Selamat Datang

 

SalamKu.com : Berita Dunia

:: ke MukaDepan

14/03/03 


Disclaimer: This article has been translated without prior approval from its copyright owner for academic purpose, not for commercial use. Thus, if we receive any complaint from its owner, we will immediately remove this article without any delay. If you're the owner or its agent, kindly contact salamku@hotmail.com to complaint.  

Disclaimer: Artikel ini diterjemah tanpa kebenaran pemilik hakciptanya dan diterjemah  untuk tujuan ilmiah, buka komersil. Jika ada bantahan dari pemilik atau ejennya, artikel ini akan dibuang dengan serta-merta. Sila e-mail ke salamku@hotmail.com 


Amerika bersedia untuk melupakan PBB dan menyerang dalam masa seminggu

http://news.independent.co.uk/world/politics/story.jsp?story=386920

oleh David Usborne Rupert Cornwell Andrew Grice and Katherine Butler

14 Mac 2003

Amerika menghantar signal yang kuat malam semalam bahawa ia membatalkan usaha untuk mendapatkan ketetapan kedua PBB, yang bererti membuka jalan kepada perang hujung minggu depan.

Washington mencuba cara diplomasi untuk beberapa hari supaya rundingan cadangan kompromi Britain boleh diteruskan pada hujung minggu. Undian yang dijangkankan hari ini mungkin dilewatkan sehingga Isnini, kata para pegawai pejabat presiden White Usaha.

Tetapi Setiausaha Negara, Colin Powell, mengesahkan ketetapan itu mungkin terus ditarik balik jika kempen untuk mendapat undi menemui kegagalan. Perang akan bermula selepas itu. "Kita masih berbincang dengan ahli-ahli Majlis Tertinggi untuk melihat apa yang boleh dibuat," kata Jeneral Powell di persidangan Kongress.  Kata beliau pilihan-pilihan masih terbuka termasuklah tidak membuat undian.

Pada masa yang sama, Ari Fleischer, jurucakap White House, berkata Presiden George Bush akan membenarkan Britain mencuba lebih lama, mungkin sehingga hari Isnin.

"Ia mungkin akan berakhir esok. Ia mungkin akan berterusan sehingga minggu depan," kata beliau. Tetapi dia juga membayangkan Presiden mugkin mengubah janji yang dibuat minggu lepas "walau apa pun jumlah undi", Amerika akan membawa isu ini untuk diundi.

Mr Bush "telah memutuskan bahawa Amerika tidak perlukan ketetapan kedua untuk bertindak," ujar Mr Fleischer.

Memandangkan masa yang semakin suntuk untuk usaha diplomasi, Kerajaan Britain mengutuk Iraq, dengan menuduh Perancis yang menggagalkan usahanya untuk meluluskan ketetapan baru.

Jurucakap rasmo Tony Blair mendakwa kerajaan Perancis telah menyuntik racun ke saluran darah diplomasi. Beliau mengutuk kedegilan Perancis, sambil mendakwa Britain telah berjaya mendapatkan sokongan untuk ketetapan baru sehingga malam Isnin, apabila Jacques Chirac, Presiden Perancis, berkata dia akan memvetonya.

Jack Straw, setiausaha Luar Negara, berkata amat "luarbiasa" apabila Perancis, tanpa berfikir panjang, menolak pelan ketetapan  baru dari Britain yang termasuk enam ujian untuk menguji kesungguhan Saddam untuk melupuskan senjata. "Komen dari kerajaan Perancis bahawa ia akan memveto dalam apa keadaan sekalipun menyusahkan rundingan," kata beliau.

Iain Duncan Smith, pemimpin Tory, berkata Mr Blair memberitahunya di dalam mesyuarat di pejabat PM di Downing Street semalam bahawa persetujuan untuk ketetapan baru "telah menjadi lebih kusar dari sebelumnya". Perang "menjadi lebih berkemungkinan untuk berlaku", kata seorang pemimpin parti  Conservative.

Gordon Brown, Chancellor,  berkata Perancis telah menyetujui ketetapan 1441 jadi ianya satu "bantahan yang tidak munasabah" jika ia gagal menyokong ketetapan kedua.

Tekilan dengan kutukan Britain, Paris membayangkan malam semalam ia masih terbuka untuik berkompromi dalam had tertentu di PBB. "Semua perkara mesti dicuba untuk menjaga keutuhan Majlis Keselamatan dan kita berusaha ke arah itu," kata Dominique de Villepin, Menteri Luar Perancis. "Perancis mengesahkan keterbukaannya untuk mengambil sebarang peluang yang baik," tambah beliau.

Walaubagaimanapun, beliau menjelaskan Paris masih enggan menerima apa jua yang membayangkan kata dua perang ketika pemeriksaan sedang diteruskan. Para pegawai berkata Peracis ada tidak setuju dengan kata dua atau perang secara otomatik.

Sir Jeremy Greenstock, duta Britain ke PBB, neruskan usaha akhir untuk menjayakan rancangan Britain, yang akan mengekalkan tarikh akhir pendek untuk Saddam memenuhi ketetapan PBB tetapi akan jika memberikannya peluang untuk melepasi enam ujian bagi menunjukkan dia bersedia untuk melupuskan senjata.

Dalam usaha untuk memenangi hati enam negara ahli Majlis Keselamatan yang belum membuat keputusan, Britain membayangkan ia sanggup membuang satu daripada ujian-ujian tersebut, yang menuntut Saddam muncul di kaca TV secara langsung dan mengumumkan senjata-senjata beliau.

Kemungkinan Saddam dipaksa untuk muncul terhina di depan rakyatnya sendiri menyebabkan banyak negara dalam Majlis gagal bertindak Rabu lalu, apabila Britain membentangkan rancangannya. Sebahagian dari mereka berkata bukan tugas Majlis Keselamatan untuk membuat tuntutan itu.

Walaubagaimanapun, pejabat PM Britain Downing Street tidak begitu optimistik satu hasil luarbiasa akan tercapai, walaupun selepas Perancis memberikan tanda-tanda untuk berlembut. "Kita akan mempercayainya bila kita melihatnya," kata seorang pegawai Britain.

Dalam satu petanda perang sudah dekat yang lain, Ratu Britain menunda lawatan beliau ke Belgium ke Selasa dan Rabu deoan atas nasihat Downing Street. Jurucakap rasmi Mr Blair berkata lebih elok untuk ketua negara berada dalam negara berbanding di luar negeri.

:: ke MukaDepan