Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: MukaDepan   :: Berita Dunia

16/03/03


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact salamku@hotmail.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke salamku@hotmail.com 


Aksi Terakhir

http://news.independent.co.uk/world/politics/story.jsp?story=387609 

Oleh Andy McSmith Political Editor, Kim Sengupta di Baghdad dan David Usborne di New York

16 Mac 2003

Disebalik harapan tinggi kepada "summit damai" di Azores, Tony Blair dijangkan akan mengaku kepada George Bush bahawa untuk mendapatkan mandat PBB bagi perang telah gagal, lantas membuka jalan kepada kemungkinan perang keatas Iraq yang diketuai Amerika pada bila-bila masa sahaja.

Pengakuan itu muncul ketika Mr. Blair, Presiden Bush dan PM Sepanyol, Jose Maria Aznar, bertemu di tengah-Atlantic untuk berbincang langkah seterusnya selepas kegagalan mendapatkan ketetapan kedua dari PBB.

Washington membayangkan ia mungkin memilih untuk menarik balik cadangan ketetapan itu daripada terpaksa menghadapi kekalahan undi. Dan dalam satu perubahan yang besar, Amerika, Britain, dan Sepanyol kini dijangka akan berkata ketetapan keuda tidak diperlukan di bawah undang-undang antarabangsa. Mereka akan memberi alasan ketetapan pertama sudah cukup untuk meluluskan perang.

Secara rasmi, kerajaan Britain tetap dengan pendirian perang "bukannya tidak boleh dielakkan". Ia bertegas bahawa summit yang diadakan secara tergesa-gesa itu adalah inisiatif keamanan terakhir, bukan majlis melancarkan perang.

Namun, Setiausaha Luar Negara, Jack Straw, mengaku: "Kemungkinan tindakan ketenteraan kini lebih tinggi dan saya amat menyesali perkara itu.

"Apa yang kita tahu mengenai Saddam melalui perangainya ialah dia hanya bertindak selepas ditekan dan dia hanya bertindak di saat-saat akhir," kata beliau di rancangan TV BBC, Today. "Justeru, masih ada masa untuk beliau melupuskan senjata, tetapi masa semakin suntuk."

Di PBB, usaha untuk mencari kompromi dianggap menemui jalan buntu. Usaha terdesak Britain untuk meluluskan ketetapan kedua telah gagal pada hari Jumaat. Duta Britain ke PBB, Sir Jeremy Greenstock, akan terus berusaha hujung minggu ini untuk memujuk enam negara anggota Majlis Keselamatan PBB yang belum membuat keputusan supaya menyokong cadangan Britain untuk memberikan Saddam tarikh akhir. Tetapi secara peribadi, pegawai Britain mengaku inisiatif itu juga telah gagal, dan rundingan telah boleh dilanjutkan melepasi esok.

Iraq telah cuba untuk mengelak perang, sambil menjemput ketua pemeriksa senjata PBB Hans Blix dan Mohamed ElBaradei melawat Baghdad pada "tarikh terawal yang sesuai". Iraq juga telah menghantar laporan mengenai gas saraf kepada Mr Blix, dan berkata laporan mengenai anthrax akan menyusul.

Walaubagaimanapun, hanya ada sedikit petanda tindakan itu akan mengubah pendirian Amerika. Ketika ketibaan tentera bersekutu semakin besar, Pentagon melaporkan sebuah jet pejuang Amerika B-1 telah menyerang dua tempat radar Iraq. Penggunaan jet pengebom kuasa tinggi jarang digunakan, namun ia mungkin tanda sesuatu yang lebih besar akan berlaku. Presiden Bush membayangkan dalam ucapan radio mingguannya kepada rakyat Amerika perang tidak boleh dielakkan.

Kata beliau: "Hanya tinggal sedikti sebab untuk berharap Saddam akan melupuskan senjata. Jika kekerasan diperlukan untuk melucutkn senjatanya, rakyat Amerika boleh faham bahawa angkatan tentera kita telah dibekalkan dengan semua peralatan dan sumber untuk mencapai kemenangan."

Mr Bush menghabiskan harinya di kediaman rehat presiden Camp David, ketika beribu-ribu penunjuk perasaan anti-perang sedang bersiap-siap untuk mengadakan vigil di White House. Para penunjuk perasaan berarak di seluruh dunia - di Tokyo, Bangkok, Paris, dan berdozen-dozen bandaraya.

Disebabkan tahap bantahan kepada perang yang tinggi di Britain, kegagalan mendapatkan ketetapan PBB kedua akan memberikan kesan yang serius kepada Tony Blair. Robin Cook, Setiausaha Luar Robin Cook dilaporkan oleh rakan-rakannya sebagai amat tertekan dengan kemungkinan perang tanpa mandat PBB. Mereka yang rapat dengan pendtadbiran berpendapat kemungkinan Mr Cook akan meletak jawatan kabinetnya amat tinggi berbanding Setiausaha Pembangunan Antarabangsa, Clare Short.

Ahli kerajaan yang lain seperti Menteri Alam Sekitar, Michael Meacher, menteri Pertanian Lord Whitty, dan pembantu parlimen Ken Purchase dan Tony Wright, tidak memberitahu samada mereka akan terus memegang jawatan sehingga hujung minggu depan.

Tony Blair telah berjanji kepada ahli-ahli parlimen satu lagi undian pada minggu depan. Dia berkemungkinan besar akan menghadapi pemberontakan dari ahli parlimen dari parti Labour yang lebih parah dari 121 orang yang telah mengundi membantah Kerajaan dahulu.

Ramai ahli parlimen Labour Myang menyokong Kerajaan dahulu menegaskan mereka berbuat demikian dengan syarat Majlis Keselamatan PBB meluluskan ketetapan kedua yang membenarkan perang, sesuatu yang Mr. Blair yakin dia dapat lakukan.


:: MukaDepan   :: Berita Dunia