert Fisk: Hakikat yang dahsyat membongkar kebenaran mengenai Basra

http://argument.independent.co.uk/commentators/story.jsp?story=391460

Oleh Robery Fisk

Terjemahan: Muzammil Haji Daud

 

28 Mac 2003

Dua mayat tentera Britain terdampat di sebuah jalan di Basra, seorang kanak-kanak Iraq – mangsa serangan udara Anglo American – dibawa ke hospital dengan pundi kencingnya terkeluar dari perutnya, seorang wanita yang tercedera sedang meraung kesakitan ketika doktor cuba membuang baju berwarna hitamnya.

Seorang jeneral Iraq, sambil dikelilingi beratus-ratus askarnya yang bersenjata, berdiri di tengah Basra dan mengumumkan bandar kedua terbesar Iraq masih dalam genggaman Iraq. 

---------------

Pita video tidak diedit dari al-Jazeera – yang dirakamkan sejak 36 jam lalu dan baru tiba di Baghdad - menayangkan keganasan, kesakitan, dan kemusnahan.

Ia juga membuktikan Basra – yang dilaporkan telah ditawan tentera British minggu lalu - masih dalam kekuasaan tentera Saddam Hussein. Disebalik dakwaan pegawai-pegawai Britain terdapat pemberontakan di Basra, kereta-kereta dan bas-bas masih bergerak di jalan-jalan sementara penduduk beratur untuk mendapatkan botol-botol gas yang diedarkan oleh trak-trak kerajaan.

Bahagian dahsyat dari pita itu ialah bola api yang besar di sebelah barat Basra dan letupan dari tembakan-tembakan dari, diandaikan, pihak Britain. Gambar mayat-mayat tentera Britain - yang menimbuilkan kemarahan Blair - tidak jauh berbeza dari gambar mayat-mayat tentera Iraq yang ditayangkan di kaca TV Britain 12 tahun lalu, yang tidak pernah mendapat tentangan perdana menteri.

Dua mayat tentera Britain, yang masih memakai pakaian seragam, terlantar di atas jalan, tangan dan kakinya bercerai, salah seorang darinya ditembak di kepala, manakala seorang lagi ditembak di dada dan perut.

Satu lagi gambar dari pita yang sama menunjukkan penduduk awam Basra dan orang bersenjata berpakaian biasa, menyepak kenderaan Jeep Tentera Britain dan menari-nari di atas kenderaan itu. Lelaki-lelaki lain dilihat menyepak dan menumbangkan trailer Kementerian Pertahanan yang sedang ditarik Jeep itu ketika diserang hendap.

Gambar yang boleh dilihat juga dari pita tidak diedit itu - yang dibawa dari Basra ke Baghdad melalui jalan biasa - ialah gambar kapalterbang perisikan berphoto tanpa juruterang, ditembak jatuh dan terdampar dalam keadaan terbalik di atas jalan. Ianya ditanda perkataan "ARMY", dan membawa tanda kod ZJ300 di ekornya dan terdapat 'pod' yang besar yang mungkin digunakan untuk memasang kameranya.

Namun, yang lebih dahsyat dari gambar-gambar kematian tentera Britain ialah pita dari hospital terbesar Basra yang menunjukkan mangsa-mangsa pengeboman Britain-Amerika dibawa ke bilik pembedahan dalam keadaan kesakitan yang parah.

Seorang lelaki separuh umu dibawa masuk ke hospital dengan masih berpakaian baju tidur dan berlumuran darah dari kepala ke kaki. Seorang kanak-kanak perempuan yang mungkin berumur empat tahun dibawa ke bilik pembedahan diatas sebuah troley, sambil memerhatikan pundi kencingnya yang telah terjuntai keluar dari perutnya. Seorang doktor berpakaian seragam biru menjirus air ke perutnya dab kemudian memasang pembalut sebelum memulakan pembedahan. Seorang wanita berpakaian serba hitam dilihat seperti mempunyai luka di perut meraung ketika para doktor cuba melucutkan pakaiannya sebelum pembedahan. Dalam gambar lain pula, kesan-kesan darah dapat dilihat bermula dari kawasan berlubang kesan sasaran peluru - yang diandaikan dari tentera. Di sebelah lubang itu terdapat sepasang selipar plastik.

