Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: ke MukaDepan

 

Amerika Membina Pangkalan Tentera Berdekatan Sempadan Saudi-Iraq: Laporan

http://www.islamonline.net/english/News/2003-03/08/article04.shtml 

Tentera Amerika membina pangkalan berdekatan sempadan Iraq, kata pegawai Amerika

WASHINGTON (IslamOnline.net & News Agencies) - Tentera Amerika sedang membina pangkalan tentera di dalam Arab Saudi hanya beberapa batu dari sempadan Iraq untukdigunakan sebagai tempat memilakan operasi khas ke tempat-tempat di Iraq seperti telaga minyak dan kawasan menyimpan senjata, menurut CNN.

Saliuran itu menyebut pegawai kerajaan Amerika berkata pada Mac 7, pangkalan itu mungkin juga akan digunakan untuk misi mencari dan menyelamat jika tentera udara Amerika ditembak jatuh oleh Iraq..

Saudi Arabia sudah pun menempatkan 5,000 tentera Amerika, khususnya di Pangkalan Udara Prince Sultan di al-Kharj, 80 kilometer di selatan Riyad, dimana mereka menguatkuasa zon tidak boleh terbang di selatan Iraq sejak tamatnya Perang Teluk 1991.

Menurut CNN, tentera Amerika merancang menggunakan beberapa pangkalan Saudi untuk operasi ketenteraan yang tidak diumumkan kepada orang awam kerana sensitivi rakyat kepada kehadiran tentera Amerika.

Putera Mahkota Saudi Putera Abdullah bin Abdul Aziz menegaskan pada Khamis, Mac 6, bahawa sebarang perang keatas Iraq yang diketuai Amerika perlu mendapat mandat Majlis Keselamatan PBB."

"Putera Mahkota Abdullah berkata sebarang perang akan membawa kemusnahan dan tragedi kepada Timur Tengah," kata seorang pegawai Saudi.

Menteri Luar Saudi Putera Saud el-Faisal sudahpun menafikan bahawa Riyad akan membenarkan tentera Amerika melancarkan atau mengarahkan serangan ke atas Iraq dari tanah Saudi.

"Kami telah mengumukan dengan jelas yang kita tidak akan mengambil bahagian dalam perang ini, itu pendirian kita," Putera Saud memberitahu TV satelit Al-Arabiya dari pusat peranginan Mesir di Sharm el-Sheikh dimana beliau menghadiri pertemuan Arab pada hari Sabtu, Mac 1.

Penafian itu adalah susulan kepada laporan yang disiarkan di akhbar Washington Post pada February 26 yang menyatakan Amerika dan Arab Saudi sudah mencapai persetujuan yang memenarkan Amerika memperluaskan opreasi udaranya dari tanah Saudi jika perang meletus.

Akhbar itu menyebut adanya persetujuan rahsia yang akan membenarkan Amerika menjalankan misi pengeboman dari Arab Saudi selepas pengemboman awal selagi mana tiada pengumuman awam dibuat.

Amerika menyebut sebelum ini ia telah mengadkan perbincangan 'produktif' mengenai penggunaan tanah Saudi jika perang meletus.

Arab Saudi menandatangai satu kenyataan pada Summit Arab yang menegaskan semua negara-negara Arab tidak akan mengambil bahagian dalam perang keatas Iraq.

Lapangan Terbang Saudi ditutup

Kapal Galaxy tiba di Arar baru-baru ini membawa peralatan berat "jelas untuk digunakan dalam perang Iraq," tuduh pembangkang Saudi

Dalam perkembangan berkaitan, satu lapangan terbang Saudi yang berdekatan sempadan Iraq telah ditutup pada Jumaat disebabkan oleh "kerja penyelengaraan".

"Lapangan terbang Arar telah ditutup sejak Khamis untuk kerja selenggara. Kapal terbang telah diarahkan menuju ke Lapangan terbang Sakaka," yang terletak 150 di selatan Arar dalam kawasan al-Jawf, kata seorang pegawai Suadi Arabian Airlines in Arar kepada AFP secara rahsia.

Tetapi kumpulan pemberontak Saudi berpusat di London berkata lapangan terbang Arar yang terletak 15 kilometer dari sempadan Iraq ditutup kepada penerbagan awam disebabkan tentera Amerika mendarat disitu untuk menyertai perang keatas Baghdad.

Pergerakan pembangkang Movement for Islamic Reform in Arabia (MIRA) menuduh lapangan terbang itu ditutup "disebabkan ketibaan tentera Amerika untuk mengambil bahagian dalam perang ketasa Iraq."

MIRA berkata Rabu lalu, Mac 5, bahwa sejumlah tentera Amerika yang besar telah tiba di Arab Saudi untuk memperkukuhkan lagi kontijen yang sedia ada di Pangkalan Udara Putera Sultan.

Dalam kenyataannya, ia berkata diantara 2,000 dan 5,000 tentera Amerika kini berada di Tabuk dimana "beberapa kapal terbang Galaxy yang sarat dengan peralatan berat telah juga sampai".

Tuduhan yang sama juga dipersetujui agensi the Saudi Information Agency, satu pertubuhan berpusat di Washington, yang berkata Rabu lalu beberapa ratus tentera Amerika telah tiba di lapangan terbang Arar.

Ia menegaskan beberapa kapal terbang Galaxy telah tiba di Arar baru-baru ini membawa peralatan berat, "jelas untuk digunakan dalam perang keatas Iraq."

Tentera Amerika yang ditempatkan di kawasan Teluk dan Meditteranean untuk kemungkinan menyerang Iraq telah mencecah 240,000 orang termasuk 130,000 di Kuwait, menurut pegawai tentera Amerika.

Tentera Amerika di Kuwait, pangaklan penting untuk serangan darat, bertambah menjadi 130,000 dari 111,000 seminggu lalu, kata pegawai itu.

48,000 lagi tentera laut dan marin berada diatas kapal laut di Teluk dan Mediteranean.

Jumlah tentera di tempat lain juga agak stabil dengan 8,000 di Qatar, 8,000 di Saudi Arabia, 5,000 di Bahrain, 3,000 di Oman, and 20,000 yang ditempatkan di Eropah untuk bantuan kecemasan, kata pegawai tersebut.

 

:: ke MukaDepan