Pita-pita milik al-Jazeera itu, kebanyakannya belum pernah ditonton, ialah bukti jelas bahawa Basra terus berada di luar kekuasaan Britain. Bukan sahaja jalan-jalan utama ke Baghdad masih selamat - sebab itulah pita-pita itu sampai ke Baghdad dengan selamat - tetapi juga Jeneral Khaled Hatem ditemubual di sebuah jalan di Basra, sambil dikelilingi askar-askarnya yang berpakaian seragam dan bersenjata, sambil memberitahu pemberita  al-Jazeera bahawa orang-orangnya "tidak akan" menyerah diri kepada musuh-musuh Iraq. Pasukan bersenjata militia  dari Parti Baath boleh dilihat di jalan-jalan, dimana polis trafik memberi arahan kepada lori-lori dan bas-bas berdekatan dengan  Sheraton Hotel.

Mohamed al-Abdullah, koresponden al-Jazeera di Basra, mestilah pemberita paling berani di Iraq kini. Dalam gambar-gambar pita itu, dia boleh dilihat menemubual keluarga-keluarga yang diserang dan melaporkan ketibaan peluru-peluru Britain dengan tenang. Satu dari pita itu menunjukkan Sheraton Hotel di tebing sungai Shatt al-Arab nampak rosak akibat bedilan.

Di tebing sungai itu - disebelah satu dari patung-patung korban perang Iraq pada 1980-88, setiap satunya menunjukkan jari kearah Iran - penduduk-penduduk Basra dilihat sedang mengisi tin-tin dengan air sungai yang tercemar itu.

Lima hari lalu, kerajaan Iraq berkata 30 orang awam telah terbunuh di Basra manakalan 63 yang lain telah tercedera. Semalam, ia mendakwa 4000 orang awam telah tercedera sejak peperangan bermula dan 350 telah terbunuh.

Tetapi pita Mr Abdullah menunjukkan sekurang-kurangnya tujug lagi mayat dibawa ke rumah mayat hospital Basra sejak 36 jam lalu. Salah satu darinya, kepalanya masih menitiskan darah ke lantai rumah mayat, dikenalpasti sebagai seorang koresponden Arab untuk satu agensi berita Barat.

Gambar-gambar yang menakutkan lain menunjukkan tubuh seorang kanak-kanak perempuan kecil yang hampir hancur, tudung merahnya terikat di lehernya. Seorang lagi mayat kanak-kanak perempuan terlantar diatas alat angkat dengan otak dan telinga kanannya sudah tiada. Seorang lagi mayat kanak-kanak menunjukkan kakinya terputus. Tidak ada tanda-tanda samada tentera Amerika atau Britain yang membunuh kanak-kanak ini. Pita-pita itu tidak memberikan tanda-tanda kepada korban-korban tentera Iraq.

Namun, pada ketika pihak berkuasa Iraq enggan membenarkan pemberita Barat melawat Basra, inilah bukti bebas paling baik yang kita ada yang menunjukkan tentangan berterusan di bandar itu dan kegagalan tentera Britain menawannya. Berhari-hari pihak Iraq menafikan laporan-laporan opmitistik dari pemberita-pemberita - khasnya BBC - yang membayangkan Basara telah ditawan atau dengan kata lain dibawah kekuasaan Britain. Pita itu menafikan dakwaan tersebut.

Ada juga gambar-gambar menunjukkan dua orang pemuda berpakaian hitam, yang didakwa tentera Iraq sebagai tawanan tentera A.S. Mereka tidak disoal. Kedua-duanya nampak gusar dan memerhatikan kepada krew kamera dan tentera Iraq yang mengerumuni mereka.

Memanglah, ada kemungkinan ujudnya pemberontakan kecil terhadap rejim Iaq sejak beberapa hari lalu, seperti yang didakwa pegawai-pegawai Britain. Namun, selepas menonton pita itu, susah untuk menerima andaian pemberontakan, jika ia benar-benar ujud,  itu lebih dari pertempuran pantas sahaja.

Laporan-laporan tak diedit itu membuktikan jurucakap-jurucakap Britain-Amerika tidak memberitahu perkara sebenar mengenai pertempuran di Basra. Akhirnya ini lebih merbahaya kepada tentera penakluk dari gambar dua askar Britain yang mati itu atau oleh kerana nyawa orang Iraq juga mempunyai nilai yang sama dengan nyawa orang Britain - gambar-gambar mayat-mayat kanak-kanak Iraq - .


:: MukaDepan   :: Berita Dunia